Thursday, April 7, 2011

Menaikkan Darjat




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"
(Riwayat Muslim)


Satu contoh mengenai dengan menantikan solat sesudah melakukan solat adalah selepas solat Maghrib, kita duduk di masjid untuk mendengar ceramah sambil menunggu ketibaan waktu Isyak atau pun sekiranya tiada ceramah pada masa itu, kita membaca Al-Quran atau berzikir sementara menunggu masuknya waktu Isyak. paling kurang pun, duduk beriqtikaf di dalam masjid.

Satu lagi contoh bagi "menyempurnakan" wuduk adalah tidak membazirkan air semasa mengambil wuduk - gunakan air sekadar yang perlu.

Berjalan kaki ke masjid bukan saja menaikkan darjat kita di sisi Tuhan, ia juga adalah baik untuk kesihatan badan kita.





5 comments:

Anonymous said...

kt solat kt umah je, lau xde hal insya Allah ngaji smbil tgu Isyak. tp bese masa ngaji tu dok la tsengguk2. tutup kitab, mnyandar tido jap. hihi xtahan.

Acik As said...

insyaAllah akan cuba melakukannya. Mudah tapi pada hati yang beralasan saja menjadi payah. terima kasih

suri solehah said...

salam..soal banyak melangkah kaki ke masjid ..tu yg banyak org sukar nak buat,,lemahnya iman diri ini

Neijie said...

insyaAllah diri ni akan cuba..erm..tapi sungguh setan2 n nafsu itu takkan mudah mengalah..semoga Allah kukuhkan imanku ini

Sire Johhny Deep said...

great sharing...

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates