Kurma (Phonex
dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan
boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam
kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang
kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut
perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah
baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan
kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh
buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains
pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang
2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi,
yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di
dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma
juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga
kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C
dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan
gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi
dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap
oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide
lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika
berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga
segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang
terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa
perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma
adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut
mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma
terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat
sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya
dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah
elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh
badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.
Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan
elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air
suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung
dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran
hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya
kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak
yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam
yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi
malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas
memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman
web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan
wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah
semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai
akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan
homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam
dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
0 comments:
Post a Comment