Thursday, March 29, 2012

 
SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.
 
Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)

Sumber : Harian Metro

Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya

Penghujung tahun adalah musim peperiksaan. Dalam bidang akademik, para pelajar sekolah dan universiti selalunya sibuk menelaah pelajaran masing-masing. Mereka yang belajar secara konsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.
Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang digogok tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata.
Dalam sektor pekerjaan juga, penghujung tahun adalah waktu ketua dan majikan menilai prestasi pekerja masing-masing. Maka staf yang sentiasa menepati waktu, menyiapkan kerja dan amanah tidak perlu berlakon rajin. Malah, mereka tidak peduli pun apa yang sedang dinilai oleh bos mereka. Baik atau buruk penilaian itu tidak akan menjejaskan minat mereka yang berprestasi tinggi untuk terus bekerja seperti biasa.
Berbeza dengan para pekerja yang malas dan culas. Apabila tiba musim penilaian prestasi, dia akan datang awal dan tidak tercongok di depan mesin perakam waktu bila masa pulang sudah menjelang. Dia akan ceria di sepanjang hari, buat-buat sibuk, sedangkan dia hanya menyibuk. Yang penting, keramahannya sebenarnya adalah sebuah drama untuk tatapan bosnya agar dia disenangi dan diingati. Mudah-mudahan (sememangnya dia mengambil jalan mudah) bosnya akan jadi pemurah untuk memberinya kenaikan gaji dan pangkat.
Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Jika dia calon SPM, bayangannya adalah keputusan 10A1 buat dirinya terpampang di papan kenyataan sekolah. Jika dia siswa, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, oleh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diperolehi dan realiti menjengah di depan matanya.
Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. Oleh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.
Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib
Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diperoleh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.
Senyuman Siti Nurhaliza sambil bernyanyi dengan suara yang lantang tampak begitu bersahaja. Tidak kelihatan urat timbul di lehernya, kerut dahinya, cemik wajahnya kerana pasti dia sudah melalui latihan demi latihan secara konsisten. Kita tidak tahu pantang makan minumnya untuk menjaga suara, cukup atau tidak tidurnya demi menjaga stamina, rasa kecewanya kerana tidak dapat mengingat lirik lagu-lagu terbaru untuk malam persembahan. Namun, apa yang terpamer ketika persembahan ialah kerehatan di wajahnya.
Sengih tokoh politik yang menjawab dengan tenang bila berdepan dengan soalan-soalan nakal wartawan, atau amaran dari ahli-ahli akar umbi partinya, mahupun jerkah seorang wakil orang kampung di dalam majlis dialog adalah hasil daripada latihannya untuk memahami kerenah manusia. Mana kita tahu betapa hatinya sesak menelan dengan segala umpat dan fitnah, tidur-tidur ayamnya memikirkan masalah yang diperjuangkan dan keluhannya bila membuat keputusan yang tidak popular?
Tokoh korporat, panglima tentera, doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, profesor, pentadbir, aktivis NGO, guru, malah kerani yang berjaya biasanya mempamerkan peribadi yang tenang dan menyenangkan mereka yang berurusan dengan mereka. Tiada nampak kesukaran di wajah mereka. Yang paling ketara, orang-orang yang berjaya kerana membina kejayaan biasanya akan mempunyai masa untuk kita. Seolah-olah dirinya tidak sibuk dengan urusan lain kecuali melayani kita sahaja.
Kerana itu, kejayaan seseorang mahupun organisasi tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama. Tidak kiralah sama ada kejayaan menguruskan badan seperti duta makanan diet, menjadi pelakon popular, pemain bolasepak terkenal ataupun seorang novelis prolifik. Oleh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diperoleh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari esoknya, dia akan menggelongsor ke tempat asal.
Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya
Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya orang yang berjaya, kita akan memperoleh isi kejayaan itu sendiri.
Malang sekali, apabila kita lihat seseorang individu itu berjaya menjadi penyanyi misalnya, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin menirunya. Atau apabila terdapat sebuah syarikat berjaya memasarkan sesebuah produk dengan pendapatan berjuta ringgit, akan muncullah syarikat-syarikat yang menggunakan formula yang sama. Banyak syarikat begitu yang tumbuh seperti cendawan. Padahal, apa yang tumbuh seperti cendawan akan cepat mati seperti cendawan juga!
Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai tol kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.
Justeru itu, janganlah bermimpi untuk berjaya. Sebaliknya kita mesti memasang impian. Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua mode minda yang berbeza!

sumber: maafcakap.blogspot.com



Tuesday, March 27, 2012

 
Tentang Waktu...
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.
Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"
Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?
Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.
Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Sumber :    Artikel iluvislam.com


Sunday, March 25, 2012

Solat Menggugurkan Dosa


Sabda Rasulullah SAW: ”Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya”. [Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]

Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada allah dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka.


Hazrat Abu Zar R.A berkata, “Suatu ketika Rasululullah S.A.W keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda S.A.W memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut.

Baginda S.A.W bersabda, “Wahai Abu Zar.”

Saya menyahut, “Saya ya Rasululullah.”

Kemudian Baginda S.A.W bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok,” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Keterangan:

Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi S.A.W iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tidak ada satu dosa pun yang tertinggal. Walaubagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan daripada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan Al-Quran dan hadith menyatakan bahawa hanya dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amalan-amalan kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah S.W.T mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahmatNya.

sumber : www.mukmin.com.my






Thursday, March 22, 2012

Antara 6 Kelebihan Hari Jumaat


Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:


“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Sumber: myibrah.com







Wednesday, March 21, 2012

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH




Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Dia mengeluh, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, sepertinya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi tadi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkonganku sehingga seluruh badanku menjadi lemah lunglai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Ketika dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi uang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Kemudian, si malang merasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas dia tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi uang dan secarik kertas yang bertulis, ” Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cobalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu terdengar lagi, “Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kemarin,sekedar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku”

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi uang dan secarik kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang ketika mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada secarik kertas lalu dibacanya, “Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian “malas” namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak ridha Allah melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Jika anda ingin senang, anda harus suka pada bekerja dan berusaha karena kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak disuruh duduk diam dan tidak seharusnya demikian pula tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Oleh sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan cepat berjaya.”

Sehabis dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sadar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikuti peraturan-peraturan hidup (Sunnah Allah) dan tidak lagi melupakan nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajarkan kita untuk maju ke depan dan bukan mengajarkan kepada kita diam di tepi jalan.

Sumber: ( Abu Muhammad bin Saleh )www.pengusahamuslim.com





Monday, March 19, 2012

15 Rutin Seorang Muslim


1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!

2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi

4. Hindari rasa marah

5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.

6. Buat perkara baik.

7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.

8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik

9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga

10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya

11. Peluk ibubapa kita

12. Senyum kepada semua orang selalu

13. Memaafkan, melupakan dan senyum

14. Tidak mencari populariti

15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”

Sumber: akuislam.com







Friday, March 16, 2012

Projek Masjid Berkembar antara Masjid Al-Falah dengan Masjid Umar B Abdul Aziz, Gaza, Palestin


MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) sebagai NGO gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia mengambil beberapa inisiatif membantu rakyat Palestin terutamanya di Gaza dalam misi kemanusian dan pembinaan semula infrastuktur mengikut keperluan rakyat Gaza. MAPIM juga telah diterima secara rasmi sebagai rakan kerja OIC (Organization of Islamic Cooperation) di bawah jabatan khas di namakan Islamic Cooperation -Humanitarian Affairs Department (ICHAD).

Projek terkini ialah pembinaan semula Masjid Umar bin Abdul Aziz yang telah di bom Israel pada Januari 2009. Masjid ini yang asalnya berkeluasan 1400 meter persegi merupakan masjid yang paling aktif di daerah Beith Hanoun dan juga melahirkan ramai pejuang-pejuang Islam Palestin yang bertanggungjawab mempertahankan bumi Anbiya ini dari terus di jajah oleh zionis laknatullah.

Masjid Al Falah USJ 9 telah dipilih untuk mengadakan Program Masjid Berkembar (Twinning Mosque) dengan Masjid Umar bin Abdul Aziz Gaza ini dan menjadi rakan MAPIM dalam mencari dana bersama bagi merialisasikan pembinaan masjid ini. Kos pembinaan semula masjid Umar bin Abdul Aziz di jangka menelan belanja RM 1.5 juta sahaja.

SEMUA UMAT ISLAM DIJEMPUT UNTUK MENYOKONG PROJEK INI DENGAN MEMBELI KUPON WAKAF PEMBINAAN YANG NILAI RM50.00 SEBAGAI TANDA SOKONGAN PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN DAN AMAL JARIAH. KUPON BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT MASJID AL FALAH.

Sekiranya berhasrat untuk bank in ke akaun:
TABUNG GAZA - MAPIM
0801 3010 075 820
Bank Islam Malaysia Berhad

Anda Boleh berhubung terus dengan pengurusan MASJID AL FALAH USJ 9, Subang Jaya, Selangor atau hubungi Tn Hj Abdul Aziz Abu Bakar, Penyelaras MAPIM Selangor ditalian 019 6011617 atau email ke azizabubakar@sapuraindustrial.com.my

Semoga usaha kita untuk saudara kita disana Dirahmati & diberkati Allah







Thursday, March 15, 2012

Menghadapi Ribut Rumahtangga


Fikir Sejenak

Apabila kita sedang marah, kita perlu tanya pada diri "Mengapa aku marah?", dan perlu fikir akan jawapannya. Dalam konteks rumahtangga, apabila kita marah, sebabnya ada 2 kemungkinan:
1. Marah disebabkan perkara lain
2. Marah kepada suami/isteri

Mungkin marah disebabkan perkara lain.

Pernah dengar kisah 'Siapa yang menendang kucing itu'? Seorang pekerja lelaki dimarahi oleh bosnya di pejabat. Lelaki tersebut cuba pertahankan bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan. Maka lelaki tersebut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, jalan pula sesak. Tambah pula ada pemandu lain yang memandu secara tidak berhemah. Setibanya di rumah, si isteri menjemput dengan wajah ceria. Namun fikiran si suami masih berserabut, tidak dapat membalas ceria sapaan isteri. Maka suami terus mencari kerehatan, meninggalkan isteri. Isteri pula terasa hati. Sudah tidak ceria. Si anak pula meminta izin ibunya untuk pergi keluar bermain. Ibu tidak membenarkan, si anak masam mencuka. Dilihatnya si kucing, ditendangnya akan kucing itu. Maka, siapakah yang menendang kucing itu?

Kisah ini sebagai contoh umum, dan wataknya berubah-ubah dalam kehidupan realiti. Propagasi marah boleh berlaku, dan mungkin natijahnya lebih buruk daripada seekor kucing ditendang.

Maka satu perkara atau ciri yang perlu ada pada diri kita agar propagasi gelombang marah tidak berlaku atau dapat dihentikan adalah kemampuan mengawal diri (self-control). Kemampuan mengawal diri ini adalah hasil daripada penimbaan ilmu dan pengamalan kita tentang aspek-aspek akhlaq Islamiyyah.

Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
.
(Ar-Ra'd:11).

Kita marah disebabkan kesalahan suami/isteri.

Adakah dia memang bersalah?
Atau mungkin disebabkan salah faham antara suami isteri, yang tidak tahu tentang perbezaan lelaki dan wanita dalam keperluan perasaan, berfikir dan bertutur?

Lelaki dan wanita, berbeza dalam keperluan perasaan, berfikir, bertutur, memahami, reaksi, cara memberi kasih sayang. Seolah-olah mereka menuturkan bahasa yang suami/isteri tidak dapat memahami. Perbezaan inilah yang perlu kita pelajari, ketahui, dan hormati, agar perasaan cinta suami isteri terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga.

Kerana tidak tahu tentang perbezaan-perbezaan ini, mudah masalah dan konflik timbul dalam rumahtangga, dan sukar pula mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk konflik tersebut. Perasaan marah mudah timbul, diri mudah berasa tension.

Seringkali suami dan isteri berada dalam konflik, apabila mereka menganggap bahawa pasangannya adalah seperti diri mereka, daripada aspek perasaan, fikiran, dan komunikasi. Suatu kesilapan juga apabila ada yang menganggap bahawa cara menyatakan cinta dan menerima cinta tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.

1. Apabila Mereka Berkomunikasi

Secara umumnya, apabila seorang lelaki berbicara dengan lelaki tentang masalah, bermakna dia berusaha mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan meminta bantuan rakannya. Maka mereka akan berbincang, agar jalan keluar ditemui untuk mengatasi masalah tersebut. Ini jelas kepada kita.

Dalam kehidupan rumahtangga, apabila isteri berbicara dan berkongsi perasaan tentang perkara-perkara hariannya (masalah luaran, bukan masalah rumahtangga) - terutama yang tidak menyenangkannya, suami mudah menganggap bahawa itu adalah suatu luahan masalah yang meminta cadangan solusi. Ini adalah normal sekiranya adalah urusan antara lelaki. Namun tidak sebegitu antara lelaki-wanita atau suami-isteri. Apabila wanita membuat luahan tentang perkara yang tidak menyenangkan, tidak semestinya ia adalah luahan masalah yang berhajatkan kepada cadangan penyelesaian.

Maka suami apabila mendengar luahan tersebut, dengan niat baik ingin membantu, mula menganalisa satu demi satu yang diluahkan isteri, dan memberi cadangan demi cadangan, tetapi bukanlah itu sebenarnya yang dikehendaki. Isteri terus berasa tidak gembira, atau bertambah sedih.

Langkah yang betul yang perlu diambil oleh suami, yang benar-benar membantu, adalah mendengar dengan empati, cuba memahami dan menghayati, seolah-olah turut melalui situasi yang sama, tanpa cadangan solusi.

Bukanlah cadangan solusi itu perkara yang tidak elok, ia perkara yang penting, namun perlu juga dinilai faktor masa (bila), juga cara disampaikan (bagaimana).

Wanita berubah-ubah kondisinya, mengikut keadaan dan masa, dan umumnya boleh dibahagikan kepada 3 mode:

1. Rasional
Mode ini wanita boleh dibawa berbincang, dan mampu mendengar cadangan solusi atau penambahbaikan.

2. Empati
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah luaran. Mode ini wanita inginkan pendengar yang memahami. Tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

3. Emosional
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah dalaman (masalah suami-isteri). Juga tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

2.Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik

Kita perhatikan satu contoh daripada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.

Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan. Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.

Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."

Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."

Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."

Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."

Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."

Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.

Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.

Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.

Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.

Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."

Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."

Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut, "Oh, tidak."

Mary berkata, "Dia memerlukan amat saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."

Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."

3.Kenali Dia

Know our spouse, and let our spouse know about ourself.

Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, isteri perlu belajar dan berusaha mengenali suami. Isteri perlu memberitahu tentang diri kepada suami, suami perlu memberitahu tentang diri kepada isteri.
Wujudkan sesi khas tazkirah dan perbincangan mingguan secara konsisten. Semoga perasaan cinta dan kasih saying bait Muslim terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.


sumber : prince-of-islam.blogspot.com






Wednesday, March 14, 2012

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.



Sumber: www.ustazazhar.net





Monday, March 12, 2012

Larangan Mengejek & Mempersenda

Dalam kehidupan seharian,kita dikelilingi oleh teman-teman yang tidak semuanya faham dan mengamalkan tunutan ISLAM.

Begitu sadis telinga tatkala mendengar segelintir anak-anak muda ISLAM begitu mudah memanggil rakan-rakan mereka dengan nama haiwan, tidak kurang juga dengan perkataan-perkataan yang berbaur lucah dan kesat. Ada juga diantara perbuatan mereka yang memanggil haiwan dengan nama rakan mereka. MasyaALLAH! Lebih teruk lagi, ada juga yang menunjukkan simbol-simbol atau isyarat lucah begitu umum, tanpa rasa segan silu dengan makhluk ALLAH yang lain berada disekitarnya. Harus diingat kembali kita tinggal dimuka bumi ini bukan hanya manusia sahaja, JIN, SYAITAN, HAIWAN, TUMBUHAN dan INGAT kedua MALAIKAT RAQIB dan MALAIKAT 'ATID yang mencatat kebaikkan dan keburukan kita.

Sebagai peringatan buat diri ini dan semua, kita singkap kembali LARANGAN ALLAH mengenai hal ini yang telah disebutkan dalam AL QURAN yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Surah Al Hujurat, Ayat 11)

Jelas dan terang larangan ALLAH dalam ayat ini yang melarang umat-NYA untuk merendah-rendahkan sesama mereka tidak kira lelaki atau perempuan. Maksud merendah-rendahkan ialah memperkecilkan rakan kita sehingga dia berasa tersinggung ataupun tidak dengan perbuatan kita itu. Lihat pada ayat

'...'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;...'

Berbalik kepada masalah tadi, bagaimana seorang rakan ini memanggil rakannya yang lain dengan gelaran haiwan, contohnya yang selalu dari mulut anak muda masa kini, 'BABI' ataupun 'ANJING'. Situasi kini bukan hanya menggelar rakan mereka dengan panggilan sedemikian, bahkan ada juga yang menyamakan rakan mereka dengan haiwan tersebut!

Lihat ayat ini:

'....dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik)...'

Sudah terang jelas dan nyata bahawa ALLAH begitu melaknat mereka yang melakukan perbuatan sedemikian, bahkan mereka yang melakukan sedemikian rupa boleh jatuh FASIK!

Lihat ayat ini:

'...Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim...'

Disini ALLAH menjelaskan kepada kita agar segera bertaubat jika telah melakukan perbuatan tersebut. Penjagaan LISAN adalah penting agar perkara sebegini tidak berlaku, selain kekuatan diri dengan ilmu2 ISLAM yang diAMALKAN yang pasti membentengi kita daripada godaan SYAITAN dan NAFSU!






Wednesday, March 7, 2012

Indahnya Kemaafan


Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”


~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah







Tuesday, March 6, 2012

Solat Di Awal Waktu


Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”

Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.


Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.

Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.

Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:

1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.

2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.

3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.

4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.

5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.

6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.

7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.

8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.

Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Sumber: fekah.blogspot.com






Template by:
Free Blog Templates