Tuesday, December 21, 2010

pengubat duka

Al-Quran pengubat sedih dan penenang jiwa


DALAM Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi
ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah
mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian
ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca
al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas
disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : "Dan apabila
dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan
perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat." (Surah al-A'raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur
perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan
melunakkan hati yang keras serta mendatangkan
petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah,
yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan
al-Quran dengan baik.

Demikian besar mukjizat al-Quran sebagai wahyu Ilahi,
yang tidak bosan-bosan orang membaca dan
mendengarkannya. Malah, semakin sering orang membaca
dan mendengarnya, semakin terpikat hatinya kepada al-
Quran. Apabila al-Quran itu dibaca dengan lidah yang
fasih, dengan suara baik dan merdu, ia akan memberi
pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya, sehingga
seolah-olah yang mendengarnya sudah ada di alam ghaib,
bertemu langsung dengan Khaliknya.

Keadaan orang mukmin tatkala mendengar bacaan al-Quran
itu, digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:

"Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka
yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati
mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya,
bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada
Tuhanlah mereka bertawakal." (Surah al-Anfaal, ayat
2).

Diriwayatkan bahawa suatu malam, Nabi Muhammad saw
mendengar Abu Musa Al Asy'ari membaca al-Quran sampai
jauh malam. Sepulang ke rumah, Baginda ditanya oleh
isterinya, Aisyah: "Apa sebabnya pulang sampai jauh
malam? Rasulullah menjawab bahawa Baginda terpikat
oleh kemerduan suara Abu Musa Al Asy'ari membaca
al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud."

Dalam riwayat, banyak diceritakan, betapa kuatnya
kesan bacaan al-Quran terhadap hati orang kafir.
Selepas mereka mendengar bacaan al-Quran, tidak
sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada
Muhammad serta pengikutnya, berbalik menjadi lembut
dan mahu mengikuti ajaran Islam.

Rasulullah sendiri sangat gemar mendengar bacaan
al-Quran daripada orang lain. Dalam sebuah hadis, yang
diriwayatkan oleh Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah
Ibnu Mas'ud menceritakan sebagai berikut : "Rasulullah
berkata kepadaku: "Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah
al-Quran untukku!" Lalu aku menjawab: "Apakah aku pula
yang membacakan al-Quran untukmu, ya Rasulullah,
padahal al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?"
Rasulullah menjawab : "Aku senang mendengar bacaan
al-Quran itu daripada orang lain."

Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari
surat an-Nisaa. Rasulullah sangat terharu tatkala
bacaan Ibnu Mas'ud itu sampai kepada ayat ke-41 yang
berbunyi: "Maka bagaimanakah (halnya orang kafir
nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul
dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan
kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu
(umatmu)."

Rasulullah lalu berkata: "Cukuplah, sekian saja, ya
Ibnu Mas'ud!" Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah
menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.


Monday, December 20, 2010

Menunggu kedatangan Nabi Isa

Dikatakan Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun ke bumi pada akhir zaman ketika dunia dilitupi kezaliman, tetapi kawan saya menolak kepercayaan itu, kerana menurutnya kepercayaan itu dongeng dan tidak bersumberkan mana-mana dalil yang sahih dan layak dipercayai.

Apakah sebenarnya kedudukan Nabi Isa dalam akidah Islam? Apakah dalil-dalil yang menunjukkan baginda dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman? Bilakah baginda akan diturunkan? - BASHIR, Segambut, Kuala Lumpur.

Perlu difahami, kepercayaan terhadap Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke dunia pada akhir zaman bukan sesuatu yang boleh disifatkan dongeng atau khurafat. Sejauh yang pernah dibincangkan ulama tentang perkara ini, adalah termasuk antara masalah khilafiah yang belum ada kata putus padanya. Ini disebabkan ayat-ayat itu kurang jelas pada fahaman pembaca. Saya kemukakan di sini pendapat-pendapat dan ulasan sekitar isu itu. Saudara harus menilai sendiri pendapat-pendapat itu jika saudara mampu mengikutinya dengan baik.

Sebilangan besar kumpulan ahli sunah wal jamaah berpendapat, Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada percubaan membunuh dan menggantungnya pada kayu palang yang dirancang oleh kaumnya, iaitu dengan mengangkat roh dan badannya ke langit dalam keadaan ia ditidurkan. Tafsiran yang merujuk kepada al-Quran, surah Nisa; ayat 157 ini didukung oleh ramai ahli tafsir.

Menurut mereka, pada suatu hari nanti sebelum berlaku kejadian kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi, beliau akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah negara dengan adil, membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam dan hukum-hukumnya yang ditinggalkan.

Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.

Daripada hadis ini dan beberapa hadis yang lain lagi mereka dengan tegas menyatakan Nabi Isa akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat, ia akan membunuh Dajjal dan khinzir, akan memerintah dunia dengan menegakkan keadilan berpandukan syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya meninggal dunia di bumi. Demikianlah ringkasan akidah sekumpulan ahli sunah wal jamaah tentang Nabi Isa pada akhir zaman.

Kita doakan semoga Allah segera menyempurnakan penurunan Nabi Isa untuk menegakkan keadilan dan membela umat Islam yang tertindas serta membunuh Dajjal yang lebih banyak mengganas terutama sejak akhir-akhir ini.

Sesetengah riwayat pula menyatakan Nabi Isa akan muncul di Fajj al-Rauha, iaitu suatu perkampungan yang terletak antara Mekah dan Madinah, beliau akan memakai ihram di situ untuk menunaikan umrah dan haji. Sumber-sumber lain pula menyatakan beliau muncul di Syam atau Baitulmaqdis di Palestin.

Setelah mengambil masa selama 40 tahun di dunia, beliau diwafat, disembahyang dan dikebumikan seperti kebanyakan manusia. Ini bermakna Nabi Isa tidak membawa syariat yang baru, kerana akidah Islam memutuskan tiada lagi nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam al-Quran menyebut sebanyak tiga kali keterangan yang menyentuh pengangkatan Nabi Isa dan kewafatannya iaitu dalam surah Ali-Imran; ayat 55, surah al-Nisa; ayat 157-158 dan surah al-Ma'idah; ayat 117.

Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.

Berbagai-bagai ulasan dan tafsiran ulama terhadap perkataan naik dan wafat yang disebutkan dalam ayat-ayat itu. Ada yang menyatakan maksud naik ialah menaikkan jasad dan rohnya ke langit, ada juga yang menyatakan maksudnya menaikkan pangkat dan kedudukan martabatnya. Perkataan wafat juga diperselisihkan antara sama ada membawa maksud mati, tidur atau sempurna tempoh tinggalnya di bumi atau di langit. Dalam bahasa Arab, semua makna itu boleh dipakai.

Nabi Isa diturunkan semula ke bumi hanya berbangkit pada tafsiran yang menyatakan dia dinaikkan ke langit dengan roh dan jasadnya. Pada tafsiran yang menyatakan kenaikan itu hanya pangkat dan kedudukan, tidak timbul lagi isu naik dan turun semula ke bumi.

Lanjutan kepada perbezaan tafsiran itu, lahir dua pendapat yang berbeza dan sukar didamaikan. Malah lebih menyukarkan lagi apabila isu yang diperselisihkan itu menyentuh akidah yang memerlukan dalil yang qat'iyy bagi setiap ciri akidah yang perlu diputuskan.

Telah disebutkan terdahulu ahli sunah wal jamaah mempercayai Nabi Isa dinaikkan ke langit dengan roh dan badan kasarnya serta baginda akan turun ke bumi sebelum kiamat untuk menegakkan keadilan mengikut syariat Islam.

Selain al-Quran yang menyatakan, menurut tafsiran mereka, bahawa Isa dinaikkan ke langit dengan jasad dan roh, mereka memperkukuhkan lagi pendapat itu dengan beberapa hadis yang menurut Muhammad Anwar Shah al-Kashmiri dan al-Shaukani telah mencapai tahap mutawatir dan tidak perlu dipertikaikan lagi kekuatannya.

Pendapat Anwar Shah ini tentunya memenuhi keperluan hadis mutawatir atau qat'iyy sebagai dalil bagi isu-isu akidah, bahkan sekali gus memperkukuhkan lagi keyakinan penurunan Nabi Isa seperti yang dijelaskan terdahulu.

Sebahagian ulama termasuk Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat dalil-dalil yang disebut bagi menunjukkan Nabi Isa dinaikkan ke langit belum cukup qat'iyy dan banyak sudut yang boleh dipertikaikan, sekali gus dalil-dalil itu tidak layak menjadi sandaran bagi perkara yang menyentuh akidah.

Justeru dalil-dalilnya tidak qat'iyy, tidak timbul lagi soal akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman untuk membunuh Dajjal dan menegakkan keadilan mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dikatakan itu. Shaltut memberi beberapa jawapan balas:

1. Riwayat yang menunjukkan Nabi Isa turun ke bumi selepas kemunculan Dajjal tidak boleh dianggap sebagai kuat, kerana versi dan kandungannya berbeza-beza. Selain itu pula, riwayat Abu Hurairah itu bersumberkan Wahb Ibn Munabbih dan Kaab al-Ahbar. Kedua-dua tokoh ini merupakan ahli kitab dan bekas penganut agama Yahudi.

2. Hadis riwayat Abu Hurairah yang menjelaskan turunnya Nabi Isa itu bertaraf Ahad (bukan mutawatir). Ulama Islam sepakat menyatakan hadis Ahad tidak layak dijadikan sandaran bagi isu-isu yang membabitkan akidah dan perkara-perkara ghaib.

3. Pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. pada malam mikraj dan Nabi Isa dan anak saudaranya Yahya di langit kedua tidak harus dijadikan dalil, kerana riwayat itu tidak cukup kuat, manakala pertemuan itu pula mungkin pertemuan antara roh, bukan antara badan kasar. (al-Fatawa, Beirut, 1971, ms. 67).

Pendapat Syeikh Shaltut ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

Pertama: Tiada keterangan yang memuaskan, sama ada dalam al-Quran atau hadis menunjukkan Nabi Isa diangkat ke langit dengan roh dan jasadnya, beliau masih hidup dan akan turun ke bumi pada akhir zaman.

Kedua: Ayat-ayat yang membicarakan kewafatan Nabi Isa dan kemudian turun ke bumi tidak lebih daripada hanya janji Allah yang akan menamatkan tempoh ajalnya, mengangkatkan kedudukan dan martabatnya dan menyelamatkannya daripada ancaman kaum yang merancang untuk membunuhnya.

Janji ini telah terbukti kerana musuh-musuh tidak berjaya membunuh dan memalangnya, sebaliknya Allah menyempurnakan ajalnya dan mengangkat pangkat dan kedudukannya.

Ketiga: Bagi orang yang menolak kepercayaan Nabi Isa diangkat ke langit, Nabi Isa masih hidup hingga kini dan akan turun ke bumi pada akhir zaman, ia tidak boleh dianggap sebagai menolak akidah yang sabit menerusi dalil qat'iyy. Justeru itu ia tidak boleh disifatkan kufur atau terkeluar agama Islam.

Patut juga disebutkan di sini, kumpulan antihadis berminat sekali dengan pendapat Shaltut ini. Mereka menjadikannya sebagai modal untuk menolak hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim secara lebih berani apabila Shaltut juga menolak hadis yang menyentuh tentang turunnya Isa. Tetapi seperti yang dikemukakan di atas, Shaltut hanya menolak hadis Ahad sebagai dalil utama bagi isu yang menyentuh akidah.

Saya lebih cenderung kepada pendapat ahli sunah wal jamaah, kerana pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama Islam sejak zaman sahabat lagi dan kemudiannya dituruti tabi'in.

Lagipun, akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman bukan isu baru. Ia diketahui sejak pembukaan kitab-kitab hadis bermula. Ulama hadis termasuk Imam Bukhari dan lain-lain menerima baik jalan-jalan riwayatnya dan menjadikannya antara tanda-tanda kiamat tanpa bantahan. Jika perakuan mutawatir yang dibuat oleh Anwar Shah al-Kashmiri itu diterima, maka tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan.



Sunday, December 19, 2010

Alkisah jiran nabi Musa di syurga

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari
di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan
duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi
jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis,
mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi
Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku
berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi
Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah
buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada
di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan
ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa
ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan
urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya
kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang
baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi
Allah.



Thursday, December 16, 2010

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."



Tuesday, December 14, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

* Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
* Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
* Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
* Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

* Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
* Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
* Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
* Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

* Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
* Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

* Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
* Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
* Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

* Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
* Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
* Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

* Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
* Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
* Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

* Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

* Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
* Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
* Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

* Kini Kau Tinggal Seorang Diri
* Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
* Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
* Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
* Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
* Hari Ini,....
* Akan Kutunjukan Kepadamu
* Kasih Sayang-Ku
* Yang Akan Takjub Seisi Alam
* Aku Akan Menyayangimu
* Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

* Kembalilah Kepada Tuhanmu
* Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
* Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
* Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....



Monday, December 13, 2010

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)

Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.

Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:

'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.

Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.

Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.

Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.

Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.

Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.

Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.

Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.

Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:

'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'

(al-Anbiya’:105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.

Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.





Sunday, December 12, 2010

Amalan-Amalan Awal Muharram


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Amalan-AMalan Awal Muharram

InshaALLAH, Sempena menyambut Muharram 1432 Hijrah pada hari Selasa 6hb Disember 2010…. bersama kita manfaatkan segala kebaikkan, kebajikan dan mengerjakan amalan kecil ini, agar Tahun 1432Hijrah lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Meningkatkan TAQWA, memperteguhkan IMAN, menjaga AQIDAH. Ameen.

Semoga segala Ibadah ini medapat perkenan ALLAH Yg ESA…

AWAL MUHARRAM

Wahai TUHANku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkan lah daku dengan orang-orang yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara Amalan disunatkan pada bulan Muharram:

Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;

Barang siapa yang berpuasa pada hari A’syuura’ yakni 10 Muharram, maka ALLAH akan memberikan kepadnya pahala 10,000 malaikat; dan barang siapa yang puasa pada hari A’syuura’, maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid; dan siapa yg mengusapi kepala anak yatim pada hari A’syuura’, maka ALLAH akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari A’syuura’, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, ALLAH telah melebihkan hari A’syuura’ dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!. Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari A’syuura’, dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari A’syuura’; dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari A’syuura’; dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari A’syuura’; dan menenggelamkan Fir’aun pada hari A’syuura’; dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari A’syuura’ dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari A’syuura’; dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari A’syuura’; dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari A’syuura’; dan akan terjadi Qiyamat pada hari A’syuura’

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari A’syuura’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari A’syuura’. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari A’syuura’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari A’syuura’; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW.; “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari A’syuura’ (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadhilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadhilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah 112; Al-Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”

Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah 112; Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadhilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada Neraka.

Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari A’syuura’ adalah seperti berpuasa setahun & siapa yang bersedekah pada hari A’syuura’ adalah bagiku bersedekah setahun.” (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, “semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu”.(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari A’syuura’ & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari A’syuura’ & menyuruh orang lain berpuasa juga”. (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari A’syuura’. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”

Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”

Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”

Bersabda Rasulullah SAW “Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram”

Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?” Sabdanya : – ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram – ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram – Diciptakan lautan pada 10 Muharram – Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram – Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram – Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram – Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram – Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram – Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram – Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram – Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram – Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram – Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram – Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram – Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram – Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram – Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram – Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram – Diciptakan Arasy pada 10 Muharram – Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram – Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram – Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram – ” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan’. Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya. Wallahua’lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari A’syuura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.





Thursday, December 9, 2010

Awal Muharram..Anda Tahu Mengenainya?

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Doa Awal Tahun


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.



Sunday, December 5, 2010

Kalimah Allah di mana-mana?



Apakah yang mula-mula terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar di atas? Kepulan-kepulan awan di langit? Sinaran cahaya matahari di sebalik awan? Tidak, tentu majoriti membayangkan melebihi perkara tersebut! Ya, kalimah Allah yang biasa kita lihat dan dengar semenjak dulu lagi. Kalimah yang dikatakan boleh terbentuk di langit, malah ramai juga telah terjumpa di celah-celah dahan pokok, kulit ikan, potongan timun, atas lautan malah juga di sebalik telinga bayi.

Pertamanya kita di sini langsung tidak ingin mempertikaikan kekuasaanNya. Allah maha kuasa lagi berupaya mencipta, membentuk dan mengubah sebarang objek di langit mahupun bumi yang dikehendakiNya. Tetapi apabila gambar-gambar sedemikian rupa disebarkan tanpa batasan di kalangan kita umat islam yang terlampau taksub dan obses, maka itulah yang kita ingin difokuskan di sini.


Kesahihan dan Imaginasi terlampau tinggi

Akibat terlampau takjub dalam melihat gambar sedemikian rupa, pernahkah anda terfikir apakah benar kalimah-kalimah yang terbentuk dalam gambar tersebut? “Eh, bukankah telah terbukti di atas gambar tersebut?” Ya, benar tetapi bagaimana pula dengan di sebalik bukti bergambar tersebut? Misalnya, kalimah Allah terjumpa terukit di atas kulit pokok, siapakah yang dapat menjamin tiada siapa yang telah mencoret kalimah-kalimah tersebut sebelum ini? Okey, lupakan yang itu. Dengan zaman serba moden ini, percayakah anda bahawa setiap gambar boleh diedit menggunakan photoshop untuk menyerupai bentuk apa-apa yang disukai? Persoalan-persoalan ini patut kita fikirkan bersama.

Sekiranya anda telah yakin bahawa tiada unsur tokok tambah dan gambar tersebut adalah benar tanpa sebarang editan, maka tahniah anda berjaya melepasi satu peringkat. Tetapi agak malang sekali apabila melihat kebanyakan gambar-gambar yang tersebar meluas, hanyalah mengikut imaginasi individu yang melihatnya. Kadang-kadang kita sendiri tidak mampu mengangak di mana kalimah tersebut tetapi hanya individu tersebut sahaja yang mampu membayanginya. Ini apa yang dipanggil orang sebagai mereka berimaginasi tinggi, terlampau kreatif mencorak apa-apa yang difikirnya. Apabila ternampak sedikit lengkungan sedikit bebelit, nah kalimah Allah! Percayakah anda peta dunia kita pun hendak disamakan dengan kalimah Muhammad juga. Memang cukup berimaginasi tinggi.


Memakan diri

Sebenarnya isu pertikaian kesahihan mahupun imaginasi yang terlampau tinggi itu bukanlah suatu perkara yang ingin dibincangkan sangat. Kita sedar bahawa tujuan penyebaran gambar-gambar sedemikian bertujuan baik malah juga sedikit banyak dapat membangkitkan rasa rendah diri dengan kebesaran Allah. Namun disebalik sifat ketaksuban yang melampau tersebut mendatangkan kebimbangan dan silap-silap memakan diri kita sendiri sebagai umat Islam.
Masih ramai tak sedar, sebuah gambar pokok-pokok membentuk kalimah syahadah yang seringkali kita jaja untuk membuktikan kebenaran Islam sebenarnya adalah palsu sama sekali. Gambar asalnya hanyalah sebuah potret lukisan seorang pelukis Mesir, tetapi apabila tersebar melalui orang perseorangan, melalui medium ke medium, maka kisah asalnya bertukar menjadi kisah yang cukup masyur sekali, “Pokok-pokok di ladang Jerman membentuk kalimah syahadah”.

Apabila kita terlampau asyik mencari kalimah-kalimah agung ini dimerata-rata ceruk dunia, mereka yang bukan beragama islam telah lama melakukannya. Tidak perasankah anda akan perihal satu video yang cukup tersebar meluas di Youtube, mengenai masyarakat di barat yang menemui sisa-sisa ketulan awan membentuk lambang salib? Adakah dengan penemuan mereka itu membuktikan kebenaran agama mereka? Sama-sama lah kita renungkan.



Untuk orang berfikir

Kita sebenarnya tidak memerlukan ukiran-ukiran ‘kalimah Allah’ tersebut untuk membuktikan keimanan kita kepadaNya. Begitu luas dan banyaknya ciptaan Allah, apalah sangat yang dapat dilihat dengan perkara-perkara "kecil" ini. Apalah sangat kalimah-kalimah Allah yang ada itu berbanding dengan seluruh penciptaan Allah yang lain di sisiNya. Inilah hakikat manusia sekarang, merasakan kekuasaan Allah hanya wujud apabila fenomena-fenomena "ganjil" seperti ini berlaku.

Apabila awan membentuk seperti kalimah Allah, apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumbuhan, apabila pokok kelihatan seperti orang yang sedang rukuk, dan banyak lagi, maka pada saat itu sahajalah mereka berasa takjub akan kekuasaan Allah. Mengapa kita tidak melihat pada ciptaan-ciptaanNya yang jauh lebih hebat? Kita lihatlah kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, kejadian banjir, tsunami, taufan, dan gempa bumi malah pusingan orbit-orbit planet dan bintang yang cukup sempurna sekali. Tidakkah ini kebesaran Allah yang patut kita kagumi? Namun tidak semua yang mampu melihat melainkan orang-orang yang berfikir.


Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (Al Hijr, 15:75)




Thursday, December 2, 2010

Kisah Ucapan Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung
tadi dibawah Arasy.
Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak patuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.
Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga
Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".
Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu"
Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah Maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Wednesday, December 1, 2010

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak






Tuesday, November 30, 2010

Petua pemakanan Rasullullah

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.



Thursday, November 25, 2010

Khutbah Nabi Muhammad S.A.W mengenai Dajjal

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak.
Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba
Allah,wahaimanusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai
membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkalsurah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di
luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal
menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai." Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
"Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal
oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan
cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa
menangis?"
Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama.Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari ituberjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.



Template by:
Free Blog Templates