Siapakah yang mampu melawan takdir saat malaikat Izrail sudah
'ditugaskan' untuk mengambil nyawa yang dipinjam. Banyak ceritera
tentang kematian namun hanya beberapa minit ia terkesan di hati kecil.
Kita tidak tahu, 'makwe pakwe' kita pun tidak tahu, ibubapa
kita tidak tahu, kawan kita juga tidak tahu. Tiada siapa tahu ajal
masing-masing. Hanya Allah yang tahu.
Justeru, ingatlah kematian yang menanti. Bukan mengejar dan mengutamakan dunia lebih daripada akhirat.
Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan serta meninggalkan kelebihan daripada perhiasan dunia?
Siapa yang mengutamakan benda kekal daripada benda sementara dan rosak?
Siapa yang tidak menghitung harinya dan menganggap dirinya daripada golongan mati?
Siapa yang mengutamakan benda kekal daripada benda sementara dan rosak?
Siapa yang tidak menghitung harinya dan menganggap dirinya daripada golongan mati?
Buat renungan bersama.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Andaikan dunia ini di sisi Allah SWT menyamai
nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir
walau seteguk air."
Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata :
Pada suatu malam Nabi Muhammad SAW sembahyang subuh di tempat
pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi
Muhammad SAW menghentikan untanya menantikan orang-orang, lalu
bertanya kepada orang-orang tersebut"Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang di tempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah."
Maka Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Demi Allah yang jiwa Muhammad ada di
tangan-Nya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) di sisi Allah
SWT melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai
tempat ini."
Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dengan nikmat, tetapi jika
dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya di
syurga, maka seolah-olah ia berada di dalam penjara.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan
kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini
sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan
neraka tempat tinggalnya."
Sebab seorang mukmin jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan
kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia
seolah-olah berada di dalam penjara.Sedang seorang kafir jika mati dan
diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasakan
bahawa ia tadi berada di dalam syurga.
Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam
penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang
yang berakal harus perhatikan apa yang telah dijelaskan Allah SWT
mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan
sabda Nabi Muhammad SAW cukup perumpamaan yang jelas supaya orang
mukmin jangan tertipu oleh dunia.
Fikirkan Surah Yunus Ayat 24 :
"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini
bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah
dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga
apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan
pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang
seksa Allah di waktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu
terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya.
Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka
berfikir dan memperhatikan."
Yahya bin Mu'adz Arrazi pernah berkata :
"Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin
dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan
Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan
kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka tempat pemuasnya,
sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."
Luqmanul hakim berkata kepada puteranya:
"Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan
yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya kebanyakan manusia,
kerana itu jadilah perahu di dunia ini taqwa kepada Allah SWT"
Bermakna, andai muatan perahu kita adalah taqwa, maka kita akan
selamat daripada lautan fitnah dunia. Pilihlah tempat untuk mati dengan
biasakan kaki melangkah ke tempat-tempat beribadah. Belajar itu
ibadah. Bekerja itu ibadah. Solat itu ibadah. Segala amalan kita adalah
ibadah asalkan niat lillahi taala dan kena caranya.
sumber : www.iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment