Thursday, May 5, 2011

Tafsir Mimpi Mengikut Islam




* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

ihsan dari :
http://tazkirah.yolasite.com/info-islam.php






17 comments:

Anonymous said...

wah..menarik jugak baca pasal mimpi ni..

sblm dtg baca entry ni saya mimpi rumah saya terbakar ^^

Norfarahniza said...

menarik sgt....

Hasbun said...

Assalamualaikum, bagaimanakah hendak menegtahui yang dalam mimpi itu adalah Nabi Muhammad SAW sdgkn kt sndiri tdk tahu bgimana bentuk rupa Baginda?

Nur Izzma Hanis Abdul Halim said...

salam . minta izin nak copy post ne .. :)

Anonymous said...

Salam...semlm saya bermimpi menunaikan solat dan andai betul tafsiran yg dirungkai...syukur alhamdulillah....amin

NA said...

Menarik, pertama kali tau :)

Anonymous said...

aku pernah mimpi brjalan didlm kabus tebal tnpa arah dn jln dgn sedikit pedoman yg ada aku dpt brjalan di ats jalan nyata dlm prjalanan ku sgala apa yg ada di dada ku diguna kan sehingga aku smpai ke satu pgkalan yg sedang dirobohkn aku terus melompat dn pgkalan trsebut terus runtuh dn trkeluar prkataan yazaljalaliwalikrom (pemilik keagungan dn kemulian) sayup2 ku trdgar seolah ada suara yg mengatakan dri mna aku dtg dn bkan sembarangan org yg boleh smpai ke sini aku trus trsedar. ku cari tfsir mimpi ini akhirnya ku temui bhawa aku akn mnjadi seorg yg mulia di sisi tuhan dn masyarakat sekira nya dpt ku tgglkan satu prkara yg amat ku sukai prkara itu lah yg prlu ku cari utk mnjadi seorg yg mulia di sisi tuhan dn masyarakat masa nya tdk lama lagi tapi hgga kini belum lagi ku temui apa yg ku cari...

aku yg berdosa said...

pernah bermimpi di kejar ular masa dlm masjid..walhal org lain tgah solat tak pulak kena kejar..lpas tu masa kt pdang pasir, saya mak dan akak2 sya suma pakai telekung, da ular yg mcm saiz giant nk dtg, sya jadi kelam kabut nk selamatkan diri, mak dan akak2 sya nampak rileks je.lpas tu mak bagi sya buku yassin,mak suruh baca, bila saya buka buku tu, sya tak jumpa pun surah yassin,,surah lain ja yg sya jumpa.sya dh panik da masa tu.lpas tu ular pulak dtang mkin dekat, sya makin neves. tetiba pulak akak yang da kt sebelah saya bacakan surah yasin secara lisan, tak tgok buku pun, kira mcm hafal la..lpas tu baru la ular tu ptah balik pegi ke tempat lain..bila tsedar dr tido trus sya mngelabah tak tentu pasal atas katil..sampai hari ini saya masih tpkir pasal mimpi tu..tp semenjak itu sya mula siuz dlm menunaikan solat, takda miss2 lagi time solat, byakkn beringat dgn Allah, tak nak sgt melayan perasaan dan lagu2 syahdu..kalo kua jalan jauh sya msti cuba cri tmpat nk solat, xnak lagi la guna alasan mlas nk tgalkn make up ke x jumpa tmpat solat yg bersih ke, blum madi hadas ke lpas dtg bulan..TERUK kan sya..

Unknown said...

Assalam apa maksud mimpi ada org beri telekung..

Unknown said...

Sila hadir msjlis dauroh tafsir quran mula 1syaban 2019

Lieza said...

Ape maksud org ajar n ajak kita mengaji?

Andy said...

Bermimpi mengerjakam solat dan memasuki masjidil haram..

Unknown said...

Terima kasih

Hud said...

Kütahya
istanbul
Çankırı
Malatya
Maraş

3NW

Fuat said...

Antalya
Elazığ
Mersin
Eskişehir
Amasya
TXN

3EF5CEliza58836 said...

7BA39
Silivri Parke Ustası
Yalova Evden Eve Nakliyat
Kırklareli Evden Eve Nakliyat
Mamak Parke Ustası
İzmir Lojistik
Gümüşhane Şehir İçi Nakliyat
Bitlis Şehirler Arası Nakliyat
Ankara Parça Eşya Taşıma
Karapürçek Parke Ustası

2D846Demi49C05 said...

186D9
Sincan Fayans Ustası
Karapürçek Boya Ustası
Karabük Lojistik
Erzurum Parça Eşya Taşıma
Lunc Coin Hangi Borsada
Kırıkkale Parça Eşya Taşıma
Caw Coin Hangi Borsada
Maraş Şehirler Arası Nakliyat
Meta Coin Hangi Borsada

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates