Sunday, May 22, 2011

Kisah guru & anak murid miskin


Kisah ini saya terima dari seorang sahabat. Moga menjadi tauladan pada kita semua.

Kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah


12 comments:

MOK&SONS said...

Sebak saya membaca cerita ni.Tak sangka masih ada lagi orang yang dalam kesusahan sampai begitu sekali..

Jul Rahman @ JR said...

bergenang air mata saya membaca kisah ini...

^ Uncle Syaf ^ said...

oo pernah bace cite ni sebelum ni..

yes, 1st bace memang sebak gak, kesian kan bile ade family miskin macam ni, moga2 insan2 ni dikuatkan semangat dan dapat bantuan dri orang sekeliling

cantekk said...

ouch....bgenang plak mata ;'(
sll je nk mngeluh kesusahan, padahal ada org yang jauuuuuuuuuuuuhh lebih susah dr kita..

*sila bersyukur wahai aku.

Firdnurjue said...

sedihla...xsedar mengalir air mata nie..lembutkah hati...huhuhuhu

titiNYET said...

aihh sedihnye !

Dinar said...

Syabas kepada cikgu yang hebat ini, dia bertindak demikian kerana mengambil berat tentang perkembangan anak muridnya. Saya percaya cikgu menghukum kerana kasih dan sayangnya kepada muridnya...

Asma Ahmad said...

sedih.... :(

bintangjanganpergi said...

bersyukurlah apa yg kite ada pada hari ini

Anonymous said...

sedih sat ja..pakat pasni pakat lupa dah org miskin..:-P

Ringgo said...

terima kasih cikgu .. semoga masih ada lg insan yg prihatin..

miaw said...

sedih n menyayat hati cite ni..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates