RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana
ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan
syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat
dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang
mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.
Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan
kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi
Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak
dikira sebagai ibadat kepada Allah.
Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan
bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di
bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama
dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah
SAW.
Ramadan adalah bulan ibadat
untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih.
Dengan itu kita hendaklah b berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa
amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan
meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.
sumber: www.islamituindah.my
0 comments:
Post a Comment