Thursday, June 27, 2013
BUNUH CICAK
Dari kelas pengajian kitab Riyadussolehin, dapat satu ilmu baru buat aku. Sebelum ni, aku sebenarnya teragak-agak untuk membunuh apapun makhluk Allah kecuali nyamuk dan lalat.
“Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesuapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.” HR Muslim.
Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."
Maksudnya: “daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)
sumber: FB Sabri Yaacob
Labels:
Sunnah Rasul
Tuesday, June 25, 2013
Kenikmatan di Sebalik Kesakitan
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."
Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."
Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit
Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa anak-anak adam..."
Ulama' Mengharapkan Sakit
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."
Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.
Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."
Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.
Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."
Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.
Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.
Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."
Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.
Sumber: iluvislam.com
Labels:
Renungan
Wednesday, June 19, 2013
Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah
Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan
benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di
Malaysia.
Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar
Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab
untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat
dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan
bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk
mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut
Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk
melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.
Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada
tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut
Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah
yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…
.
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Sumber: Melayukini.net
Labels:
al kisah...
Monday, June 17, 2013
Kebaikan,Keistimewaan,Kelebihan Bulan Syaaban
Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.
Bulan Syaaban juga merupakan bulan untuk kita mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”.
As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Pada malam Nisfu Syaaban ditekankan agar umat Islam melakukan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Taubat kerana pada malam ini ialah malam terbaik untuk meminta pengampunan dan rahmat daripada Allah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)
Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:
1). Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.
2). Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)
3). Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."
Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.
sumber : www.blackrosehunter.my
Labels:
Subhanallah
Sunday, June 16, 2013
Hati Tetap Sama
Kadangkala
kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi.
Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula
yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal,
kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus
menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah
satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat
dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu
menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau
kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa
yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua
yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat.
Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang.
Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba
dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak,
kenapa jadi begini? Kenapa gagal?
Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda
tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah
bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan
ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah.
Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah,
kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai
marah-marah, putus asa dan kecewa.
Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita,
tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan
tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu
juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan
tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu
dibuat lagi?
Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian
kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan
yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin
keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....
Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya
beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang
lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi
keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.
Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai,
kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu
pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak
tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka
kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita
dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika
kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus
belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera
dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti
selepasnya.
Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar
ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah
kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar.
Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama,
bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah
ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.
Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect).
Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak
akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak
bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum
air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.
Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada
takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak
bergantung kepada kudrat dan iradat Allah. Ini salah. Kerana, usaha
kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika
Allah tidak mengizinkan-Nya.
Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri
kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia
gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak.
Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya,
kedua-duanya merosakkan!
Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian
bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru
tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita
tawadduk. Kita tidak sombong. Sebab kita yakin walaupun kita telah
berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.
Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab
kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah
berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang
tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang
diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!
Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua
hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia
mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata
demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau
kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.
Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal
kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih
bijak daripada Allah. Dengan kata-kata yang demikian, kita
merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita,
mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan
mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?
Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau
tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap
memiliki dan dimiliki Allah!
Sumber: iluvislam.com
Labels:
Renungan
Wednesday, June 12, 2013
MENANGKIS TAMAK DENGAN QANAAH
Qanaah daripada segi bahasa bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dan tunduk serta akur dengan kurniaan-Nya. Manakala, daripada segi istilah pula, qanaah boleh didefinisikan mengikut pendapat seperti berikut :
- Muhammad Ali Al-Tirmizi : Qanaah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya
- Bishr Al-Hafi : Qanaah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang Mukmin
- Abu Abdillah Bin Khafif : Qanaah adalah perbuatan meninggalkan angan-angan terhadap sesuatu yang tidak ada dan berasa cukup dengan sesuatu yang ada
- Abu Sulaiman Al-Darani : Qanaah kerana rela dengan kedudukannya adalah sama dengan warak kerana zuhud. Qanaah ialah permulaan rela, sedangkan warak itu sendiri ialah zuhud
- Muhammad Al-Kattani : Sesiapa yang menjual ketamakan dirinya dengan difat qanaah, maka dia akan memperoleh kemuliaan dan harga diri
- Abu Bakar Al-Maraghi : Orang yang sihat akalnya ialah orang yang mengatur urusan dunia dengan sikap qanaah serta mempercepatkan tugas dalam mengatur urusan agama dengan ilmu dan ijtihad
Qanaah ialah maqam yang tinggi meliputi hati, lisan dan anggota badan. Padanya terdapat sifat sabar, reda dan dibuktikan dengan amalan. Oleh sebab itu, Allah mengangkat kemuliaan para hamba-Nya dengan mengurniakan rasa qanaah dalam kalangan hamba-Nya yang terpilih. Menurut Imam Al-Qushairi dalam Al-Risalah Al-Qushairiyyah, "Dalam Kitab Zabur, diungkapkan bahawa orang yang qanaah ialah orang yang kaya meskipun serba kelaparan. Bahkan menurut satu pendapat, Allah S.W.T meletakkan lima anugerah dalam lima tempat iaitu pertama kemuliaan dalam taat, kedua kehinaan dalam maksiat, ketiga kehebatan dalam melaksanakan solat malam, keempat kebijaksanaan dalam hati yang kosong (daripada keduniaan) dan kelima kekayaan dalam sifat qanaah".
Secara kesimpulannya, sifat qanaah mesti disemai dalam diri dalam apa jua keadaan. Sifat ini secara tidak langsung akan menzahirkan bukti rasa syukur kita sebagai hamba Allah S.W.T yang lemah. Tiada guna terus mempertahankan sikap tamak andai tiada langsung faedah yang diperolehi di kemudian hari. Justeru, saya mengajak rakan pembaca sekelian untuk munasabah diri masing-masing di tahap manakah kita, qanaah atau tamak?
sumber: mohdfarid87.blogspot.com
Labels:
Renungan
Tuesday, June 11, 2013
Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains
Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini
menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba
dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini.
Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah
yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima)
waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para
ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang
mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan
waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga
alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi
mereka yang akrab dengan dunia fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.
WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.
WAKTU ASAR
Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.
MENJELANG MAGHRIB
Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar
nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat
tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna
alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan
iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan
warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti
sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih
baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau
tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau
hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan
penglihatan kita.
KETIKA WAKTU ISYA’
Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya
‘menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai
dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya
‘akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan,
kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu
tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi
di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah
jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi
kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus,
dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada
waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. Wallahu ‘alam Bishowwab.
(Aneka Sains)
sumber: Detik Islam
Labels:
Solat
Monday, June 10, 2013
Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran
"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]
Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.
Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.
Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.
Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.
Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs. Az-Zumar: 42).
Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".
Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
sumber: detikislam.blogspot.com
Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.
Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.
Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.
Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.
Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs. Az-Zumar: 42).
Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".
Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
sumber: detikislam.blogspot.com
Labels:
Subhanallah
Sunday, June 9, 2013
PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS
Kelebihan Puasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa bukan sahaja menahan
diri dari lapar dan
dahaga, malah ia melatih kita supaya mengawal diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak baik.Ianya baik terutamanya untuk golongan remaja
yang masih kuat dan muda. Selain itu, berpuasa sunat merupakan amalan yang baginda Rasulullah SAW sering
lakukan iaitu pada hari isnin dan khamis. Namun tahukah kita apakah kelebihan puasa sunat isnin dan
khamis.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat
Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku
suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan
ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan
keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang
lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan
keistimewannya yang tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan
padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan
al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
“Hari itu (hari yang bersejarah,
kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada
hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
sumber: muslimin45.blogspot.com
Labels:
Sunnah Rasul
Thursday, June 6, 2013
Formula Mengubati Mulut Celupar Dari Rasulullah S.A.W
Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah
anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati
dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka
bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari
melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit
lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain
seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya
selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi
mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk
kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap
hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah
lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika
berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah
kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya
banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati,
dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras
hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat
dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah
diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa
beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’
membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Sumber: www.iluvislam.com
Labels:
Renungan
Wednesday, June 5, 2013
MUHASABAH ISRA’ DAN MI’RAJ
1. Memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku kepada nabi SAW untuk diambil pengajaran adalah sesuatu yang dituntut. Peristiwa agung ini dikatakan berlaku dalam bulan Rejab. Sejak kecil kita diperdengarkan dengan ceramah dan tazkirah tentang peristiwa besar ini terutamanya setiap bulan Rejab.
Masjid al-Haram
2. Isra’ maksudnya nabi SAW diperjalankan oleh Allah SWT dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin pada waktu malam. Ia adalah bukti kekuasaan Allah Azza wa Jalla yang maha berkehendak. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 1:
Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar, lagi maha mengetahui.
Masjid al-Aqsa
3. Allah SWT maha berkuasa dan maha berkehendak. Semua makhluk adalah sangat lemah walaupun ada jawatan dan sedikit kuasa di dunia ini. Ibn Kathir (774H) menyatakan:
Allah Azza wa Jalla berbangga dan membesarkan zatNya di atas kuasaNya, tiada seorang pun selainNya, dan tiada tuhan selainNya, yang memperjalankan hambaNya iaitu Muhammad SAW, pada satu juzu’ daripada waktu malam, daripada Masjid al-haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa iaitu Bait al-Maqdis di al-Quds, sebagai membenarkan para nabi sejak nabi Ibrahim. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)
4. Manakala Mi’raj pula ialah perjalanan nabi SAW dari Masjid al-Aqsa ke langit dan seterusnya bertemu Allah SWT. Firman Allah Azza wa Jalla:
Maka apakah kamu (Musyrikin Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang dilihatnya itu? Dan sesungguhnya dia ( Muhammad) telah melihatnya (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (Iaitu) di Sidratu al-Muntaha. Di sisiNya ada syurga tempat tinggal. (Nabi Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratu al-Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak menyimpang daripada yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Tuhannya yang paling besar.
5. Sepatutnya kita sudah menjadi manusia mukmin yang sebenarnya dalam kehidupan seharian. Kerana saban tahun kita disajikan dengan kisah ini. Jika kita gagal dalam hal ini, maknanya kita gagal mengambil pengajaran daripadanya. Penceramah dan pentazkirah tidak gagal menyampaikan mesej peristiwa ini, yang gagal adalah diri kita sendiri. Inilah yang perlu kita muhasabahkan
6. Kita dianggap gagal jika masih tidak memahami konsep senang selepas susah. Kerana peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku selepas nabi diuji dengan pelbagai ujian. Wafat isterinya, Khadijah binti Khuwailid yang banyak membantu misi dakwahnya dengan harta dan kedudukannya sedikit sebanyak dirasakan oleh nabi SAW. Wafat pula bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak mempertahankan dakwahnya, menjadikan musyrikin mula berani menyentuh nabi SAW dan melakukan penindasan. Allah SWT mendedahkan perasaan nabi SAW ketika ini menerusi firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 97-98 bermaksud:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah daripada orang-orang yang sujud.
7. Pada waktu inilah nabi SAW dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamunya. Kesukaran dan kesakitan nabi SAW diganti dengan kegembiraan dan keyakinan. Inilah konsepnya yang perlu difahami oleh setiap muslim. Kesusahan ketika bekerja diganti dengan kemanisan upah ganjaran. Keperitan ketika belajar diganti dengan kemudahan pada masa depan. Kegetiran ketika berdakwah diganti dengan nikmat pahala dan syurgaNya insyaAllah.
8. Dari sisi yang lain, kita juga dianggap gagal mengambil pengajaran peristiwa agung ini jika menjadi penghalang kepada dakwah Islam. Nabi SAW berhadapan dengan manusia yang membenci dakwahnya. Malang bagi kita jika tidak bersama dengan kumpulan yang bersama nabi SAW, sebaliknya menyokong dan mendokong kumpulan yang menyekat dan anti kepada dakwah nabi SAW. Tiada maknanya Isra’ dan Mi’raj bagi kumpulan ini. Jangan sampai kebencian kita kepada seseorang, menyebabkan kita benci juga kepada dakwah yang dibawanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 8:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
9. Selain itu, kita juga boleh dianggap gagal mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, jika masih tidak berminat untuk masuk syurga serta tidak takut dengan neraka. Terlalu banyak hadith sahih yang menceritakan tentang peristiwa ini menunjukkan nabi SAW diperlihatkan dengan syurga dan neraka. Kedua-duanya adalah benar, namun ia berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Inilah maksudnya mereka tidak berminat dan enggan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:
Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Ditanya kepada nabi SAW: Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga, dan sesiapa yang melakukan maksiat kepadaku adalah orang yang enggan. (Riwayat al-Bukhari)
10. Banyak lagi peristiwa lain gambaran mereka yang enggan masuk syurga sebagaimana yang diperlihatkan kepada nabi SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini. Kita dianggap gagal mengambil pengajaran daripadanya jika masih tidak menutup aurat, mengumpat, terus menerima jawatan yang tidak mampu dipikul dan sebagainya. Nabi SAW telah menyampaikan semua yang diperlihatkan kepadanya itu kepada kita dan tiada yang disembunyikan. Tidak mungkin hati kita terlalu keras sehingga sukar mengerti.
11. Di samping itu, sesuatu yang sangat sinonim dengan peristiwa ini adalah ibadah solat. Kewajipan ibadah ini adalah hadiah istimewa daripada Allah Azza wa Jalla untuk nabi SAW dan umatnya. Ia cukup istimewa kerana nabi SAW menerimanya secara langsung daripada Allah SWT tidak seperti ibadah-ibadah lain. Istimewa kerana fadhilat yang terlalu banyak menerusi perlaksanaan ibadah ini. Juga istimewa kerana gandaan pahalanya yang sepatutnya kita tidak lepaskan peluang untuk merebutnya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa nabi SAW bersabda:
Ia (solat) adalah lima, namun ia sama dengan lima puluh. (Riwayat Muslim)
12. Oleh itu, kita perlu bermuhasabah untuk mencetuskan amal. Tidak cukup sekadar di pinggiran mendengar saban tahun tanpa ada kenginan untuk mengubah diri. Program sedia ada juga perlu diteruskan dan diperkasakan dengan kepelbagaian kaedah agar lebih berkesan.
13. Kesimpulannya, pengajaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj memerlukan tindakan, sebagaimana ilmu memerlukan amal. Jika tiada sebarang tindakan, ertinya gagal.
sumber: hjanhar.blogspot.com
Labels:
Renungan
Monday, June 3, 2013
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)





