Showing posts with label al kisah.... Show all posts
Showing posts with label al kisah.... Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

bijaknya abu nawas



Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar Baghdad lalu berkata dengan suara yang nyaring. " Dalam hidup saya ada tiga perkara yang selalu saya lakukan. Kalau kalian nak dengar sila datang beramai-ramai."
Maka orang ramai pun berkumpul di keliling Abu Nawas.

" Wahai Abu Nawas otak geliga tapi perangai gila-gila. Beritahu kami apa tiga perkara itu." desak seorang pengawal Khalifah Harun Al Rashid yang kebetulan berada di situ.

" Yang pertama, saya selalu bersaksi dengan perkara yang tidak pernah saya lihat," jawab Abu Nawas." Memang tuan orang gila," kata Pengawal Khalifah.

"Yang kedua, saya selalu melarikan diri dari rahmat Allah swt." "MasyaAllah, Abu Nawas sudah sesat!" jerit orang ramai.

" Yang ketiga, saya selalu makan bangkai!." Jawapan Abu Nawas menimbulkan kemarahan orang ramai. Mereka mendesak Abu Nawas di hadapkan kepada Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihukum. Maka pengawal pun mengheret Abu Nawas ke istana lalu dihadapkan kepada Khalifah Harun Al Rashid.

" Benarkah apa yang kamu katakan itu, wahai Abu Nawas?" tanya Khalifah."Benar wahai Amirul Mukminin," jawab Abu Nawas dengan tenang. " Kamu dihukum penjara," titah Khalifah Harun Al Rasyid dan orang ramai gembira mendengarnya.

Tetapi esoknya orang ramai terkejut dan merasa hairan bila melihat Abu Nawas ada di pasar dan mengulangi lagi ucapan yang sama.

"Bukankah awak sudah dihukum penjara oleh Amirul Mukminin?" tanya orang ramai.
" Benar…" jawab Abu Nawas sambil tertawa. " Saya ucapkan terima kasih kerana kamu saya mendapat hadiah daripada Khalifah yang bijaksana." Orang ramai merasa hairan lalu meminta Abu Nawas menjelaskannya.

" Amirul Mukminin Harun Al Rashid seorang khalifah yang bijaksana dan setelah baginda mendengar penjelasan saya, maka saya dilepaskan dari penjara dan diberi hadiah oleh baginda." Jawapan itu menyebabkan orang ramai semakin takjub lalu minta penjelasan dari Abu Nawas terhadap tiga perkara yang mengelirukan mereka.

" Yang saya maksudkan bersaksi dengan perkara yang tidak pernah di lihat itu maksudnya begini, saya bersaksi bahawa Allah itu ada walaupun saya tidak pernah melihatnya."

"Melarikan diri dari rahmat Allah maknanya bila hujan turun saya melarikan diri ke tempat teduh. Bukankah hujan itu rahmat Allah?"

"Saya selalu makan bangkai maknanya saya suka makan ikan. Bukankah ikan itu tidak disembelih dan setiap haiwan yang tidak disembelih disebut bangkai?" Orang ramai kagum dengan kebijaksanaan Abu Nawas.

sumber: _ABG MIN_
Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus


Sunday, September 22, 2013

Setiap Manusia Akan Merasainya



Keadaan di tanah perkuburan Wak-wak yang biasanya lengang kini dihadiri pengunjung. Nampaknya ada penghuni baru yang menghuni tanah perkuburan ini. Selepas selesai mengkebumikan jenazah Abdullah yang baru meninggal semalam, di bahagian atas tanah perkuburan Wak-wak, penduduk kampung yang terlibat pun mula mengatur langkah menuruni anak tangga ke kaki bukit. Ini kerana, tanah perkuburan Wak-wak terletak dikawasan bukit.
"Macam banyak pula orang meninggal sekarang ni kan Pak Man." Tanya Amin kepada lelaki yang sedang berjalan berdekatannya. Pada wajahnya lelaki itu jelas kelihatan jalur-jalur usia yang sudah semakin lanjut.
"Ya, Min." Jawab Pak Man yang sedang memikul cangkul yang digunakan untuk menggali kubur tadi, di bahunya. "Sudah takdir Allah s.w.t, kita sebagai hamba-Nya kena terima ketentuan-Nya."
"Ya Pak Man." Amin dengan nada yang muram. Pengalaman pertama kali menggali kubur, membuatkannya berfikir dan merenung tentang nasib dirinya. Hari ini dia menggali kubur untuk orang lain, mungkin esok, orang lain pula akan menggali kubur untuknya.
Aziz yang berjalan di belakang Pak Man dan Amin mempercepatkan sedikit langkahnya. Ingin turut serta dalam perbualan Amin dan Pak Man.
"Terkenal juga abang Abdullah ni ya, Pak Man." Kata Aziz. Kagum melihat orang ramai yang pergi ke pengkebumian Abdullah. "Ramai sangat orang, lain daripada biasa. Tidak pernah saya lihat depan mata ramai orang ziarah pengkebumian macam ni."
"Ya. Ramai itu memang ramai. Tapi sayangnya, tidak ramai yang dapat mengambil iktibar daripadanya." Pak Man melontarkan kata-katanya. Kata-kata yang diluahkan daripada pengalaman yang sudah lama terkumpul.
"Maksud Pak Man?" Amin mengerut dahi. Bajunya yang dibasahi peluh ketika menggali kubur tadi sudah semakin kering.
"Ramai daripada kita melihat orang meninggal dunia, menziarahi kematian. Tapi dia seakan-akan lupa dengan kematian. Melihat orang lain meninggal dunia, tidak membuatkannya terfikir atau merenung untuk bersedia menghadapi kematian dirinya. Amalnya tidak bertambah, dia tetap hanyut dengan dunia." Jawab Pak Man sambil tertunduk. Kelihatan daripada raut wajah Pak Man kebimbangan dan kegusaran. Bimbang memikirkan nasib dirinya yang sudah semakin tua. Tentu ajal sudah semakin dekat dengannya.
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila mati seorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh." Amin menyebutkan mahfum sebuah hadis shahih yang dihafal olehnya.
"Di dunia inilah sahaja tempat kita beramal. Selepas kehidupan ini, tidak ada lagi amalan yang kita boleh lakukan untuk bekalan kita menuju akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan suka-suka, tapi ada tujuannya. Untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Hidup kita ini umpama sebuah perjalanan jauh yang melalui beberapa persinggahan." Pak Man meluahkan kata-kata renungan dan nasihat. "Sekarang ini, kita sedang berada di dunia. Salah satu daripada persinggahan untuk mengumpul bekalan dalam menempuh perjalanan yang cukup jauh. Amat jauh. Apabila kita telah pergi perhentian seterusnya, maka tiada cara lagi untuk berundur semula."
Amin dan Aziz mendengar dengan teliti, cuba menyelami dan menghayati pengertian yang tersurat dan tersirat dalam ucapan Pak Man.
"Kalau kita tidak menggunakan peluang yang kita ada ini dengan sebaik-baiknnya, maka akan rugilah kita. Benar-benar akan rugi." Pak Man menambah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aziz dan Amin diam mendengar kata-kata itu. Pak Man sememangnya seorang yang banyak berfikir dan banyak hikmah. Sesuai dengan usianya yang sudah semakin lanjut. Aziz dan Amin masing-masing merenung diri. Adakah mereka termasuk di kalangan orang yang lalai yang disebutkan Pak Man. Lupa kepada kematian dan leka dengan dunia.
"Pak Man ini sudah semakin tua..." Keluh Pak Man, tetapi dia tidak menghabiskan kata-katanya. Suaranya kedengaran sebak. Dia terdiam, tidak sanggup untuk meneruskan ucapannya. Terasa berat.
"Ajal manusia itu tidak tentu Pak Man. Tiada siapa yang tahu bila ajal akan menjemput. Muda atau tua bukan penentunya. Bayi dalam kandungan pun boleh meninggal." Kata Amin sebagai peringatan bersama.
"Ya, betul juga." Pak Man mengangkat wajahnya memandang ke langit yang kebiru-biruan. "Hidup di dunia ini, kita tidak boleh leka. Sebagaimana kita buat persiapan untuk dunia kita pada esok hari, maka sebegitulah juga kita perlu berusaha untuk akhirat kita seandainya kita mati esok."
"Sebagaimana kata Rasulullah s.a.w, berusahalah untuk dunia kamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya, dan berusahalah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Aziz menyebutkan sebuah hadis.
"Eh, Aziz, itu bukan hadis Nabi s.a.w lah!" Amin berkata pantas.
"Oh, betulkah?" Aziz mengerut dahi. Ini kali pertama dia mendengar orang menafikan apa yang disebutkannya tadi adalah hadis. "Tapi kenapa banyak orang cakap macam tu?"
"Banyak orang cakap tak semestinya betul. Perkataan itu memang terkenal dalam masyarakat, tapi ianya bukan hadis Nabi s.a.w. Syeikh Al-Albani menyebutkan ianya tidak mempunyai asal, yakni hadis palsu dalam kitabnya, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah!" Jelas Amin dengan yakin. "Hadis palsu tu maksudnya hadis yang direka-reka lalu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta."
Syeikh Al-Albani adalah seorang ulama hadis kontemporari yang berasal daripada Albania. Beliau lahir pada tahun 1914 dan meninggal dunia pada tahun 1999. Pernah menjadi tenaga pengajar dalam bidang hadis di Universiti Islam Madinah selama tiga tahun, ketua Dirasah Islamiyah dan Fakulti Pasca Sarjana di sebuah perguruan tinggi di Jordan.
Beliau telah mendapat anugerah penghargaan tertinggi daripada Arab Saudi atas jasa-jasanya berupa King Faisal Foundation. Beliau mempunyai banyak karya yang bermanfaat kepada umat Islam, seperti Silsilah Ahadith Ash-Shahihah, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah, Tamam Al-Minnah Fi At-Ta'liq 'Ala Fiqhus Sunnah dan banyak lagi.
"Owh, jadi hadis palsu ni tak boleh gunakan?"
"Ya." Jawab Amin. "Nabi Muhammad s.a.w mengancam, barang siapa yang berdusta atas nama baginda s.a.w dengan sengaja, maka dia telah menyediakan tempat duduk bagi dirinya dalam Neraka!"
Aziz menelan air liur mendengar kata-kata Amin. Terkejut.
"Jadi, macam mana dengan aku?" Tanya Aziz dengan nada yang bimbang.
"Dulu kau tak tahu, tak apalah. Sekarang kau dah tahu, janganlah gunakan kata-kata tu lagi. Kalau kau guna pun, jangan katakan ianya adalah hadis daripada Rasulullah s.a.w." Amin cuba menenangkan kebimbangan jelas tergambar di wajah Aziz.
Aziz menarik nafas lega mendengar pernyataan tersebut. Pak Man tersenyum mendengar perbualan Amin dan Aziz. Kepandaian dan kecerdasan anak muda yang bernama Amin itu cukup mengagumkannya. Meskipun baru berumur 20 tahun lebih, tetapi dia mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama. Pak Man, Amin dan Aziz sudah semakin jauh meninggalkan perkuburan. Sepanjang perjalananm balik ke rumah masing-masing, mata mereka disajikan dengan kehijauan yang menyenangkan mata.
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..." (Surah Al-Anbiya': 35)

Sumber:  Artikel iluvislam.com

Thursday, July 25, 2013

Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam

 
 
Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........

Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam….....

sumber: detikislam.blogspot.com

Wednesday, June 19, 2013

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah


Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melayukini.net

Tuesday, May 21, 2013

Nak Jadi Baik Memang Lambat

"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu. Marvellous!
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."
"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.
"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

Sumber: solaharith.blogspot.com

Monday, April 15, 2013

Yahudi masuk Islam kerana keadilan seorang hakim


Satu kisah menarik seorang yahudi telah masuk islam setelah dia mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.
Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4 sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’ Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah bersamaan 656 hingga 661 masihi.
Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ ini milik saya”, kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab yahudi. Keduan-duanya bertengkar. Masing-masing mengaku haknya. Akhirnya mereka berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.
“ yang Arif Tuan Hakim! Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang lalu”’,kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul mukminin?.”T anya Hakim kepada kepada yahudi itu.
“ Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang membenarkan baju ini kepunyaan tuan ?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan dan Husain tahu,baju ini milik saya.” jawab Khalifah.” saksi anak sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum mendengar kata-kata ini.
Akhirnya Hakim Syuraih menjatuhkan keputusan, bahawa baju besi itu kepunyaan si pemakainya.Betapa gembiranya yahudi dengan keputusan itu.Dia sangat kagum atas sikap Hakim Syuraih yang menghukum dengan adil tanpa merasa takut terhadap seorang Khalifah.Sementara Khalifah Saiyidina Ali k.w menerima keputusan hakim dengan tenang. Lalu baginda menghampiri yahudi itu.
“ Maafkan saya,tuan,” ujar Saiyidina Ali kepada yahudi dengan lembut sambil menghulurkan tangan berjabat salam. Hakim Syuraih tersenyum menyaksikan peristiwa itu. Orang yahudi itu kagum dengan dan terharu dengan sikap Saiyidina Ali.Ketika ini tanpa disedari air matanya membasahi pipi. Lalu dia pun memeluk Khalifah Saiyidina Ali dengan suara tersekat-sekat.
Sepatutnya tuan boleh merampas baju saya ini.Tetapi , tuan tidak lakukan. Sebaliknya tuan sanggup berjumpa hakim untuk menegakkan keadilan.” ujarnya sambil mengesat airmata.” Yakinlah saya sekarang, islam adalah agama yang terbaik…,”jelas yahudi itu dengan sungguh-sungguh. Dan pelukkanya semakin bertambah erat. Ali pun merasa terharu sambil mengusap-usap belakang yahudi.Beberapa detik kemudian,orang yahudi itu denghan kerelaan hatinya memeluk agama Islam didepan Khalifah Saiyidina Ali dan Hakim Syuraih.

sumber: Detik Islam

Thursday, February 28, 2013

Jalan-Jalan Ke Syurga


Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Sunday, February 24, 2013

Kisah wajah mayat bertukar menjadi keldai

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”
Wajah mayat bertukar jadi himar
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”
“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”
“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
“Saya yang terpilih (Muhammad).”
“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”
Rahsia selawat 100 kali
“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”
(Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w)

Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran
Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan. Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur’an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu, itu berarti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.
Seperti ketika al-Qur’an mengabadikan nasihat Luqman. Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik,
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman 31:19)
Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini
“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 62:5)
Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.
Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Allah ta’ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)
Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahwa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi. Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik, tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya.
Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepada kita agar generasi ini tidak menjadi generasi keldai. Penjelasan itu ada dalam rangkaian ayat-ayat dalam Surat al-Jumu’ah tersebut. Berikut ayat yang menjelaskan langkah generasi ini agar keluar dari rimba kesesatan.
“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah 62:2)
Dalam ayat tersebut dijelaskan tugas Rasulullah Muhammad SAW dalam melahirkan generasi sahabat yang luar biasa itu. Ada tiga tugas:
(1) Membacakan ayat-ayat Allah
(2) Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
(3) mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)
Ternyata pengajaran ilmu Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) diakhirkan setelah Tazkiyatun Nafs. Mengapa?
Kerana jiwa ini ibarat sebuah wadah/tempat. Jika wadahnya masih kotor, sejernih apapun ilmu yang dituangkan tetap akan terlihat keruh dan tidak bermanfaat. Akhirnya lahirlah keldai seperti yang disebutkan ayat diatas. Ilmu banyak tetapi tidak teraplikasikan dalam amal.
Maka, Nabi ditugaskan untuk menyucikan jiwa barulah mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Agar jiwa wadahnya bersih saat ilmu dituangkan dan diserap didalam diri. Sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat dalam beramal.
Wallahu’alam….

sumber: HasnulHadiAhmad.Com

Sunday, November 25, 2012

Kisah Abdullah Salam

BUKU Sirah Nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.


Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda.

Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.


Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.

Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.


Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.


Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.


Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.


Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."


Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.

Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"


Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"


Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"


Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"


Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"


Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

sumber:  utusan.com

Thursday, October 18, 2012

Kisah Amar r.a. & Susu..


Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun....
 Moga2 kita dpt mencontohi sikap, sifat, perjuangan baginda rasullullah & sahabat2 baginda.. InsyaAllah

Monday, July 16, 2012

alkisah debat antara ulama sunnah & syiah

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

-Sheikh Ahmed Deedat-

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Nabi Ibrahim & malaikat Izrail


Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada Allah. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.

"Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?" tanya Nabi Ibrahim.

"Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu ringkas.

Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. "Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?"

Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya... aku adalah malaikat. Malaikat Maut!"

Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang mukmin?"

Berkata malaikat maut, "Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika."
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.

Kata Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka.

Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah itu.

"Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya," jawab Izrail.

Apabila sudah mendapat keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, "Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah dan berbuat zalim?"

Jawab Izrail, "Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika."

Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.

Apabila melihat keadaan malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.

Berkata Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah."

Agaknya, bagaimanakah nanti rupa malaikat maut apabila mencabut nyawa kita setelah sampai masa kita nanti??

Tuesday, May 15, 2012

Alkidah Imam Syafie berguru dgn Imam Malik




Pada usia 29 tahun, Imam Syafie telah berhijrah ke Madinah untuk mengembara dan mendalami ilmu. Setibanya di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Selesai solat sunat, beliau terpandang satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.....

Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie telah berbuat kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?". Jawab Imam Syafie, "Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala apa yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya."

Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisanpun. Beliau terus berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan engkau ini kosong sahaja?"

Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu."

Setelah Imam Syafie disuruh mengulang baca apa yang dihafalnya, Imam Malik terkejut kerana mendapati tidak ada satupun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis yang diajarnya pada hari itu!

16 MEI... SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 6, 2012

Akibat Meninggalkan Solat

Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Sumber: Facebook revolusi anak muda malaysia

Wednesday, April 25, 2012

Kisah si fakir dgn Baginda Rasullullah


Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Ketika kami sedang duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang seorang lelaki lalu datang kepada baginda dan berkata: Ya Rasulullah! celaka aku. Jawab Nabi s.a.w: Kenapa engkau? Jawab orang itu: Aku bersetubuh dengan isteriku, padahal aku berpuasa. Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah engkau memiliki hamba sahaya yang engkau boleh memerdekakan? Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi s.a.w: Sanggupkah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut. Jawab lelaki itu: Tidak. Tanya Nabi s.a.w: Sanggupkah engkau memberi makan 60 orang miskin? Jawabnya: Tidak.

Nabi s.a.w diam, sementara itu dibawakan orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beginda bertanya: Di manakah orang tadi? Jawab orang itu: Saya ya Rasulullah. Sabda Nabi s.a.w: Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya. Kata orang itu: Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir seperti saya, ya Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada di antara dua perbatasan yang berbatu-batu (dari kota Madinah) yang lebih fakir dari keluarga saya. Mendengar itu Nabi s.a.w tertawa hingga nampak taring beliau. Kemudian baginda bersabda: Berilah makan untuk keluargamu.

(H.R. Bukhari)

Wednesday, April 18, 2012

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Sumber: www.syahirul.com

Wednesday, April 11, 2012

Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara 2012

TERBUKA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM



HIMPUNAN KEKELUARGAAN RUMPUN NUSANTARA 
(HaRUM)

   

13-15 April 2012 | 21-23 Jamadil Awal 1433H 

      MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM



Ya Rasulullah
Ya Rasulullah
saksikanlah kini
pujian atasmu telah berkumandang
dari segenap penjuru alam
dari para pencintamu…

Ya Rasulullah
kini kami telah bangkit
dari kelenaan yang mengila
membuang segala selimut yang mengasyikkan
menyeru seluruh alam mencintaimu
walaupun dianggap gila dan bidaah
namun kami tiada akan peduli
terlalu kecil bagi kami dengan tohmahan itu
sedangkan dibunuh dan dibakar pun kami sanggup
lantaran Cinta yang membara pada jiwa ini...

Ya Rasulullah
tersenyumlah engkau dipusaramu
umatmu kini telah kembali
bagaikan ombak tsunami
menyebarkan dakwah mahabbah padamu
sehingga musuh tiada berdaya
lantaran dakwah bukan dengan senjata
tetapi dengan panahan Cinta
meresap ke dalam segenap jiwa
dengan aman dan damai
tanpa ada yang mampu menahan…

Ya Rasulullah
selawat dan salam untukmu
wahai pencinta anak yatim, wahai pelindung para wanita
engkau adalah Kekasih dalam jiwa rohani
engkau adalah Kekasih dalam Dzat Rabbani…


Salam Nusantara buat para pembaca yang dirahmati ALLAH swt:

1. HaRUM adalah singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2012

2.  HaRUM adalah program mengangkat mesej CINTA kekeluargaan nusantara atas nama Allah, Rasul dan para auliaNya. Mengajak untuk menghidupkan cinta dengan semangat jihad, korbankan masa, tenaga, kewangan, keluarga demi menjayakan sebuah perjuangan yang suci, apatah lagi sebagai tuan rumah. Ini adalah peluang merebut pahala dengan sebanyaknya .


3.Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Tanah Melayu ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik; sebutkan CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA..dari satu rumpun sebenarnya kita bermula. Maka kita cuba tautkan kembali atas dasar cinta kepada UMMAH.

4.Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi 

a.       Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;

b.       Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun; 

c. Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.mencapainya.

4.  Temanya pada kali ini adalah  'Di sini bermulanya Cinta’

5. Himpunan kekeluargaan ini melibatkan ulama senusantara samada dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura dan Brunei.
Tentatif  Program 
Jumaat, 13 April 2012M (21 Jamadil Awal 1433H)
0900                     Ekspo HaRUM (Pameran & gerai jualan) dibuka
1230                     Kuliah/ Tazkirah Jumaat
                                * Oleh: ustaz Ismail Ishaq Benjasmith, Pattani Thailand
1315                     Solat Jumaat
1400                     Ekspo (bersambung) dan publisiti/promo HaRUM
1630                     Solat Asar
1700                     Ekspo (bersambung)
1900                     Solat Maghrib
2000                     Ceramah Perdana ‘Tauhid-Tasawuf: Dalam Merawat Permasalahan Ummah’
                                Oleh: 1. Syeikh Abu Amran Waly, Acheh, Indonesia

                                             2. Syeikh Muhammad Nuruddin al Banjari
2100                     Solat Isyak
2130                     Konsert ‘Syahadah Cinta’
                                *Persembahan gabungan artis/seniman dalam & luar negara
                                 
2330                     Majlis bersurai dan program ditangguhkan
Sabtu, 14 April 2012M (22 Jamadil Awal 1433H)
0530                     Solat Subuh
0600                     Kuliah Subuh
                                Oleh: Syeikh Zainul Asri bin Romli, Kedah Darul Aman
                               
0700                     Ekspo (bersambung)
0900                     Seminar Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo (bermula)
                             
                                Sesi 1: Sejarah Perkembangan Islam Di Nusantara


                                               1. Ustaz Ismail Ishaq Benjasmith, PUSTA , Pattani
                                               2. Prof . Farid Wajdi, Rektor IAIN ar-RANIRI , Acheh
                                Program Anak-anak Berselawat


1000                     Majlis Perasmian HaRUM 2012 oleh DYMM Sultan Selangor
1030                     Rehat/minum pagi (peserta seminar)
1130                    Seminar (bersambung)
                        
                        Sesi 2: Prinsip Dakwah dan Pendidikan Wali Songo
                                  
                                  1. KH Dr Dhiyauddin Qushwandi, Surabaya
                                  2. Prof Madya Dr Syukri Yeoh Abdullah, UKM
1230                     Seminar (Sesi Soal Jawab 1)
                                
                                Program Anak-anak Berselawat (rehat)
1300                     Rehat/makan tengahari
1330                     Solat Zohor
1400                     Seminar (bersambung)


                        Sesi 3: Tauhid Tasawuf dan Pemikiran Wali Songo dalam Ketamadunan Rumpun 
                                     Nusantara


                                  1. Bapak Isa Indrawan , Rektor Universiti Panca Budi, Medan
                                  2. Dr Sulaiman al Baruhi, Brunei

                                Pertandingan Kanak-kanak / Amal Islami 1 (bermula)
                                   Sand Art dan Bercerita Adik-adikku
1600                     Seminar – Rumusan & Ucapan Penagguhan
1630                     Solat Asar
1730                     Program Ummah SeNusantara Berselawat 
                * Majlis Maulid al Rasul dan Hol Ulama Nusantara
                * Bacaan Maulid Dhiyaul Lami', Qasidah Burdah, 
                   dan Selawat

1900                     Solat Maghrib
2000                     Program Ummah SeNusantara Berselawat (bersambung)


                                     Tazkirah 1 - Tajuk: ‘Andai benar cintamu..’
                                     Oleh: Yang Berbahagia Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani, Indonesia

                                    Tazkirah 2 - Tajuk: ‘Kerana cintanya..’
                                    Oleh: Yang Berbahagia Syeikh Zainul Asri, Kedah Darul Aman


                                    Tazkirah 3 - Tajuk: ‘Saat Baginda RasuluLlah dibangkitkan…’
                                    Oleh: Yang Berbahagia Habib Ali bin Zainal Abidin al-Hamid, Kuala Lumpur

                                     Tazkirah 4 - Syafaatkan Kami Duhai Kekasih Allah
                                     Oleh : Kiyai Ali Badri , Surabaya

                                * Bacaan Maulid dan Qasidah Iringan (Bahasa Melayu ) oleh gabungan kumpulan 
                                    Qasidah dari seluruh  Nusantara

2200                     Solat Isyak
2230                     Persembahan Kesenian Islam di Pentas Utama HaRUM
2330                     Majlis bersurai dan program ditangguhkan
Ahad, 15 April 2012M (23 Jamadil Awal 1433H)
0530                     Solat Subuh
0600                     Kuliah Subuh
                                Oleh: Ust Tengku Muhamad Fouzy, Singapura 
0700                     Ekspo (bersambung)
                        Pertandingan Futsal Remaja aL ikhsaN Sports
0830                     Muzakarah Majlis Pengkajian Tauhid-Tasawuf 
                    Se- Asia Tenggara
                               
Halaqah Dhuha 1: ‘Fikir & Zikir’ (Prof Dr Muhaya)
1030                     Rehat/minum pagi (peserta Muzakarah)
                                
                                 
1045                     Muzakarah (bersambung)

1100                Halaqah Dhuha ditangguhkan

                        Diskusi Buku (bermula)
                        * Sesi 1 Konspirasi Galaktik 2012 :Membongkar Rahsia Dajjal
                           Sesi 2 Berpetualang ke Acheh
1230                     Rehat/makan tengahari (peserta Muzakarah)
1315                     Solat Zohor
1400                     Muzakarah (bersambung)
                               
                                Pertandingan Amal Islami 2 Mewarna dan Dam Islamik (bersambung)
                                Pertandingan Kompang & Selawat (bermula)


1430                    Halaqah Penjernihan ; Ilmu Persilatan dan Amalan Kebatinan 
1600                     Muzakarah –Resolusi dan Penangguhan
1630                     Solat Asar
1700                     Demonstrasi Seni Silat dan Pensejarahannya
                                Pertandingan Amal Islami 2 (bersambung)
                                Pertandingan Kompang & Selawat (bersambung)

1800                     Majlis Penyampaian Hadiah
1900                     Solat Maghrib
2000                     Munajat Perdana ‘Hijrah Cinta’


Majlis Perasmian Penutupan  HaRUM 2012
2200                     Solat Isyak

                                Majlis bersurai
 
sumber: harum2012.blogspot.com

Template by:
Free Blog Templates