
Seorang  profesor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian kelebihan solat  berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh  badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas  negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau  berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam  proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif &  cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.  Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih &  lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh  itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran  tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul  persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat  berjemaah & mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika  solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu &  bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah  itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan  yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang  berada di kiri & di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang  diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan ?  sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang  berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran  ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam.
Ketika  ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yang hamper  seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran  cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab  itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari  kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak  stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang  sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak  pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan  memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan  empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di  dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang.  Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia  menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti  solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan  ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya,  selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak  menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka,  solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai  dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
Secara  logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan &  sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.
Kita  sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun  untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya,  solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan  serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk  beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa  Islam adalah agama yang lengkap & istimewa. Segala amalan &  suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat  Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri &  betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah  Allah beliau memeluk agama Islam.









5 comments:
eheh mst la byk kebaikannya..coz pcipta kita sndiri yg suruh :)
lana pernh bca..tpi da lupa2. tima kasih ingtkan kmbli :)
setiap yg Allah syariat tu punya kelebihannya..sebb tu agama Islam adalh agama yg sempurna kan??
nice info..
;)
Terima kasih banyak atas artikel yang sangat bermanfaat ini,shalat berjamaah juga sebagai tempat kita menyambung silaturrahmi sesama muslim.
Post a Comment