Tuesday, November 19, 2013
jangan jadi org pemarah
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)
Labels:
Sunnah Rasul
Tuesday, October 1, 2013
bijaknya abu nawas
Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar Baghdad lalu berkata dengan suara yang nyaring. " Dalam hidup saya ada tiga perkara yang selalu saya lakukan. Kalau kalian nak dengar sila datang beramai-ramai."
Maka orang ramai pun berkumpul di keliling Abu Nawas.
" Wahai Abu Nawas otak geliga tapi perangai gila-gila. Beritahu kami apa tiga perkara itu." desak seorang pengawal Khalifah Harun Al Rashid yang kebetulan berada di situ.
" Yang pertama, saya selalu bersaksi dengan perkara yang tidak pernah saya lihat," jawab Abu Nawas." Memang tuan orang gila," kata Pengawal Khalifah.
"Yang kedua, saya selalu melarikan diri dari rahmat Allah swt." "MasyaAllah, Abu Nawas sudah sesat!" jerit orang ramai.
" Yang ketiga, saya selalu makan bangkai!." Jawapan Abu Nawas menimbulkan kemarahan orang ramai. Mereka mendesak Abu Nawas di hadapkan kepada Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihukum. Maka pengawal pun mengheret Abu Nawas ke istana lalu dihadapkan kepada Khalifah Harun Al Rashid.
" Benarkah apa yang kamu katakan itu, wahai Abu Nawas?" tanya Khalifah."Benar wahai Amirul Mukminin," jawab Abu Nawas dengan tenang. " Kamu dihukum penjara," titah Khalifah Harun Al Rasyid dan orang ramai gembira mendengarnya.
Tetapi esoknya orang ramai terkejut dan merasa hairan bila melihat Abu Nawas ada di pasar dan mengulangi lagi ucapan yang sama.
"Bukankah awak sudah dihukum penjara oleh Amirul Mukminin?" tanya orang ramai.
" Benar…" jawab Abu Nawas sambil tertawa. " Saya ucapkan terima kasih kerana kamu saya mendapat hadiah daripada Khalifah yang bijaksana." Orang ramai merasa hairan lalu meminta Abu Nawas menjelaskannya.
" Amirul Mukminin Harun Al Rashid seorang khalifah yang bijaksana dan setelah baginda mendengar penjelasan saya, maka saya dilepaskan dari penjara dan diberi hadiah oleh baginda." Jawapan itu menyebabkan orang ramai semakin takjub lalu minta penjelasan dari Abu Nawas terhadap tiga perkara yang mengelirukan mereka.
" Yang saya maksudkan bersaksi dengan perkara yang tidak pernah di lihat itu maksudnya begini, saya bersaksi bahawa Allah itu ada walaupun saya tidak pernah melihatnya."
"Melarikan diri dari rahmat Allah maknanya bila hujan turun saya melarikan diri ke tempat teduh. Bukankah hujan itu rahmat Allah?"
"Saya selalu makan bangkai maknanya saya suka makan ikan. Bukankah ikan itu tidak disembelih dan setiap haiwan yang tidak disembelih disebut bangkai?" Orang ramai kagum dengan kebijaksanaan Abu Nawas.
sumber: _ABG MIN_
Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus
Labels:
al kisah...
Sunday, September 29, 2013
Ibadah Haji : Pesanan Untuk Orang Muda
Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana
bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh
nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam
Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya
mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan
menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai
jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya, ayat ini merujuk kepada arahan
Allah kepada nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke tanah suci
itu untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah. Nabi Ibrahim
terpinga-pinga, dan tertanya-tanya bagaimanakah mampu baginda memanggil
manusia datang sedangkan bumi tersebut pada waktu itu adalah bumi yang
kering-kontang tanpa berpenghuni.
Allah menjawab, "Engkau serulah, dan biarkan Kami yang menyampaikan seruan tersebut."
Lantas nabi Ibrahim pun berdiri di tempat yang tinggi, dan menyeru
sekuat-kuatnya, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menyediakan
rumah ibadah untuk kamu, maka tunaikanlah haji ke sini."
Menurut riwayat, bukit-bukau dan gunung-ganang tunduk ketika seruan
itu dibuat, sehingga ianya didengar ke seluruh alam. Akhirnya manusia
sehinggalah ke hari ini, berduyun-duyun datang ke Makkah setiap musim
haji, menyahut seruan Allah melalui nabi Ibrahim, dengan berkata
Labbaikallahumma Labbaik.... kami datang wahai Tuhan, kami datang
menyahut seruanmu.
Sewajarnya zikir talbiah itu perlu dilaungkan dengan rasa kerdil,
insaf dan bersyukur, kerana Allah memilih kita untuk menjadi mereka yang
menyahut seruannya itu. Subhanallah.... mustahil manusia yang jernih
hatinya tidak rasa tersentuh ketika membaca talbiah ini.
Menunaikan haji juga membawa maksud kita menziarahi rumah ibadat
pertama yang telah dibina oleh nabi Adam mengikut beberapa riwayat yang
telah dilaporkan oleh Imam al-Tabari di dalam tafsirnya. Ahli sejarah
menyatakan yang Ka'bah telah roboh antara 5 hingga 12 kali akibat banjir
dan faktor lain. Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang turut
terlibat di dalam pembangunan semula Ka'bah.
Rukun dan wajib haji adalah simbolik siaran ulangan terhadap nilai
sebuah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail terhadap arahan Allah.
Melaksanakannya memerlukan pengorbanan serta ketabahan mental dan
fizikal. Pengorbanan itu falsafahnya ialah sebagai neraca keIslaman
kita. Lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggi nilai Islam kita di sisi Allah.
Dengan sebab itulah apabila Allah menceritakan kesanggupan nabi
Ibrahim dan anaknya nabi Ismail melakukan pengorbanan besar di dalam
hidup anak-beranak, maka Allah menggunakan perkataan Aslama di dalamnya,
yang daripadanya lahirlah perkataan Islam. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Soffat ayat 103:
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah
itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan
kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami).
Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menunaikan haji
di waktu muda kerana kemurahan hati arwah ayah saya menanggung
perbelanjaan haji semasa saya menuntut di Mesir dahulu. Tetapi dalam
masa yang sama masih rasa terkilan kerana kesibukan duniawi masih
menghambat tanggungjawab saya membawa isteri pergi ke sana. Bilalah
agaknya saya boleh berasa kepuasan pergi ke sana dengan pendapatan
tangan sendiri serta membawa isteri yang merupakan amanah Allah kepada
diri saya.
Saya masih ingat, semasa menunaikan haji dulu, ada perbezaan yang
ketara antara jemaah haji Malaysia dengan jemaah haji Indonesia, Turki,
Iran dan Pakistan, sekadar memberikan beberapa contoh negara. Majoriti
jemaah haji Malaysia agak ketara terdiri daripada pakcik makcik yang
sudah berusia tua, melebihi usia pencen, bahkan ada yang sudah
berbongkok tiga. Banyak ritual haji yang terpaksa diwakilkan kepada
orang lain seperti melontar, sa'ie dan tawaf, lalu tidaklah merasa akan
kepuasan atau tepatnya kelazatan membuat haji.
Ringkasnya, jemaah haji Malaysia adalah jemaah yang paling beruntung
di dunia kerana mempunyai sistem pengurusan ibadah agung tersebut
melalui Lembaga Tabung Haji. Dengan tidak sampai RM10,000, anda boleh
berada selama 40 hari di tanah haram, lengkap dengan hidangan makanan
yang banyak, penginapan yang terletak beratus-ratus meter sahaja
daripada Masjidil Haram dan Masjid Nabi, serta pemandu (mutawwif) haji
yang berpengalaman. Anda hanya perlu bayar dengan harga yang murah
untuk 'pelancongan' 40 hari, pergi dan mengikut orang sahaja. Itu pun,
majoriti yang pergi adalah warga emas.
Berbanding dengan jemaah haji dari Indonesia, dengan pendapatan
mereka yang kurang berbanding Malaysia, mereka lebih melihat faktor
kemampuan fizikal itu sebagai keutamaan untuk pergi menunaikan haji.
Lalu ramai rakyat mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, muda gagah
perkasa mengharungi cabaran menunaikan rukun Islam kelima itu. Pakej
paling murah untuk mereka menunaikan haji ialah RM15,000. Harga itu
tidak termasuk makanan, dan penginapan yang disediakan letaknya lebih
kurang 7 kilometer dari Masjidil Haram! Banyak urusan perlu dibuat
sendiri.
Bila ditanya bagaimana mereka mampu menyediakan wang sebanyak
RM15,000 itu; jumlah yang amat besar di Indonesia, mereka menjawab
bahawa ada antara insitusi kewangan di negara itu yang menyediakan pakej
bayaran ansuran, atau pinjaman tanpa faedah untuk pakej haji. Ulamak
berselisih pandangan terhadap bayaran haji secara ansuran, kebanyakan
yang saya baca menyatakan tiada nas larangan. Akan tetapi jumhur ulamak
menyatakan orang yang tidak berduit (termasuklah pada pandangan saya
mereka yang tidak layak untuk pakej ansuran seperti di Indonesia)
sehingga terpaksa berhutang, tidak termasuk daripada golongan yang wajib
membuat haji. Akan tetapi sekiranya mereka berhutang juga dengan lunas
syara', kewajiban membuat haji ketika mampu akan dianggap sudah
terlunas.
Dibenarkan Berlengah Membuat Haji Ketika Mampu, Tetapi Perlu Bersegera Mencari Mampu
Di dalam kitab fiqh, ada perbahasan ulamak mengenai kewajiban membuat
haji, adakah ianya perlu disegerakan atau boleh dilambat-lambatkan.
Saya ringkaskan pandangan ulamak seperti berikut:
1. Ibn Qudamah daripada Mazhab Hanbali, Imam Malik,
Mazhab Zaidiyyah dan satu riwayat daripada Imam Abu Hanifah menyatakan
yang haji wajib ditunaikan segera bagi yang mampu. Sekiranya
dilewat-lewatkan, maka luputlah pahalanya walaupun terlepas
kewajibannya. Hujjah pandangan ini adalah berdasarkan sepotong hadith
Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Hakim dan al-Zahabi:ل
"Barangsiapa yang ingin membuat haji, maka bersegeralah."
Hadith di atas menggunakan kata perintah, dan kata perintah membawa
maksud perlu bersegera ketika sudah mampu untuk menunaikan haji.
2. Imam al-Shafi'e pula berpandangan yang apabila
seseorang itu sudah mampu, dibenarkan dia untuk berlengah atau tidak
bersegera melakukannya pada tahun dia mencapai kemampuan tersebut.
Pandangan ini adalah berdasarkan kepada sunnah Rasulullah yang hanya
menunaikan haji pada tahun ke-10 hijrah, walaupun baginda dan
sahabat-sahabat lain sudah mampu berbuat demikian mulai tahun kelapan
hijrah lagi.
3. Adapun pandangan jumhur mazhab Hanafi menyatakan
yang semua hujjah berkaitan isu ini, mempunyai hukum galakan bersegera
dan dalam masa yang sama turut membenarkan berlengah-berlengah ketika
mampu membuat haji, akan tetapi mereka cenderung menyatakan adalah
lebih baik dan selamat untuk melaksanakannya dalam kadar yang segera.
Khilaf ini walau bagaimanapun, selalu dimanipulasi sebahagian
Muslim. Perlu diperjelaskan yang memang ulamak berbeza pandangan
terhadap hukum wajibkah bersegera atau boleh berlengah membuat haji
ketika mampu. Akan tetapi semua mereka bersepakat yang mencari
kemampuan untuk menunaikan haji adalah sesuatu yang dituntut, kerana
Allah mewajibkan kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, dan haji
adalah antara kebaikan yang besar dalam kehidupan manusia. Kemampuan
membuat haji perlu dicari, bukan ditunggu.
Salah faham ini menyebabkan sebahagian Muslim melengah-lengahkan
usaha mencari kemampuan untuk melaksanakan haji, atau menggunakan
kemampuan harta dan sihat yang sedia ada ke tempat lain. Maka
tidak hairanlah segelintir umat Islam lebih dahulu sampai ke
tempat-tempat suci agama lain berbanding ke tempat suci agama sendiri
kerana tidak nampak kepentingan perlu bersegera membuat haji ini.
Golongan ini sebenarnya terlalai dengan dunia, tidak sedar yang dunia
yang Allah pinjamkan kepada mereka perlu diperuntukkan sebahagiannya
untuk tambang haji.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana urusan ibadah kita sering
dipermudahkan. Dalam konteks ibadah haji, kita mempunyai Lembaga Tabung
Haji yang menguruskan ibadah haji kita dengan harga yang amat-amat
murah. Cuti membuat haji pun biasanya diberikan dengan gaji penuh.
Sekiranya kita mempunyai simpanan sebanyak RM1,300 di dalam akaun
Tabung Haji, maka kita boleh mendaftar untuk membuat haji.Ada rakan yang memaklumkan giliran terhampir sekiranya mendaftar pada tahun ini (2009), ialah pada tahun 2027; kebiasaannya akan diawalkan. Renungilah, berapa agaknya usia kita semasa itu. Atau, adakah Allah masih mengizinkan kita menghirup nafas lagi pada waktu tersebut. Mendaftar itu tanda niat kita. Sekiranya ditarik nyawa kita sebelum kita naik haji, dalam keadaan tiada siapa boleh mengganti haji kita, sekurang-kurangnya ada jawapan yang boleh diberikan di hadapan mahkamah akhirat kelak.
Saya benar-benar mencadangkan kepada ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyimpan di dalam Tabung Haji sejak kecil lagi. Bagi mahasiswa, terutamanya yang ditaja di luar negara, merancanglah simpanan untuk menunaikan haji. Bagi graduan yang baru masuk alam pekerjaan, jangan terlalu ghairah membelanjakan wang besar untuk membeli simbol kekayaan dan kestabilan, sehingga terlupa menyediakan kemampuan untuk membuat haji.
Adalah cantik sekiranya pasangan yang baru berkahwin, terus menunaikan haji ketika mereka belum mendapat anak lagi. Dan bagi mereka yang masih lalai untuk menyediakan kemampuan membuat haji, jangan lengah-lengah lagi. Marilah menukar budaya membuat haji semasa di usia senja, kepada membuat haji di usia muda. Kesan daripada budaya pergi haji di usia tua itu ialah, ramai yang bersedih apabila menghantar saudaranya menunaikan haji, antaranya kerana merasakan itulah perjalanan terakhir mereka di muka bumi dan bimbang tidak akan berjumpa lagi. Sedangkan kita membuat haji, adalah untuk memenuhi tuntutan Ilahi, bukannya nak pergi mati.
Merancanglah sekarang sementara hayat dikandung badan.
Sumber: Artikel iluvislam.com
Labels:
mesti tahu
Thursday, September 26, 2013
SUNNAH KETIKA MAKAN
1. membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan. (Sunan Abi Dawud Hadtith3755)
2. duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith5386)
...
3. duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan MEMBACA TASYAHHUD (seperti dalam solat) (Fathul Baari Hadith5399),
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid; Takhrijul Ihya Hadith1304) dan
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith5299).
4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih Muslim Hadith5265 dan Majmauz-zawaaid)
5. membaca nama Allah sebelum makan. (Bukhari Sahih Hadith5376)
6. Makan dengan tangan kanan. (Bukhari Sahih Hadith5376)
7. makan dari bahagian yang paling dekat plat dan bukan dari tengah-tengah. (Bukhari Sahih Hadith5376)
8. Seboleh-bolehnya, untuk makan secara kolektif dari satu pinggan/talam. (Ibn Kathir Surah24 Aayat61; Sunan ibn Majah Hadith3287)
9. membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka. (Muslim Sahih Hadith5268)
10. Untuk membaca pelbagai du'aas Masnoon selepas makan. Salah satu daripadanya adalah, 'Alhamdulillaahil ladhiy at'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimeen'. (Sunan Abi Dawud)
Sumber : Madrassah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa, http://www.al-inaam.com/dhadith/asunnah10.htm
(terjemahan bebas)
Labels:
Sunnah Rasul
Wednesday, September 25, 2013
Adab-Adab Wuquf di Arafah
Wuquf di Arafah adalah rukun haji yang tak dapat ditinggalkan oleh
semua jema'ah haji. Wuquf ini merupakan puncak dari ibadah haji. Di
tempat inilah puncak permohonan semua jemaah haji agar semua rangkaian
manasik hajinya diterima Allah swt, semua dosa-dosanya diampuni, dan
semua hajatnya diperkenankan oleh Allah swt. Bahkan di dalam hadis-
hadis yang shahih jema'ah haji sangat dianjurkan memohonkan saudara-
saudaranya yang seiman, dengan menyebutkan nama-namanya.
Di Arafah dan dalam perjalanan menuju Masy'aril haram Allah swt
memerintahkan semua jema'ah haji memperbanyak zikir kepada-Nya. Allah
swt berfirman:
"Tidaklah dosa bagimu untuk mencari karunia Allah dari Tuhanmu. Maka
apabila kamu bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di
Masy'aril haram, dan sebutkan nama Allah sebagaimana yang telah
dibimbingkan kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar
termasuk orang-orang yang sesat." (Al-Baqarah: 198)
Padang Arafah adalah tempat semua jema'ah melakukan kesyaksian di
hadapan Allah swt sebelum melakukan kesyaksian di hari kiamat.
Kesyaksian inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah swt "Hari itu
manusia dikumpulkan dan pada hari itu manusia disaksikan." (Huud: 103)
dan firman Allah "Yang menyaksikan dan disyaksikan" (Al-Buruj: 3),
kata Imam Ja'far Ash-Shadiq sa ( Al-Wasail 13: 548)
Dalam suatu hadis dikatakan bahwa jika manusia memiliki dosa-dosa yang
tak terampuni di malam Al-Qadar, maka ia tidak akan diampuni pada
bulan-bulan sesudahnya kecuali ia melakukan kesyaksian di Arafah.
Berikut ini saya kutipkan Adab-adab wuquf di Arafah dari kitab Nubdzah
min Asraril Hajj, adab-adab yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada
keluarga dan sahabatnya, antara lain:
1. Membaca doa-doa yang ma'tsur, antara lain:
اَللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ فَلاَ تَجْعَلْنِي مِنْ اَخْيَبِ وَفْدِكَ،
وَارْحَمْ مَسِيْرِي اِلَيْكَ مِنَ الْفَجِّ الْعَمِيْقِ. اَللَّهُمَّ
رَبَّ الْمَشَاعِرِ كُلِّهَا فُكَّ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ، وَاَوْسِعْ
عَلَيَّ مِنْ رِزْقِكَ الْحَلاَلِ، وَادْرَأْ عَنِّي شَرَّ فَسَقَةِ
الْجِنِّ وَاْلإِنْسِ. اَللَّهُمَّ لاَ تَمْكُرْبِي وَلاَتَخْدَعْنِي
وَلاَ تَسْـتَدْرِجْنِي. اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ بِحَوْلِكَ
وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ وَمِنْكَ وَفَضْلِكَ يَا اَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ
يَا اَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ يَا اَسْرَعَ الْحَاسِبِيْنَ يَااَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ، اَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَاَنْ
تَرْزُقَـنِي خَيْرَ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ.
Allâhumma inni 'abduka falâ taj'alnî min akhyabi wafdika, warham
masîrî ilayka minal fajjil 'amîq. Allâhumma Rabbal masyâ'iri kullihâ
fukka raqabatî minan nari, wa awsi' 'alayya min rizqikalhalâli, wadra'
'annî syarra fasaqatil jinni wal insi. Allâhumma lâ tamkurbî walâ
takhda'nî walâ tastadrijnî. Allâhumma innî as-aluka bihawlika wa
jûdika wa karamika wa mannika wa fadhlika yâ asma'as sâmi'ina yâ
absharan nâzhirîna yâ asra'al hâsibîna yâ arhamar râhimîna, an
tushalliya 'alâ Muhammadin wa âli Muhammad, wa an tarzuqanî khayrad
dun-ya wal âkhirah.
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu,
jangan jadikan aku tamu-Mu yang paling sia-sia,
sayangi perjalananku menuju-Mu dari tempat yang jauh.
Ya Allah, Pemelihara seluruh Masy'ar (tempat ibadah haji),
selamatkan aku dari api neraka,
luaskan bagiku rizki-Mu yang halal,
lindungi aku dari keburukan jin dan manusia yang fasik.
Ya Allah, jangan makari aku,
jangan tipudaya aku, jangan murkai aku.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kekuatan-Mu, kedermawanan dan
kemuliaan-Mu, karunia dan anugerah-Mu
wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar,
wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat,
wahai Yang Paling cepat hisab-Nya,
wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi,
sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluargaMuhammad,
anugerahkan padaku kebaikan dunia dan akhirat.
2. Kemudian mohonlah hajat Anda kepada Allah swt dengan bahasa Anda
sendiri sambil mengangkat kedua tangan. Kemudian bacalah doa berikut
ini:
اَللَّهُمَّ حَاجَتِي اِلَيْكَ الَّتِي اِنْ اَعْطَيْتَنِـيْهَا لَمْ
يَضُرَّنِي مَامَنَعْتَ، وَاِنْ مَنَعْتَنِيْهَا لَمْ يَنْفَعْنِي
مَااَعْطَيْتَ، اَسْأَلُكَ خَلاَصَ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ. اَللَّهُمَّ
اِنِّي عَبْدُكَ وَمِلْكُ يَدِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، وَاَجَلِي
بِعِلْمِكَ؛ أَسْأَلُكَ اَنْ تُوَفِّقَنِي لِمَا يُرْضِيْكَ عَنِّي،
وَاَنْ تُسَلِّمَ مِنِّي مَنَاسِكِي الَّتِي اَرَيْتَهَا خَلِيْلَكَ
إِبْرَاهِيْمَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِ، وَدَلَلْتَ عَلَيْهَا نَبِيَّكَ
مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي
مِمَّنْ رَضِيْتَ عَمَلَهُ، وَاَطَلْتَ عُمْرَهُ، وَاَحْيَيْتَهُ بَعْدَ
الْمَوْتِ حَيَاةً طَيِّبَةً.
Allâhumma hâjatî ilaykal latî in a'thaytanîhâ lam yadhurranî mâ
mana'ta, wa in mana'tanîhâ lam yanfa'nî mâ a'thayta, as-aluka khalâsha
raqabatî minan nâri. Allâhumma innî 'abduka wa milku yadika, nashiyatî
biyadika, wa ajalî bi'ilmika, as-aluka an tuwaffiqanî _ima yurdhîka
'annî, wa an tusallima minnî manâsikîl latî araytahâ khalîlaka
îbrâhîma shalawâtuka 'alayhi, wa dalalta 'alayhâ nabiyyaka Muhammadan
shallallâhu 'alayhi wa âlihi. Allâhummaj'alnî mimman radhîta 'amalahu,
wa athalta 'umrahu, wa ahyaytahu ba'dal mawti hayâtan thayyibah.
Ya Allah, hajatku kepada-Mu adalah hajat yang bila Kau berikan
kepadaku tidak membahayakanku apa yang Kau tahan, dan bila Kau tahan
ia dariku tidak bermanfaat bagiku apa yang Kau berikan. Aku memohon
kepada-Mu keselamatan diriku dari api neraka.
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu dan milik-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-
Mu, dan ajalku dalam pengetahuan-Mu.
Aku memohon kepada-Mu,
bimbinglah aku pada apa yang Kau ridhai,
tuntunlah aku pada manasik sebagiamana yang Kau perlihatkan kepada
kekasih-Mu Ibrahim (as) dan Kau tunjukkan kepada Nabi-Mu Muhammad
(saw).
Ya Allah, jadikan aku orang yang Kau ridhai amalnya, yang Kau
panjangkan umurnya, dan yang Kau hidupkan setelah kematian dengan
kehidupan yang baik.
3. Membaca membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Imam
Ali bin Abi
Thalib (sa). Rasulullah saw bersabda kepada Ali bin Abi Thalib
(sa): "Ingatlah, aku
ajarkan kepadamu doa pada hari Arafah, doa para Nabi sebelumku,
yaitu:
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ
حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَـدِيْرٌ. اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي تَقُوْلُ وَخَيْرًا
مِمَّا نَقُوْلُ وَفَوْقَ مَا يَقُوْلُ الْقَائِلُوْنَ. اَللَّهُمَّ لَكَ
صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي، وَلَكَ تُرَاثِي وَبِكَ
حَوْلِي وَقُوَّتِي. اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ
وَمِنْ وَسَاوِسِ الصُّدُوْرِ وَمِنْ شَتَاتِ اْلأَمْرِ وَمِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ. اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ خَيْرَ الرِّيَاحِ، وَاَعُوْذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَاتَجِيءُ بِهِ الرِّيَاحُ، فَاَسْأَلُكَ خَيْرَ
اللَّيْلِ وَخَيْرَ النَّهَارِ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبي نُوْرًا،
وَفِي سَمْعِي نُوْرًا، وَفِي بَصَرِي نُوْرًا، وَفِي لَحْمِي وَدَمِي
وَعِظَامِي وَعُرُوْقِي وَمَقْعَدِي وَمَقَامِي وَمَدْخَلِي وَمَخْـرَجِي
نُوْرًا، وَاَعْظِمْ لِي نُوْرًا يَارَبِّ يَوْمَ اَلْقَاكَ إِنَّكَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Lâ ilâha illallahu wahdahu lâ syarîka lah, lahul mulku wa lahul hamdu,
yuhyî wa yumîtu, wa Huwa hayyun lâ yamûtu, biyadihil khayru, wa Huwa
'alâ kulli syay-in qadîr. Allâhumma lakal hamdu kalladzî taqûlu wa
khayran mimmâ naqûlu wa fawqa mâ yaqûlul qâilûna. Allâhumma laka
shalâtî wa nusukî wa mahyâya wa mamâtî, wa laka turatsî wa bika hawlî
wa minka quwwatî. Allâhumma innî a'udzu bika minal faqri wa min
wasâwisish shudûri wa min syatâtil amri wa min 'adzâbil qabri.
Allâhumma innî as-aluka khayrar riyahi, wa a'udzu bika min syarri mâ
tajîu bihir riyâhu, fa as-aluka khayral layli wa khayran nahâri.
Allâhummaj'al fi qalbi nûran, wa fî sam'î nûran, wa fî basharî nûran,
wa fî lahmî wa dâmî wa 'izhâmî wa 'ûrûqî wa maq'adî wa maqâmî wa
madkhalî wa makhrajî nuran, wa a'zhim lî nûran ya Rabbi yawma alqâka
innaka 'alâ kulli syay-in qadîr.
Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
Bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala puji.
Dia Yang Menghidupkan dan Dia Yang Mematikan.
Dialah Yang Hidup dan tidak mati.
Di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, bagi-Mu segala puji
seperti yang Kau firmankan, kebaikan yang kami ucapkan, dan di atas
apa yang orang-orang ucapkan.
Ya Allah, bagi-Mu shalatku dan ibadahku, hidupku dan
matiku; bagi-Mu peninggalanku, dengan-Mu dayaku dan dari-Mu
kekuatanku.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran, keraguan hati,
bencana persoalan, dan dari siksa kubur.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan angin, dan aku berlindung
dengan-Mu dari keburukan apa yang datang bersama angin; aku memohon
kepada-Mu kebaikan malam dan kebaikan siang.
Ya Allah, jadikan dalam hatiku cahaya, dalam pendengaranku cahaya,
dalam pandanganku cahaya, pada dagingku dan darahku cahaya, tulangku
dan urat-uratku cahaya, tempat dudukku dan tempat berdiriku cahaya,
tempat masukku dan tempat keluarku cahaya, dan besarkan cahaya itu
bagiku ya Rabbi pada hari aku menjumpai-Mu, sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas segala sesuatu.
(At-Tahdzib 5: 183)
4. Perbanyaklah bersedekah pada hari ini, dan menghadaplah ke kiblat
lalu bacalah zikir berikut (100 kali):
سُبْحَانَ اللهِ وَاللهُ اَكْبَرُ مَاشَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ اِلاَّ
بِاللهِ. اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ
لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ
لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Subhânallâhi wallâhu akbar wa mâ syâallâhu lâ quwwata illâ billâhi.
Asyhadu allâ ilâha illallâh wahdahu lâ syarîka lah, lahul mulku wa
lahul hamdu yuhyî wa yumîtu, wa Huwa Hayyun lâ yamûtu, biyadihil
khayru, wa Huwa 'alâ kulli syay-in qadîr.
Mahasuci Allah, Allah Maha Besar, apa yang dikehendaki Allah, tiada
kekuatan kecuali dengan Allah. Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah
Yang Mahaesa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan
bagi-nya segala puji, Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan, Dialah Yang
Hidup dan tidak mati, di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha
Kuasa atas segala sesuatu.
Oleh: Syamsuri Rifai
Labels:
mesti tahu
Monday, September 23, 2013
10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.sumber: BB Mania World
Labels:
Subhanallah
Sunday, September 22, 2013
Setiap Manusia Akan Merasainya
Keadaan di tanah perkuburan Wak-wak yang biasanya lengang kini
dihadiri pengunjung. Nampaknya ada penghuni baru yang menghuni tanah
perkuburan ini. Selepas selesai mengkebumikan jenazah Abdullah yang
baru meninggal semalam, di bahagian atas tanah perkuburan Wak-wak,
penduduk kampung yang terlibat pun mula mengatur langkah menuruni
anak tangga ke kaki bukit. Ini kerana, tanah perkuburan Wak-wak
terletak dikawasan bukit.
"Macam banyak pula orang meninggal sekarang ni kan Pak Man."
Tanya Amin kepada lelaki yang sedang berjalan berdekatannya. Pada
wajahnya lelaki itu jelas kelihatan jalur-jalur usia yang sudah
semakin lanjut.
"Ya, Min." Jawab Pak Man yang sedang memikul cangkul yang digunakan untuk menggali kubur tadi, di bahunya. "Sudah takdir Allah s.w.t, kita sebagai hamba-Nya kena terima ketentuan-Nya."
"Ya Pak Man." Amin dengan nada yang muram. Pengalaman
pertama kali menggali kubur, membuatkannya berfikir dan merenung
tentang nasib dirinya. Hari ini dia menggali kubur untuk orang lain,
mungkin esok, orang lain pula akan menggali kubur untuknya.
Aziz yang berjalan di belakang Pak Man dan Amin mempercepatkan
sedikit langkahnya. Ingin turut serta dalam perbualan Amin dan Pak
Man.
"Terkenal juga abang Abdullah ni ya, Pak Man." Kata Aziz. Kagum melihat orang ramai yang pergi ke pengkebumian Abdullah. "Ramai sangat orang, lain daripada biasa. Tidak pernah saya lihat depan mata ramai orang ziarah pengkebumian macam ni."
"Ya. Ramai itu memang ramai. Tapi sayangnya, tidak ramai yang dapat mengambil iktibar daripadanya." Pak Man melontarkan kata-katanya. Kata-kata yang diluahkan daripada pengalaman yang sudah lama terkumpul.
"Maksud Pak Man?" Amin mengerut dahi. Bajunya yang dibasahi peluh ketika menggali kubur tadi sudah semakin kering.
"Ramai daripada kita melihat orang meninggal dunia, menziarahi
kematian. Tapi dia seakan-akan lupa dengan kematian. Melihat orang
lain meninggal dunia, tidak membuatkannya terfikir atau merenung
untuk bersedia menghadapi kematian dirinya. Amalnya tidak bertambah,
dia tetap hanyut dengan dunia." Jawab Pak Man sambil tertunduk.
Kelihatan daripada raut wajah Pak Man kebimbangan dan kegusaran.
Bimbang memikirkan nasib dirinya yang sudah semakin tua. Tentu ajal
sudah semakin dekat dengannya.
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila mati seorang
anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga
perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada
orang lain, lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh." Amin menyebutkan mahfum sebuah hadis shahih yang dihafal olehnya.
"Di dunia inilah sahaja tempat kita beramal. Selepas kehidupan
ini, tidak ada lagi amalan yang kita boleh lakukan untuk bekalan
kita menuju akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan suka-suka, tapi
ada tujuannya. Untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Hidup kita ini
umpama sebuah perjalanan jauh yang melalui beberapa persinggahan." Pak Man meluahkan kata-kata renungan dan nasihat. "Sekarang
ini, kita sedang berada di dunia. Salah satu daripada persinggahan
untuk mengumpul bekalan dalam menempuh perjalanan yang cukup jauh.
Amat jauh. Apabila kita telah pergi perhentian seterusnya, maka tiada
cara lagi untuk berundur semula."
Amin dan Aziz mendengar dengan teliti, cuba menyelami dan menghayati pengertian yang tersurat dan tersirat dalam ucapan Pak Man.
"Kalau kita tidak menggunakan peluang yang kita ada ini dengan
sebaik-baiknnya, maka akan rugilah kita. Benar-benar akan rugi." Pak Man menambah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aziz dan Amin diam mendengar kata-kata itu. Pak Man sememangnya
seorang yang banyak berfikir dan banyak hikmah. Sesuai dengan usianya
yang sudah semakin lanjut. Aziz dan Amin masing-masing merenung
diri. Adakah mereka termasuk di kalangan orang yang lalai yang
disebutkan Pak Man. Lupa kepada kematian dan leka dengan dunia.
"Pak Man ini sudah semakin tua..." Keluh Pak Man, tetapi
dia tidak menghabiskan kata-katanya. Suaranya kedengaran sebak. Dia
terdiam, tidak sanggup untuk meneruskan ucapannya. Terasa berat.
"Ajal manusia itu tidak tentu Pak Man. Tiada siapa yang tahu
bila ajal akan menjemput. Muda atau tua bukan penentunya. Bayi dalam
kandungan pun boleh meninggal." Kata Amin sebagai peringatan bersama.
"Ya, betul juga." Pak Man mengangkat wajahnya memandang ke langit yang kebiru-biruan. "Hidup
di dunia ini, kita tidak boleh leka. Sebagaimana kita buat persiapan
untuk dunia kita pada esok hari, maka sebegitulah juga kita perlu
berusaha untuk akhirat kita seandainya kita mati esok."
"Sebagaimana kata Rasulullah s.a.w, berusahalah untuk dunia
kamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya, dan berusahalah untuk
akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Aziz menyebutkan sebuah hadis.
"Eh, Aziz, itu bukan hadis Nabi s.a.w lah!" Amin berkata pantas.
"Oh, betulkah?" Aziz mengerut dahi. Ini kali pertama dia mendengar orang menafikan apa yang disebutkannya tadi adalah hadis. "Tapi kenapa banyak orang cakap macam tu?"
"Banyak orang cakap tak semestinya betul. Perkataan itu memang
terkenal dalam masyarakat, tapi ianya bukan hadis Nabi s.a.w. Syeikh
Al-Albani menyebutkan ianya tidak mempunyai asal, yakni hadis palsu
dalam kitabnya, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah!" Jelas Amin dengan yakin. "Hadis palsu tu maksudnya hadis yang direka-reka lalu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta."
Syeikh Al-Albani adalah seorang ulama hadis kontemporari yang
berasal daripada Albania. Beliau lahir pada tahun 1914 dan meninggal
dunia pada tahun 1999. Pernah menjadi tenaga pengajar dalam bidang
hadis di Universiti Islam Madinah selama tiga tahun, ketua Dirasah
Islamiyah dan Fakulti Pasca Sarjana di sebuah perguruan tinggi di
Jordan.
Beliau telah mendapat anugerah penghargaan tertinggi daripada Arab
Saudi atas jasa-jasanya berupa King Faisal Foundation. Beliau
mempunyai banyak karya yang bermanfaat kepada umat Islam, seperti
Silsilah Ahadith Ash-Shahihah, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal
Maudhu'ah, Tamam Al-Minnah Fi At-Ta'liq 'Ala Fiqhus Sunnah dan banyak
lagi.
"Owh, jadi hadis palsu ni tak boleh gunakan?"
"Ya." Jawab Amin. "Nabi Muhammad s.a.w mengancam,
barang siapa yang berdusta atas nama baginda s.a.w dengan sengaja,
maka dia telah menyediakan tempat duduk bagi dirinya dalam Neraka!"
Aziz menelan air liur mendengar kata-kata Amin. Terkejut.
"Jadi, macam mana dengan aku?" Tanya Aziz dengan nada yang bimbang.
"Dulu kau tak tahu, tak apalah. Sekarang kau dah tahu,
janganlah gunakan kata-kata tu lagi. Kalau kau guna pun, jangan
katakan ianya adalah hadis daripada Rasulullah s.a.w." Amin cuba menenangkan kebimbangan jelas tergambar di wajah Aziz.
Aziz menarik nafas lega mendengar pernyataan tersebut. Pak Man
tersenyum mendengar perbualan Amin dan Aziz. Kepandaian dan
kecerdasan anak muda yang bernama Amin itu cukup mengagumkannya.
Meskipun baru berumur 20 tahun lebih, tetapi dia mempunyai
pengetahuan yang baik dalam agama. Pak Man, Amin dan Aziz sudah
semakin jauh meninggalkan perkuburan. Sepanjang perjalananm balik ke
rumah masing-masing, mata mereka disajikan dengan kehijauan yang
menyenangkan mata.
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..." (Surah Al-Anbiya': 35)
Sumber: Artikel iluvislam.com
Labels:
al kisah...
Thursday, September 19, 2013
Ujian Allah : Sejauh Mana Keredhaan Kita?
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
sumber: Artikel iluvislam.com
Labels:
Renungan
Wednesday, September 18, 2013
Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT
Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa rezeki
terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan
makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar
yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semuanya dikembalikan
kepada Allah SWT.
Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi
makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan
membuka rezeki seseorang.
Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan
manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh
membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan
kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan
orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya.
Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya.
Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya
memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.
Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan,
maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka,
dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih
berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.
Sememangnya ada orang mengadu kepada saya bahawa premis
perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-olah telah
ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu
sebenarnya masih dibuka.
Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut.
Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai contoh ada ketika
kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita
mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.
Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari
cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.
Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita
disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai?
Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang
dipercayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu
adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di
tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan perbuatan jahat
manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah
an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya.
Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan keadaan sedemikian
berlaku.
sumber:
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
www.islamituindah.my
Labels:
Subhanallah
Tuesday, September 17, 2013
Kisah Salafussolleh Yang Khusyuk Solat ...
1- Saidina Umar ra
Ketika hendak wuduk , beliau pernah ditegur oleh seorang sahabat,"Hai Umar, demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit." Pertanyaan tersebut telah menyentuh perasaan Saidina Umar lalu beliau menjawab,"Hai saudaraku, tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?"
Di sini dapatlah kita memahami bahawa tatkala Saidina Umar hendak bersolat datang perasaan gerun dan takut dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar. Keadaan ini lahir dua perasaan yang timbul di hati beliau:
a- Saidina Umar ra merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat, beliau akan berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah SWT. Beliau bimbang jika beliau bersifat kurang sopan terhadap Allah SWT.
b- Beliau merasa cemas kerana solat merupakan pembaharuan sumpah setianya kepada Allah SWT . Di samping itu beliau menyedari entah berapa ratus kali beliau telah menyatakan sumpah kepada Allah SWT padahal sumpah yang telah lalu entah sudah ditunaikan atau masih belum. Kini beliau sekali lagi hendak bersumpah memperbaharui ikrar lagi.
2- Saidina Ali bin Abi Thalib
Ketika betisnya dipanah musuh, beliau telah berpesan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat sunat. Beliau sedikitpun tidak berganjak atau menunjukkan tanda-tanda beliau sedang kesakitan semasa panah itu dicabut dari betisnya. Ini menunjukkan beliau telah menanamkan benih khusyuk itu sejak di luar solat lagi. Ini menunjukkan bila hati telah disemai dengan benih khusyuk sejak di luar solat lagi, akan mudahlah ia subur ketika di dalam solat.
3- Saidina Abu Bakar As Siddiq
Saidina Abu Bakar As Siddiq yang merasa terlalu lazat bersolat tanpa mengenal jemu sehingga bengkak-bengkak kakinya dan lebar dahinya.
4- Sallahuddin Al Ayubi
Sejarah telah membuktikan para sahabat mampu menumpaskan dan menguasai Rom dan Farsi hanya dengan memperkemaskan ibadah mereka. Sallahuddin Al Ayubi menekankan kepada bala tenteranya supaya bersungguh-sungguh mengamalkan amalan sunat seperti bersugi,membaca Al-Quran dan bersolat malam. Berkat dari solat yang khusyuk itu akhirnya mereka berjaya merempuh kota Konstantinopel , sebuah benteng pertahanan yang cukup kuat ketika itu.
5- Muhammad Al Fateh
Muhammad Al Fateh berjaya membuktikan kebenaran hadis Rasullulah saw dimana nanti Kota Konstantinopel berjaya ditawannya dari musuh kerana pemimpin ini tidak pernah meninggalkan solat sejak kecil lagi dan kekhusyukkan ibadahnya menjadi ikutan umatnya.
6- Saidina Qutham Ibnu Abbas
Beliau dipancung oleh musuh ketika beliau sedang khusyuk bersolat. Kepalanya terpelanting ke bumi diambil dan dicantumkannya semula ke badan. Setelah berjalan beberapa langkah , jasadnya ghaib . Kejadian ini telah mengerunkan pihak musuh.
7- Ali Zainal Abidin (Cucu Rasullulah saw)
Ali Zainal Abidin ialah cucu Rasullulah saw. Ketika sujud beliau tidak menyedari rumahnya dijilat api. Apabila ditanya mengapa dia tidak memperdulikan jeritan dari mereka yang memberitahunya akan kejadian itu, lalu dijawabnya:"Aku telah lupa kerana sibuk memikirkan api Neraka yang lebih besar."
8- Ammar bin Yassir dan Abbad bin Bashar
Kedua-duanya telah menawarkan diri masing-masing untuk mengawasi khemah Rasullulah saw. Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjaga-jaga di puncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabi berehat. Kata Abbad kepada Ammar ;" Marilah bergilir-gilir tugas. Bagi separuh masa yang pertama aku akan jaga supaya kamu dapat melelapkan matamu. Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat tidur."
Ammar bersetuju . Dia pun merebahkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya . Sambil menjalankan tugasnya Abbad telah mendirikan solat. Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panah yang menembusi badan Abbad. Melihat keadaan Abbad yang masih berdiri tegak itu si peninjau tadi melepaskan lagi dua anak panahnya.
Abbad kemudiannya mencabut ketiga-tiga anak panah itu lantas mengejutkan Ammar. Apabila askar musuh itu melihat kedua-dua orang sahabat itu, beliau melarikan diri kerana menyangka ada ramai lagi askar-askar islam di situ. Melihat badan Abbad yang berdarah itu, Ammar berkata:"Subhanallah" Mengapa kamu lambat membangunkan aku?"
Abbad menjawab: "Dalam khiraat saya, saya telah mula membaca surah al Kahfi dan saya enggan memendekkannya . Apabila anak panah yang ketiga melekat di badan saya, saya berasa bimbang mengenai keselamatan Rasullulah saw. Saya pun segera menamatkan pembacaan surah al Kahfi sebelum rukuk walaupun saya terpaksa mati dipanah oleh musuh itu tadi."
Oleh kerana asyik membaca al-Quran , Abbad tidak gementar dengan senjata musuh. Nikmat pembacaan al-Quran menyebabkan dia lupakan badannya yang sakit dan berdarah itu. Bagaimana dengan keadaan solat kita, dengan gigitan nyamuk kita sudah gelisah dalam solat.
Petikan :
Buku "Khusyuk Dalam Solat"
Halaman 28-32
Muhammad Uqbah An Nafiq
sumber: mselim3.blogspot.com
Labels:
Subhanallah
Thursday, September 12, 2013
Hak Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada
undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak
berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta
sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di
Malaysia.
Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan". (Surah
An-Nisaa' : 32)
Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak'.
"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak'.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada
masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang
(1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:
"Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama
dan berusaha, sama ada keuda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam
bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara
rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak".
Satu contoh kes di mana sepasang suami isteri memperolehi harta
semasa berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang timbul ialah
bagaimana prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang Arif Datok Wan
Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan
Wilayah Persekutuan kes Anita binti Abdullah lwn Zainuddin bin Hj.
Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:
1. Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka hasil itu terpulang kepadanya;
2. Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing,
mereka dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta
itu dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah
dibahagikan sama banyak juga. Jika salah seorang enggan bersumpah, maka
harta itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika salah seorang
atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu dipertanggungjawabkan
ke atas waris si mati sekiranya waris itu menuntut.
3. Jika berlaku adat kebiasaaan bahawa salah seorang daripada suami
isteri itu berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan pembahagian
hendaklah mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati
maka pembahagiannya adalah seperti (a) dan (b) di atas.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah
Persekutuan bagi kes Mansur lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.)
tentang harta sepencarian menyatakan:
"Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian harta
sepencarian, jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan
kepada hakim yang menggunakan budibicaranya". Ini bermakna hakim akan
membuat keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya".
Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan seseorang isteri yang
hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia
berpeluang menuntut harta sepencarian? Dalam kes Boto' binti Taha lwn
Jaafar bin Muhammad (1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa seorang
isteri yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat harta
sepencarian.
Fakta kesnya adalah seperti berikut:
Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian dari bekas
suaminya separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan.
Harta-harta itu termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan
(gerai tempat menjual ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin dengan
pihak yang kena tuntut (suami) pihak yang menuntut telah meninggalkan
kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoren dan bertugas
sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas suami.
Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan:
"Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira
sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang
mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut
(isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan
pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan
pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang
membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh tu adalah kenyataan
perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang
menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian".
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Hj. Harussani bin Hj.
Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi
(1978, Jld. 1, 2 J.H.) mengenai harta sepencarian:
"Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan
perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami
keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak mendapat orang
gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang gaji maka kerja
memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai
sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami".
Ini bermakna seseorang suri rumahtangga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya.
Harta sepencarian adalah satu prinsip yang berasaskan adat temenggung
dan diterima pakai di dalam undang-undang kekeluargaan Islam di
negeri-negeri dalam Malaysia. Ia bermaksud harta yang diperolehi oleh
suami atau isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang perlu dibahagikan di
antara mereka selepas berlaku perceraian.
Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak
kepada harta sepencarian walaupun dia tidak berkerja. Ini bermaksa
seseorang isteri yang menjadi surirumah tetap berhak mendapat
sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta
tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan.
Dalam kes Robert alias Kamarulzaman lwn Umi Kalsom (1966) 1 MLJ 163,
sepasang suami isteri membeli sebuah rumah di Setapak dengan harga
$50,000 dengan sumbangan dari suami sebanyak $40,000 dan baki $10,000
dibayar oleh isteri. Rumah itu didaftarkan di atas nama isteri. Apabila
bercerai, Robert menuntut bahagiannya berasaskan nisbah sumbangan yang
diberikan. Mahkamah membuat keputusan berasaskan prinsip harta
sepencarian dengan mengarahkan harga rumah tersebut dibahagi dua di
antara plaintiff dan defendan.
Dalam kes Tengku Anun Zaharah lwn Dato' Dr. Hussein, Jernal Hukum
Jilid III Bah. 1, Sept. 1983, 125, defendan (bekas suami) adalah seorang
hartawan yang memiliki antara lain 6 bidang tanah, 6 lot rumah kedai
di Wisma Central, beberapa buah rumah dan kenderaan. Plaintiff menuntut
sebuah rumah, sebuah kereta dan beberapa harta lain di bawah harta
sepencarian. Defendan mendakwa bahawa plaintiff tidak memberikan apa-apa
sumbangan dalam usaha mendapatkan harta benda tersebut kerana
plaintiff adalah seorang suri rumah.
Mahkamah memutuskan bahawa walaupun plaintiff tidak menyumbang secara
langsung dalam pemerolehan harta, namun plaintiff tetap berperanan
penting sebagai isteri yang memberikan ketenangan jiwa, kedamaian dan
sokongan moral kepada suami sehingga membolehkan defendan memperolehi
harta tersebut. Harta sepencarian tidak dilihat dari sudut usaha
memperolehi secara sempit sebaliknya melihat kepada peranan kedua-dua
suami dan isteri yang berkongsi hidup selama mereka dalam ikatan
perkahwinan. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan harta
sepencarian plaintiff termasuk 3 ekar tanah yang didaftarkan di atas
nama defendan.
sumber: Artikel iluvislam.com
Labels:
mesti tahu
Wednesday, September 11, 2013
Buat Si Cerdik Yang Berfikir Panjang
Dan
setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai
ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki
balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini
kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami
berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. ( Surah ali 'Imran ayat
145 )
Pengajaran ayat :
Tujuan asas yang didapati daripada firman Allah swt ini adalah untuk
memberi perangsang kepada orang yang beriman agar terus hidup dalam
keadaan berjuang untuk membawa perubahan di jalan Allah swt tanpa merasa
ragu atau gerun terhadap halangan-halangan daripada musuh Allah swt.
Ini adalah kerana :
Sikap penakut seseorang tidak akan menambah atau memanjangkan
nyawanya. Sikap beraninya juga tidak akan memendek atau mengurangkan
nyawanya. Sikap takut dan bimbang seseorang tidak akan dapat menolak
qadar dan takdir Allah swt. Sudah pasti seseorang itu tidak akan mati
sebelum tiba ajalnya (yang telah ditetapkan Allah).
Sesungguhnya Allah swt akan menganugerahkan setiap apa yang diminta
oleh hambaNya samada sebahagian atau sepenuhnya, sesuai dengan peraturan
Ilahi dan sejauh mana mereka menuruti peraturan kehidupannya. Manusia
wajib tahu masa dan perkembangannya :
Masa dan kehidupan yang sementara iaitu kehidupan di dunianya. Masa dan kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan di akhirat.
Bagi sesiapa di kalangan manusia mencari habuan dan balasan
keuntungan di dunia, maka Allah swt akan memberikan balasan dunianya.
Namun rugi yang amat sangat buatnya kerana gagal memperolehi ganjaran
dan balasan yang lebih besar dan lebih hebat di akhirat kelak.
Sebaliknya, sesiapa yang bekerja, beramal dan berjuang untuk
mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat, maka Allah swt akan
mengurniakan kepadanya di dunia dan juga habuan yang jauh lebih lumayan
di akhirat kelak.
Semoga Allah memilih kita di kalangan mereka yang gigih bekerja,
istiqamah dan ikhlas di atas jalan kebenaran dan kebaikan ini sehingga
ke penghujung kehidupan kita kelak.
Sumber :
Al Qur'an dan terjemahan – Pustaka Darul Iman, Kuala Lumpur
2007Tafsir Mubin (Jilid 1) – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
2009Tafsir al-Maraghiy (jilid 2) – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 2001
zainurrashid.com
Labels:
Renungan
Monday, September 9, 2013
Perjalanan Hidup Roh Dari Alam Ke Alam

Marilah
kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI
adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa
bekalan? Seseorang yang ingin berpergian (contoh, belajar oversea 3
tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan.
MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat
dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang
hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya,
tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.
Bagaimana mungkin kita berasa selamat
jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin
berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?
Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di
dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak
menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.
Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?
Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:
1. Alam Roh
- Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).
3. Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn
4. Alam Kubur
- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :
“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”.
5. Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
- Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.
- Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.
# Di dalam Surah Al-Waaqi’ah Allah
menyebutkan pada permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar di mana manusia
terbahagi kepada tiga golongan :
- Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
- Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).
- Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).
Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:
- Muqarrabiin.
- Golongan Kanan.
- Golongan Pendusta Yang Sesat.
Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dalam keadaan
telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal
antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan
Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para
Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan:
- Pemimpin yang adil.
- Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
- Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah.
- Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
(Di dalam Al-Quran jika ia dirujuk
sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan).
Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di
dunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang
beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”..
maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.
Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam
menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan
di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi
Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi
Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw
memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar
menjadi tempat
- Soal Jawab.
- Membaca catatan amalan.
- Hisab.
*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai
Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu
beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa
mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68
Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim
yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan
(persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang
meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu
mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke
syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh
kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun.
(*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu
ibubapanya di atas sirat).
*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad)
telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali
lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga
“Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang
asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah
An-Najm Ayat 13-16
*Kesimpulannya : Mati adalah benar,
hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah
ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun
amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika
itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam
Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di
dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

Wallahuwa’lam.
Rujukan :
Tazkirah Ustaz Zawawi UIA – Kursus Pengurusan Jenazah MAS pada 07/09/2001
Tazkirah Ustaz Zawawi UIA – Kursus Pengurusan Jenazah MAS pada 07/09/2001
Labels:
mesti tahu
Subscribe to:
Posts (Atom)














