Wednesday, July 31, 2013
Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Bismillah..
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam
sumber: prettyabaya.blogspot.com
Labels:
Renungan
Sunday, July 28, 2013
Betulkah Niat Puasa Kita?
Tibalah satu lagi Ramadan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada
buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang
menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah
kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah
sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni,
kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.
Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Saya
pernah terbaca dalam satu artikel bahawa "Orang Malaysia memang suka
buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan".
Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata
kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun
solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah
untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah
beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar?
Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian.
Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.
Konsep menyambut Ramadan sebagai bulan puasa adalah tidak adil.
Ramadan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya
menyambut Ramadan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one)
dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadan, kenapa masih
ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah
lagi ponteng puasa?
Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang
dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun
daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa
adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga
semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan.
Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri
nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk
syurga yang hakiki.
Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan
menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar
berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada
istiqamah selepas Ramadan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar
orang menyebut 'Ramadan Kareem', kita digalakkan menjawab dengan
'Allahu Akram'. Maksudnya, 'Ramadan yang mulia, Allah lebih mulia'.
Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah
(yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba
Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"
Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab
RA berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana
Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang
siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita
yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan
minum, budak darjah satu pun mampu buat! Kita tak nak ibadah puasa kita
sia-sia. Rasulullah SAW bersabda, "Ramai yang berpuasa tidak mendapat
ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat
an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai
ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa.
Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda
yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang
sia-sia mampu membatalkan puasa anda.
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk
sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi
Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Hadis
Riwayat Bukhari)
Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam
ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa
salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah
esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin
kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut
ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan
datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila
dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat
kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan
tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri.
Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan
sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana
Ramadan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang
dengan diri sendiri.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari
dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada
kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
lamanya." (Riwayat Hadis Bukhari dan Muslim)
Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah. Salam alaik~
Labels:
Renungan
Thursday, July 25, 2013
Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam
Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........
Suatu hari Iblis
laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi
Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan
rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan
di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa,
lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan
anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....
Siti Hawa yang mempunyai
sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus
memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat
lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa
menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga
anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan
yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan
sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama
berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga
kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita.
Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya
sudah tidak ada…”....
Keesokan pagi, Iblis pun
datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?”
tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang
memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan
tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak
itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan
daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh…
benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru
anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat
bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup
kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar
menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....
Apabila Nabi Adam AS
pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu
masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih
berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak
boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata
Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita
bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di
bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…”
terang Nabi Adam AS.....
Keesokan paginya
datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar
bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan
abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis
lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali
daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian
diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....
Apabila Nabi Adam AS
pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di
rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak
cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa.
“Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah,
aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....
Keesokan hari, datanglah
lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar
bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik
anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis.
“Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh,
benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba
terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku,
kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada
anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga
hari kiamat. ....
Syaitan Khannas ini
tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun
minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita
tidak membaca BASMALAH (Bismillah).
Bila kita solat dia akan
berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila
tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah
kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat
lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini
akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan
membanyakkan ZIKIR.....
Sahabat Rasulullah SAW
pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan
Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan
membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH.
Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah
menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa.
Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta
'bersama'. ....
Lihatlah bagaimana
syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam.
Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas
yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa
sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam….....
sumber: detikislam.blogspot.com
sumber: detikislam.blogspot.com
Labels:
al kisah...
Wednesday, July 24, 2013
Fadilat Ramadan & Hikmah Berpuasa
PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap
detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik
hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam
dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,
ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka
pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan!
Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan
(yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan
Ibnu Majah)
Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya
akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang
begitu banyak yangdilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.
Syaitan diikat
Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya
bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.
Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.
Kelebihan bulan Ramadan juga ialah difardukan puasa di dalamnya.
Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada
Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga sebagai penghapus dosa-dosa atas
maksiat yang dilakukan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu,
bahawaRasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Sesiapa yang
berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan
segala dosa-dosanya yang terdahulu”. - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, Allah akan menggandakan pahala
orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya
hanya diketahui oleh Allah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga
tujuh ratus kali ganda.”
Allah berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku
sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan
makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua
kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui
Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa
lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk” - (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar,
kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai
sekecil-kecil nikmat akhirat.
Rasulullah bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada
satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang
berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun
selain mereka.
Diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun,
tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila
mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh
masuk melaluinya seorang pun.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi.
“Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan
dahaga selama-lamanya.”
Antara bekalan yang boleh diperoleh dari ibadat puasa:
Sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan
bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara
hamba dan tuhannya.
Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain,
tetapi kerana ketakwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan
batinnya dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah, dia tidak
melakukannya.
Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang
paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak
disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak
membuahkan hasil.
Mujadalah dan kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada
perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum
Ramadhan.
Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang
sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.Sabar
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan.
Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.
Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.
Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.
Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.
Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama.
Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadan dan perasaan ini
dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa
keturunan,warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai
wujudnya kesatuan umat adalah perkara ‘dharuriah’ atau yang paling
utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.
Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati
perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan
kepada Penciptanya.Menjaga masa
Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.
Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden
atau tradisi.
Sumber: Artikel ini dipetik dari buku Panduan Puasa Ramadhan susunan
Sarip bin Adul, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Ia disiarkan dalam versi digital menerusi portal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Labels:
Subhanallah
Sunday, July 21, 2013
Puasa melahirkan sifat terpuji
Allah SWT berfirman dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai
orang-orang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa”.
Puasa adalah satu ibadah yang penting dalam Islam. Melaksanakan
ibadah ini boleh menyuburkan kerohanian seseorang serta dapat mendidik
hawa nafsu. Puasa mempunyai hikmah yang besar dan matlamatnya adalah
menjadikan seseorang itu bertakwa.
Takwa adalah satu kalimah yang merangkumi semua sifat yang terpuji,
dilakukan oleh setiap Muslim, sama ada zahir dan batin. Sifat takwa juga
berfungsi sebagai penjaga dalam setiap tindak-tanduk seorang Muslim
agar tidak melanggar perintah Allah SWT.
Melaksanakan ibadah puasa, dapat mengawal seseorang terjerumus
maksiat dan kemungkaran kerana orang yang berpuasa sanggup mengawal
tuntutan naluri yang berkehendakkan kepada makanan, minuman dan menahan
diri dari melakukan perkara-perkara tidak berfaedah seperti membuang
masa, berdusta, mengumpat, berbual kosong dan lain-lain lagi.
Oleh itu jiwa manusia akan meningkat ketinggian dari alam kehidupan
keduniaan kepada alam kehidupan kerohanian. Bagi mencapai matlamat
tersebut, Rasulullah SAW menasihati umatnya dalam sebuah hadis
bermaksud: “Puasa itu perisai, apabila salah seorang daripada kamu
sedang berpuasa, maka janganlah mengeluarkan kata-kata keji (kotor),
jangan menimbulkan suasana tegang. Jika ada seseorang memakinya atau
mahu membunuhnya maka katakanlah: sesungguhnya aku sedang berpuasa”.
Selain itu puasa juga boleh memupuk dan menyuburkan lagi sifat amanah
dalam diri seseorang kerana dengan berpuasa dapat mendekatkan diri
dengan Allah SWT dalam setiap pekerjaan dilaksanakan.
Amanah adalah salah satu sifat daripada sifat-sifat mulia. Ia sangat
penting diamalkan setiap anggota masyarakat tidak kira pemimpin mahupun
rakyat, pemimpin organisasi mahupun orang yang dipimpin. Ada antara kita
yang tidak begitu jelas dalam memahami pengertian amanah. Mereka
beranggapan ia hanya terbatas kepada usaha menjaga harta orang lain yang
diletakkan di bawah jagaannya.
Menurut pandangan Islam amanah ialah mengerjakan semua yang disuruh
Allah dengan penuh keikhlasan dan ketaatan serta menjauhi setiap perkara
ditegah, sama ada ketika beribadah kepada Allah mahupun bermuamalah
dengan masyarakat.
Amanah paling utama diwajibkan ke atas setiap Muslim ialah untuk
menunaikan ibadah yang ditaklifkan kepada manusia oleh syarak seperti
solat fardu, berpuasa Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.
Sekiranya seseorang itu cuai dalam melaksanakan ibadah yang difardukan
ke atasnya, maka individu berkenaan telah mengkhianati amanah dan
tanggungjawab diperintahkan oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan mata kita, ia adalah amanah Allah kepada hambanya
yang dipinjamkan untuk kita manfaatkan kegunaannya dengan sebaik
mungkin. Orang yang betul-betul amanah menjaga matanya pasti orang itu
tidak akan salah gunakan mata untuk memandang perkara diharamkan.
Kesihatan adalah amanah, akal adalah amanah, kehormatan juga adalah
amanah. Begitu jugalah dengan semua anggota badan kita yang lain, kita
perlu menjaga dan memeliharanya dengan cara menggunakannya untuk sesuatu
yang berfaedah dan bermanfaat bukannya untuk perkara yang sia-sia dan
dilarang syarak.
Sebenarnya kehidupan manusia ini semuanya adalah amanah Allah yang
sepatutnya dijaga dengan sebaiknya terhindar dari kebinasaan. Firman
Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 36 bermaksud: “sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap
akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
Oleh itu, dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita
sama-sama membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang keji (mazmumah) dan
hiasilah jiwa kita dengan sifat yang terpuji (mahmudah). Seterusnya kita
berusaha untuk mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala
larangannya.
Labels:
Subhanallah
Wednesday, July 17, 2013
Bentuk peribadi Islam melalui tadarus al-Quran
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya
agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis
yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah
seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam
bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap
malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah
Allah – mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka –
melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan
rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam
kalangan (malaikat) yang ada disisinya.” (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil ‘Azim, penulis kitab Aunul Ma’bud, maksud
tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara
satu sama lain.
Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan
semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya
keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam
adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang
mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan
bermanfaat kepada orang lain.
Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan
meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh
Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada
tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang
istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.
Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia
menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya
jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada
keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga
digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi
insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.
Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran
merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang
merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai
panduan dalam kehidupan.
Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Al-Furqan: 30).
Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman
Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah
yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan
mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan (
jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah
),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi
iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan
nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada
tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar
al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf.
Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang
sesat.
Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang
dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para
pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui
al-Quran itu sendiri.
sumber: Datuk Harun Taib
www.islamituindah.my
Labels:
Subhanallah
Tuesday, July 16, 2013
11 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang lain. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata:
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Sumber: albakriah.wordpress.com
Labels:
Sunnah Rasul
Monday, July 15, 2013
Ramadan bulan didik umat Islam berdisiplin, sabar hadapi ujian
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana
ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan
syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat
dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang
mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.
Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan
kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi
Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak
dikira sebagai ibadat kepada Allah.
Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan
bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di
bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama
dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah
SAW.
Ramadan adalah bulan ibadat
untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih.
Dengan itu kita hendaklah b berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa
amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan
meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.
sumber: www.islamituindah.my
Labels:
Subhanallah
Sunday, July 14, 2013
Hayati madrasah tarbiah Ramadan
RAMADAN kembali lagi. Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah
berkurang, begitulah Ramadan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada
mereka yang mencarinya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba Ramadan, pintu-pintu rahmat akan dibuka. (riwayat Muslim).
Kehadiran bulan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah.
Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).
Objektif akhir insan yang berpuasa adalah untuk mencapai tahap ketakwaan dan keredaan Allah.
Untuk mencapai tahap takwa ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai tugasan, peraturan dan ujikaji sikap sepanjang sebulan ini.
Justeru, sekolah atau madrasah Ramadan perlulah dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amanah kerja yang diminta oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah.
Tanpa pendaftaran atau yuran, bulan tarbiyah dan pendidikan ini
menjanjikan kelebihan dan kemenangan kepada hamba-Nya yang bertakwa.
Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba’: 31).
Takwa secara ringkas maksudnya melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Maksud ini dilaksanakan melalui arahan berpuasa yang hakikatnya bukanlah setakat menahan diri daripada makan minum.
Namun lebih besar lagi adalah meninggalkan segala larangan seperti
menipu, mengumpat, bertelingkah, boros berbelanja, membazir, makan harta
riba, berjudi dan sebagainya.
Madrasah Ramadan juga mengajar kita supaya sentiasa melakukan
kebaikan kerana pahalanya adalah berlipat kali ganda. Oleh itu, amalan
tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, tarawih, tazkirah,
bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, memberi makan anak yatim
dan sebagainya hendaklah menjadi agenda kita sehari-harian dalam bulan
berkat ini.
Mereka yang menghidupkan amalan Ramadan dijanjikan dengan rahmat
tanpa batasan dan diluaskan pintu keampunan. Sabda Rasulullah: Sesiapa
yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan dengan keimanan dan mengharap
(keampunan), maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Walaupun pelbagai ganjaran yang boleh direbut dalam Ramadan, namun
terdapat di kalangan umat Islam di negara kita yang telah
mengkurus-keringkan pahala mereka.
Ini akibat daripada salah faham dan kesilapan tradisi dalam melakukan ibadah puasa Ramadan.
Perkara berkaitan salah faham dan kesilapan yang disebutkan dalam
rencana ini hanyalah beberapa peringatan kepada kita untuk memastikan
ibadat puasa kita diterima sepenuhnya oleh Allah. Kadang-kadang, kita
lebih mementingkan perkara-perkara kecil, sedangkan perkara yang lebih
besar tidak diberi perhatian.
Pernah zaman khalifah Umar Abdul Azi telah menguatkuasakan solat Terawih sebanyak 36 rakaat dan tiga kali witir.
Apa yang penting adalah amalan tersebut disertai dengan niat yang
ikhlas. Dua rakaat yang ikhlas lebih mulia daripada 100 rakaat yang
ujub. Pertelingkahan dalam perkara-perkara kecil dan sunat hendaklah
dielakkan demi menjaga silaturahim sesama Muslim.
Justeru, sepanjang madrasah Ramadan ini kita hendaklah mengawasi
pancaindera dengan melakukan perkara-perkara berikut bagi memenuhi
tuntutan sebenar ibadat puasa;
- Menjaga lidah daripada bercakap kosong, mengumpat, memburuk-burukkan orang lain dan sebaiknya hendaklah dibasahi dengan berzikir atau bertadarus al-Quran;
- Menjaga mata daripada melihat perkara yang diharam dan melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT;
- Menjaga telinga daripada mendengar lagu-lagu dan perbualan yang tidak berfaedah dan sebaiknya digunakan untuk mendengar bacaan al-Quran.
- Menjaga anggota-anggota tubuh lain seperti perut, kaki, tangan dan sebagainya. Perut semasa bersahur dan berbuka puasa hendaklah diisi dengan makan halal, baik dan mengikut sunnah. Kaki dan tangan hendaklah digunakan untuk berzikir, solat, dan melangkah ke surau atau masjid.
Dengan pengawasan dan amalan baik, insya-Allah Ramadan tahun ini
adalah yang terbaik untuk kita sebelum dijemput ke alam barzakh.
Alangkah indahnya jika kita berjaya menghabiskan tempoh latihan di
madrasah Ramadan ini dengan memperoleh ijazah takwa yang dijanjikan itu.
Beruntunglah kita di dunia dan berbahagialah kita di akhirat. Ingatlah perkhabaran Rasulullah: Orang
berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya, iaitu
kegembiraan apabila berbuka, dan apabila bertemu Tuhannya dia bergembira
dengan puasanya. (riwayat al-Bukhari).
Labels:
Renungan
Friday, July 12, 2013
PERASAN TAK ??
PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan
seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa
ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu
kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar
seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi
betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan
panjang...
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk
saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis
ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton
bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat
supaya boleh cepat keluar....
Semoga kita terus munasabah dan perbaiki diri, In Sha Allah
sumber: Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus
Labels:
Renungan
Wednesday, July 10, 2013
7 Khasiat Kurma yang patut anda tahu
Kurma (Phonex
dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan
boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam
kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang
kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut
perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah
baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan
kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh
buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains
pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang
2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi,
yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di
dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma
juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga
kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C
dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan
gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi
dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap
oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide
lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika
berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga
segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang
terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa
perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma
adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut
mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma
terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat
sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya
dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah
elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh
badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.
Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan
elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air
suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung
dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran
hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya
kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak
yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam
yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi
malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas
memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman
web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan
wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah
semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai
akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan
homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam
dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Labels:
Sunnah Rasul
Subscribe to:
Posts (Atom)




