- Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
- Diangkat siksa kuburnya.
- Surat Catatan amalannya diserah kepadanya dengan tangan kanan.
- Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
- Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.
Betapa terasa tenangnya bila dapat melakukan solat secara berjamaah di masjid. Selama ini aku solat bersendirian. Ruginya jika terlepas solat jamaah kerana pahalanya 27 kali ganda dari solat secara bersendirian. Apa yang aku dapati dari buku agama yang baru dibeli ada menerangkan kelebihan solat berjamaah.
Di dalamnya ada menyatakan bahawa barangsiapa yang mendirikan solat subuh berjamaah dan kemudian dia duduk berzikir kepada Allah s.w.t sehingga terbit matahari, ia akan didindingi dan terselamat daripada api neraka.
Selain dari itu barangsiapa yang solat berjamaah selama 40 hari dengan mendapat takbir yang pertama iaitu Takbiratul Ihram bersama Imam, ia akan terlepas dari api neraka dan terlepas daripada nifaq.
Nabi bersabda lagi bahawa barangsiapa yang hadir solat berjamaah, maka Allah akan memberinya 10 kebajikan pergi dan balik dan dihapuskan padanya 10 kejahatan dan diangkat untuknya 10 darjat.
Banyak lagi kebaikan solat berjamaah tapi memadai jika kita diberikan pada kelebihan yang terakhir seperti yang dinyatakan di atas, sungguh besar ganjaran yang akan kita perolehi tuan-tuan sekelian.
13 comments:
bagoih le mike kongsi bende macam ni.......
alhamdulilah.. banyak dan besar ganjarannya.. :)
Subhanallah..
ganjaran yang terbaik :) subhanallah...
ALLAH HU AKHBAR
terima kasih atas perkongsian ilmu. syukran jazilan.
oooo...ingatkan sekadar menjaga solat 5waktu..upenye ada tambahan iaitu menjaga solat secara berjemaah...thanx gtau..heheeh
terima kasih untuk perkongsian :))
terima kasih berkongsi..
Alhamdulillah...bahagialah bagi org berjaya yg merebut peluang ini..
subhanaAllah..lalainya aku..
ini berita gembira utk org2 yg rajin solat jemaah.. =)
Bagus2..semangat pergi berjemaah ye kwn2..
Post a Comment