Thursday, May 19, 2011

SUAMI SOLEH

Hak-Hak Isteri Dari Suaminya
  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


Jodoh pertemuan ketentuan ALLAH. Namun kita di suruh berusaha dan berikhtiar. Memilih calon suami bagi seorang wanita lebih berat jika di lihat sedalamnya. Salah pilih, manakan dapat membina rumahku syurgaku…lebih takut lagi ianya tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya. Oleh itu jangan terburu-buru membuat pilihan. Lebih parah jika cinta itu membutakan mata dalam membuat pilihan. Carilah jalan dengan memastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta mampu membimbing ahli keluarga menuju ke syurga. Setelah yakin dan percaya terhadap pegangan agama dan akhlak bakal suami, maka terimalah lamaran itu. Nabi s.a.w bersabda “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” (Riwayat Tirmizi) Di sini ada beberapa tips yang saya petik dari tulisan zakaria sungib (majalah Anis) mengenai 10 kriteria memilih calon suami. Jadikanlah ia sebagai perkongsian ilmu untuk kita sama-sama menuju kehidupan yang lebih baik.

1. memiliki tabiat ‘soleh’ tabiat bererti kebiasaan bukan yang dilakukan sekali sekala. Kemasnya pegangan agama seseorang boleh dilihat dari tabiat ‘soleh’ seperti biasa bangun awal pagi sebelum subuh, solat berjemaah di masjid, solat di awal waktu, baca al-Quran, selalu menghadiri majlis ilmu. Akan tetapi jika di lihat dia seorang yang selalu terlepas solat subuh, suka bertangguh dalam bersolat, tidak ke masjid, apa yang boleh di rumuskan, ‘agama’ seseorang itu belum kemas.

2. menggemari ilmu lihatlah pada tabiat membacanya, bahan bacaannya (bahan ilmiah, buku agama). Selidiki adakah dia gemar hadiri majlis ilmu di masjid atau sebagainya. Seorang lelaki harus melengkapi diri dengan ilmu terutama ilmu fardhu ain sebelum ia bernikah, kerana dia nanti akan memimpin keluarga itu.

3. datang dari lingkungan baik-baik kenal keluarganya, kenalannya, maka kita boleh membaca bagaimana keperibadian seseorang itu. Faktor persekitaran ini perlu dirisik calon pasangan. Seorang yang berasal dari keluarga yang mempunyai didikan agama biasanya akan mewarisi sifat soleh ibubapa nya. Seorang yang berteman dengan orang yang baik-baik juga pasti akan mendapat tempias dari kebaikan temannya itu.

4. mempunyai hubungan baik dengan keluarga keakraban dengan keluarga boleh dilihat bagaimana mereka berkomunikasi, kekerapan berhubungan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka. Hubungan baik calon suami dengan ibubapa mereka akan mewujudkan rasa yakin dan selesa pada wanita yang bakal di kahwini. Ini kerana apabila berkahwin, wanita adalah milik suami dan keluarga suami. Sepenuh ketaatan perlu di berikan pada suami dan rasa hormat kepada ibubapa suami.

5. mempunyai daya juang yang tinggi hidup adalah perjuangan. Risiklah juga daya juang dalam kehidupan calon suami. Adakah dia seorang yang kuat semangat juang dalam membina kehidupan yang lebih baik. Adakah dia seorang yang berkeyakinan atau sebaliknya. Ini penting untuk membentuk kehidupan berkeluarga kelak.

6. mempunyai rasa tanggungjawab sifat ini dapat dilihat pada sikapnya yang suka mengambil berat, menegur, menasihati dan membantu. Adakah dia seorang yang prihatin dan mengambil berat akan keluarganya, terutama kedua ibubapanya.

7. ikhlas keikhlasan adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Ianya tersembunyi jauh di hati. Namun dengan tingkah laku dan sikapnya, sedikit sebanyak kita boleh melihat keikhlasan seseorang.

8. jujur adakah dia seorang yang suka berbohong? Bercakap berbelit-belit? Seorang yang jujur walaupun ianya menampakkan kelemahannya?

9. hatinya baik soal hati agak sukar untuk di nilai. Namun daripada tindak tanduk perbuatannya apabila berdepan dengan sesuatu situasi, kita boleh melihat sejauh mana perangainya yang sebenar. Adakah dia seorang yang sabar? Bertimbang rasa? Penyayang? Pemaaf?

10. berhemah seorang yang berhemah selalunya ‘cool’ dan tidak emosional dalam menghadapi sesuatu situasi. Dari situ boleh di lihat sejauh mana berhemahnya si dia. Ciri-ciri ini mungkin terlalu sempurna sedangkan kita manusia tiada yang sempurna. Sekurang-kurangnya, panduan ini di jadikan tips memilih calon suami ideal. Jangan silap memilih, namun jika inginkan calon yang ideal, seorang wanita itu perlu cermin diri sendiri, ideal kah kita untuk lelaki ideal ? lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Oleh itu perbaikilah diri kita terlebih dahulu untuk menjadi yang baik, barulah kita layak untuk mendapatkan yang baik juga. Allah itu Maha Adil dan hanya akan berikan apa yang selayaknya buat kita semua.







6 comments:

Misty Melor said...

bagus perkongsiannya .. syukran :)

amirkhan said...

tq 4 sharing

ctpayong said...

assalamualaikum

again syukran for sharing. for at least dalam mencari keindahan dalam diri orang lain, kita juga wajar memperindahkan diri serta dalaman kita. insyaAllah.

sasa selamat said...

assalamualaikum.

terima kasih tmbh ilmu pmbaca~

wildorchid said...

saya sokong 300%..

Anonymous said...

salam..mohon share ciri2 lelaki soleh..menarik utk dikongsi besama akhawat laen=)

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates