Tuesday, April 26, 2011

Nikmat bersin...



Setiap dari kita pasti juga pernah mengalami bersin. Tapi tahukah bahwa saat kita bersin agar mengucapkan pujian kepada Yang Maha Pengasih ( Ar Rahman ) yaitu dengan mengucap Al hamdulillah. Karena saat kita bersin terhambur dari badan ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Pentingnya sesuatu yang kebanyakan merugikan tubuh kita. Jadi bersin merupakan sebuah anugerah yang mendatangkan manfaat yang besar bagi tubuh kita.

Oleh sebab itu, sebaiknya hendaklah kita bersopan ketika bersin, supaya disenangi oleh sesiapa sahaja di sekeliling kita, selain daripada memang disukai oleh Allah akan bersin itu sendiri kerana bersin dapat menyehatkan badan dan menghilangkan keinginan untuk selalu mengenyangkan perut, serta dapat membuat semangat untuk beribadah.

Ketika Bersin Sebaiknya Kita…
  1. Merendahkan suara.
  2. Menutup mulut dan wajah(dengan tangan atau saputangan).
  3. Tidak memalingkan leher.
  4. Menyertakan bacaan hamdalah, walaupun dalam keadaan solat.


Kemudian bagi orang yang mendengar orang lain bersin dan lalu memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda:

"Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum "(HR. Bukhari, 6224)
Mengucapkan syukur dengan mengucapkan Al hamdulillah setelah kita bersin itu sunat namun menjawabnya menjadi sebuah kewajiban bagi yang mendengarnya.






11 comments:

Anonymous said...

saya kadang2 bile bersin suke palingkan kepala ke tepi,,, takot jgk urat leher bgeliat...
mekasih kongsi ilmu.

Fifi Qhidal said...

syukur ada entry macam ni .
baru saya tahu :)

FD. said...

menarik ! thanks for sharing :)

Unknown said...

memang nikmat kalau dapat bersin
Jom Baca Kuatnya pengaruh kawan

@tiF said...

jzkk..

Nazim Nasri said...

salam.

nak tanya. boleh ke ketika bersin dalam solat langsung menjawab alhamdulillah?

bukan ke tu dikira bercakap dalam solat? sebab pernah terbaca dalam satu article ni, ketika bersin tak boleh sebut alhamdulillah sewaktu dalam solat dan didalam tandas.

Nazim Nasri said...

http://akunaziem.blogspot.com/2010/10/ketika-bersin-semua-organ-dalam-badan.html

deeya said...

sye suke bersin .. oh ! jawapan bile dngar org bersin tu tau . tp jwpan semula tu ta tau .. mekasey untuk info yer =)

risa said...

alhamdulillah..suke entri ni:)

Si KuCar KaciR said...

betul sangat. bersin itu nikmat Allah. :)

Anonymous said...

kalau saya bersin, bersin saya berbau

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates