Wednesday, May 18, 2011

Mudahnya mencari Isteri Solehah ..


Pernikahan ataupun perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setakwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah, Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama, Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya, Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya, Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya, Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya, Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya, Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya, Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya, Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan, Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa, Untuk belajar meniti sabar dan redha, Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana, Justeru Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah, Cuma suami akhir zaman, Yang berusaha menjadi soleh…..

Di dalam perkahwinan, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pasangan itu berkahwin. Mafhum hadith mengatakan 4 perkara yang perlu diteliti untuk mencari calon pilihan.
4 perkara tersebut ialah:
1. Keturunan

2. Kecantikan
3. Harta

4. Agama

Tetapi, agama lah yang perlu dititik beratkan ke atas faktor yang lain. Hamba yang berkulit hitam tetapi baik agamanya adalah lebih baik daripada daripada wanita cantik tetapi buruk agamanya. Sekiranya seseorang lelaki dapat mencari keempat-empat perkara di atas, maka dia merupakan seorang lelaki yang amat beruntung.
Ramai lelaki yang suka berfoya-foya, tetapi apabila hendak mencari isteri hendakkan wanita yang solehah. Ini adalah konsep yang salah.
ALLAH telah menyebutnya di dalam Al-Quran:
[26]

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26)

Ya Allah Ya Tuhanku. terima kasih atas kurniaan isteri yang baik padaku. Amin





3 comments:

Unknown said...

semoga kita semua akan jadi isteri solehah

Nasz said...

moga kita semua menjadi suami yang soleh dan adil...

KEMPEN JOM BERTUKAR LINK ...

Siti Aziz said...

semoga dapat berubah kearah yang lebih baik...insyaallah... ^_^

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates