Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'
Sunday, April 28, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Kezuhudan Seorang Gabenor
Said bin Amir al Jumahi, termasuk seorang pemuda di antara ribuan
orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berduyun-duyun
ke sana, dikerahkan oleh para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan
pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin Adi, iaitu seorang sahabat
Nabi yang mereka hukum tanpa sebab.
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Said maju menembusi orang
ramai yang berpusu-pusu. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan
tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan
bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu.
Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, mengiring Khubaib ke
lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad
s.a.w, serta melampiaskan sakit hati di atas kekalahan mereka dalam
perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka iringi sampai ke tiang salib yang telah
disediakan, Said mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin Adi.
Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kamu bolehkan, saya ingin solat dua rakaat sebelum kamu bunuh saya …”
Kemudian Said melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Kaabah). Dia solat
dua rakaat. Alangkah bagus dan sempurnanya solatnya itu. Sesudah solat,
Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi
Allah! Seandainya kamu tidak akan menuduhku melama-lamakan solat untuk
melengahkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan solat lagi.”
Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Said melihat para pemimpin Quraisy
naik darah, bagaikan hendak mencincang-cincang tubuh Khubaib
hidup-hidup.
Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri,” jawab Khubaib mantap.
“Bunuh dia! Bunuh dia!” Teriak orang ramai. Said melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil berdoa, “Ya Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkan mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun! “
Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di
tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan
pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.
Kaum Kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah
mereka telah melupakan peristiwa maut yang meragut nyawa Khubaib dengan
sadis. Tetapi Said bin Amir al Jumahi yang baru meningkat remaja tidak
dapat melupakan Khubaib walau ‘sedetik pun’. Sehingga dia bermimpi
melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib
menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib solat dua rakaat
dengan khusyu ‘dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar
olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy. Kerana itu
Said ketakutan kalau-kalau Allah S.W.T akan mengabulkan doa Khubaib,
sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.
Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan Said beberapa perkara yang belum pernah diketahuinya selama ini.
Pertama, hidup yang sesungguhnya adalah hidup beraqidah, beriman, kemudian berjuang mempertahankan aqidah itu sampai mati.
Kedua, iman yang telah tertancap di dalam hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.
Sejak itu Allah S.W.T membuka hati Said bin Amir untuk menganut agama
Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: “alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala”.
Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya
berhala-berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya, mulai
saat itu dia masuk Islam.
Tidak lama sesudah itu, Said menyusul kaum Muslimin hijrah ke
Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang
bersama baginda, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia
selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya.
Setelah Nabi s.a.w kembali ke rahmatullah, Said tetap menjadi pembela
setia Khalifah Abu Bakar dan Umar r.a. Dia menjadi teladan satu-satunya
bagi orang-orang yang beriman yang membeli kehidupan akhirat dengan
kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan Allah dan pahala
daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad.
Kedua-dua khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan Umar bin Khattab,
mengerti bahawa ucapan-ucapan Said sangat berkesan dan taqwanya sangat
tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan melaksanakan
nasihat-nasihat Said.
Pada suatu hari di awal pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab, Said datang kepadanya memberi nasihat. Kata Said, “Ya
Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut
kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan berkata berbeza
dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan
dengan perbuatan. Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian anda kepada
urusan kaum Muslimin, baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada
mereka apa yang anda dan keluarga sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa
yang anda dan keluarga tidak sukai. Arahkan semua kurniaan Allah kepada
yang baik. Jangan hiraukan cacian orang-orang yang suka mencaci. “
“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Said?” Tanya Khalifah Umar. “Tentu
orang seperti anda! Bukankah anda telah dipercayai Allah memerintah
umat Muhammad ini? Bukankah antara anda dengan Allah tidak ada lagi
suatu penghalang?” Jawab Said meyakinkan.Pada suatu ketika Khalifah Umar r.a memanggil Said untuk diserahkan suatu jabatan dalam pemerintahan. “Hai Said! Engkau kami angkat menjadi Gabenor di Himsh!” Kata Khalifah Umar.
“Wahai Umar! Saya mohon kepada Allah semoga anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata Said.
“Celaka engkau!” Balas Umar marah. “Engkau pikulkan beban kerajaan ini di bahuku, tetapi kemudian engkau menghindar dan membiarkanku sibuk sendiri.”
“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Said.Kemudian Khalifah Umar melantik Said menjadi gabenor di Himsh. Sesudah pelantikan, Khalifah Umar bertanya kepada Said, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa yang perlu saya lakukan dengan gaji itu, ya Amirul Mukminin?” Jawab Said bertanya. “Bukankah pendapatan saya dari Baitul Mal sudah cukup?”
Tidak berapa lama selepas Said memerintah di Himsh, sebuah delegasi
datang menghadap Khalifah Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari
penduduk Himsh yang ditugasi Khalifah mengamat-amati jalannya
pemerintahan di Himsh.
Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah Umar meminta
senarai fakir miskin Himsh untuk diberikan bantuan. Delegasi
mengemukakan senarai yang diminta khalifah. Di dalam senarai tersebut
terdapat nama-nama si fulan, dan nama Said bin Amir al Jumahi.Ketika Khalifah meneliti senarai tersebut, beliau mencari nama Said bin Amir al Jumahi. Lalu beliau bertanya, “Siapa Said bin Amir yang kamu cantumkan ini?”
“Gabenor kami!” Jawab mereka. “Betulkah Gabenor kalian miskin?” Jawab Khalifah hairan.
“Sungguh, ya Amirul Mukminin! Demi Allah! Seringkali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.
Mendengar perkataan itu, Khalifah Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah kantung berisi wang seribu dinar.
“Kembalilah kamu ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gabenor Said bin Amir, dan wang ini saya kirimkan untuk beliau, bagi meringankan kesulitan-kesulitan rumahtangganya,” kata Umar sedih.
Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gabenor Said,
menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah
Gabenor Said melihat kantung berisi wang dinar, kantung itu dijauhkannya
dari sisinya seraya berucap, “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (kita milik Allah dan pasti kembali kepada Allah).
Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang
menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai Said? Meninggalkah Amirul Mukminin?”“Bahkan lebih besar dari itu!” Jawab Said sedih. “Apakah tentera kaum Muslimin kalah berperang?” Tanya isterinya lagi. “Jauh lebih besar dari itu!” Jawab Said tetap sedih. “Apa pulalah gerangan yang lebih dari itu?” Tanya isterinya tak sabar. “Dunia telah datang untuk merosakkan akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,” jawab Said mantap.
“Bebaskan dirimu daripadanya!” Kata isteri Said memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya kantung wang yang dihantar Khalifah Umar untuk peribadi suaminya.
“Mahukah engkau menolongku berbuat demikian?” Tanya Said.
“Tentu!” Jawab isterinya bersemangat. Maka Said memuatkan kantung wang itu, lalu disuruh isterinya membahagi-bahagikan kepada fakir miskin …
Sumber: www.eramuslim.com
Labels:
Sirah
Monday, April 22, 2013
Solat semai disiplin, sikap mulia
SOLAT adalah acuan terbaik bagi membentuk peribadi mulia kerana ia
ibadat paling disukai Allah selain menjadi tiang agama Islam. Solat yang
khusyuk menunjukkan kerendahan jiwa yang maksimum di depan Allah.
Bermula dengan berada pada kedudukan yang tinggi ketika berdiri,
disudahi dengan kerendahan dan kehinaan ketika berada pada penghujung
solat dengan keadaan duduk merendahkan diri di hadapan Allah.
Solat membawa pengertian doa terkandung dalamnya zikir dan tasbih
memuji kebesaran Allah. Antara zikir paling utama dalam solat ialah
tahiyyat yang dibaca dua kali pada rakaat kedua dan terakhir, penuh
kepujian terhadap Allah dan Rasul-Nya serta penghormatan kepada hamba
yang salih.
Ada berpendapat ia dialog ketika Baginda SAW naik ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Sahabat bernama Anas Masud berkata: “Ketika kami bersama Baginda SAW
dalam solat, kami menyebut: Assalamu A’lallah (Selamat kepada Allah)
lalu diubah Baginda dengan sabdanya: Jangan kamu menyebut Assalam kerana
Allah adalah Assalam. Sebutlah Attahiyyatu Lillah, Wassalawat,
Wattayyibat (Kesejahteraan, selawat serta kebaikan buat Allah dan
Rasul-Nya) hingga akhirnya. Jika kamu menyebut semua perkataan ini, ia
ditujukan kepada semua hamba yang salih di langit dan mereka yang berada
di antaranya lalu Allah berbangga dengan kata-kata ini dan
memperkenankan doamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika pembesar berasa gembira jika ada yang masuk menghadap dengan
penuh hormat dan protokol ditetapkan, maka Allah adalah lebih gembira
dan berbangga. Tahiyyat adalah protokol dan penghormatan ketika
menghadap Allah dalam solat yang menyatakan ucapan kebesaran dan
pengharapan hanya layak dipohon kepada-Nya.
Makna khusus bagi tahiyyat ialah kesempurnaan dan kebesaran hanyalah
untuk Allah. Salawat ialah sifat rendah diri dan harapan seorang hamba
yang boleh disandarkan hanya kepada Allah, rasul dan orang beriman.
Lafaz ‘tayyibat’ dalam tahiyyat ialah amalan suci dari Allah dan
hamba yang salih kerana kesucian dan kebaikan adalah dari sifat Allah
seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah bersifat
dengan kebaikan dan kesucian. Dia hanya menerima dari amalan yang baik
dan suci saja.” (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud: “Kepada-Nya diangkat segala kebaikan dan kata-kata yang baik.” (Surah Fatir, ayat 10)
Selepas kepujian untuk Allah, maka diarahkan pula puji-pujian kepada
Baginda Nabi SAW dengan ucapan yang bermaksud Allah yang memelihara dan
memimpin Nabi SAW. Kemudian diucapkan tahiyyat dan salam buat diri
sendiri, jemaah solat serta sekalian malaikat.
Ada pendapat mengatakan lafaz ini ditujukan kepada seluruh umat
Muhammad SAW. Hamba salih yang dimaksudkan adalah dari manusia dan jin
serta malaikat sama ada yang hidup atau sudah mati.
Kemudian disudahi dengan kalimah tauhid yang dibawa semua nabi dan
rasul khususnya Baginda selaku penutup segala nabi dan rasul, manusia
biasa yang dipilih oleh Allah, ditambah dengan selawat untuk Nabi
Ibrahim.
Sahabat pernah bertanya kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulullah,
bagaimanakah caranya untuk kami berselawat kepadamu? Jawab Baginda SAW
yang maksudnya: Salam sejahtera kepada Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan
seluruh keluarganya.” (Hadis riwayat Muslim)
Selepas mengucapkan selawat, maka kita dianjurkan untuk berdoa
mengikut keperluan masing-masing. Diriwayatkan Ibnu Masud, Rasul SAW
menyuruh berdoa dengan mengikut pilihan masing-masing.
Hadis sahih dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila
kamu selesai tahiyyat maka mohonlah perlindungan daripada empat perkara
iaitu azab kubur, azab neraka, ujian ketika hidup dan selepas mati,
serta Dajjal.”
Demikianlah diajarkan Baginda SAW kepada sahabat sehingga mereka menjadi generasi terpilih di sisi Allah.
Solat membentuk disiplin tinggi dan sikap yang baik dalam kehidupan.
Ucapan dalam solat mengajar manusia menuturkan ucapan baik serta
menghormati orang lain dan solat juga mengajar manusia mengikuti
peraturan ditetapkan.
Solat menjadikan manusia sentiasa merendah diri terhadap sesama
makhluk, membina masyarakat cemerlang sementara mengikut imam dalam
solat mengajar manusia mentaati pemimpin yang baik.
Labels:
Solat
Sunday, April 21, 2013
Usah leka jaga iman
APABILA iman lemah,
maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat,
bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh
membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”.
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak
menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang
tertinggi.
Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami
di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan
malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung
kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya
antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya
dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana
takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya
iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan
sahabat antaranya ialah:
- Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
- Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
- Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
- Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
- Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
- Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
- Berat dalam mengingat Allah.
- Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
- Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
- Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
- Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
- Berasa senang di atas kegagalan orang lain
- Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
- Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
- Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
- Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
- Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
- Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
- Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
- Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
- Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
- Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
- Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
- Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
- Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
- Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
- Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
- Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
- Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
- Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
- Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
- Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
- Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.
Labels:
Renungan
Monday, April 15, 2013
Yahudi masuk Islam kerana keadilan seorang hakim
Satu kisah menarik seorang yahudi telah masuk islam setelah dia
mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim
yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak
adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu
melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.
Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4
sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’
Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada
baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah
bersamaan 656 hingga 661 masihi.
Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan
Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang
yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ ini milik saya”,
kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab yahudi.
Keduan-duanya bertengkar. Masing-masing mengaku haknya. Akhirnya mereka
berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.
“ yang Arif Tuan Hakim! Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah
kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang
lalu”’,kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul
mukminin?.”T anya Hakim kepada kepada yahudi itu.
“ Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan
sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang
membenarkan baju ini kepunyaan tuan ?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan
dan Husain tahu,baju ini milik saya.” jawab Khalifah.” saksi anak
sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang
ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum
mendengar kata-kata ini.
Akhirnya Hakim Syuraih menjatuhkan keputusan, bahawa baju besi itu
kepunyaan si pemakainya.Betapa gembiranya yahudi dengan keputusan
itu.Dia sangat kagum atas sikap Hakim Syuraih yang menghukum dengan adil
tanpa merasa takut terhadap seorang Khalifah.Sementara Khalifah
Saiyidina Ali k.w menerima keputusan hakim dengan tenang. Lalu baginda
menghampiri yahudi itu.
“ Maafkan saya,tuan,” ujar Saiyidina Ali kepada yahudi dengan lembut
sambil menghulurkan tangan berjabat salam. Hakim Syuraih tersenyum
menyaksikan peristiwa itu. Orang yahudi itu kagum dengan dan terharu
dengan sikap Saiyidina Ali.Ketika ini tanpa disedari air matanya
membasahi pipi. Lalu dia pun memeluk Khalifah Saiyidina Ali dengan suara
tersekat-sekat.
Sepatutnya tuan boleh merampas baju saya ini.Tetapi , tuan tidak
lakukan. Sebaliknya tuan sanggup berjumpa hakim untuk menegakkan
keadilan.” ujarnya sambil mengesat airmata.” Yakinlah saya sekarang,
islam adalah agama yang terbaik…,”jelas yahudi itu dengan
sungguh-sungguh. Dan pelukkanya semakin bertambah erat. Ali pun merasa
terharu sambil mengusap-usap belakang yahudi.Beberapa detik
kemudian,orang yahudi itu denghan kerelaan hatinya memeluk agama Islam
didepan Khalifah Saiyidina Ali dan Hakim Syuraih.
sumber: Detik Islam
Labels:
al kisah...
Sunday, April 14, 2013
Rahsia Cap Jari
Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya
untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara
khusus ditekankan:
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah, 3-4)
Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya
ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini
berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah
terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi
pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan
jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’
seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh
manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan
tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang
lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan
menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan
kepentingan.
Labels:
Subhanallah
Thursday, April 4, 2013
POHON NABI
Yang
dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi
Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan
tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah.
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.
Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.
Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”
Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.
Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.
Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”
Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.
sumber: Fazli Othman Abang.
Labels:
Subhanallah
Wednesday, April 3, 2013
Bahaya fitnah dalam hidup
SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang
lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari
situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam
bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak
berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak
menunaikan tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan
syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan
itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada
ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka,
jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama
jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam
percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara
penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang
disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita
sampaikan kepada orang lain.
Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
- Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
- Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu
input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai
usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu
menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang
kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang
sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang
sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak
terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah
menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami
maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa
bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil
kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu
hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas
tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa
bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa
kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar
kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat
besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan
r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi
Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam
sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang
awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup
dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan
didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan
r.a…”
Labels:
mesti tahu
Tuesday, April 2, 2013
Pemakaian Cincin Mengikut Islam
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad
S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah
di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah
iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun
perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga
saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat
kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut
sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu
hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku)
yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan
berkata:
“Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu
yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan
suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara
memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan
kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat
menentukannya dengan cara itu.
Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada
asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah
kanan.”
Labels:
Sunnah Rasul
Subscribe to:
Posts (Atom)






