Tiada Tuhan lain yg layak diSembah melainkan ALLAH & Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Salam Ukhwah...
Selamat Datang ke blog sy yg tak seberapa ini. Hanya memaparkan tajuk2 yg InsyaAllah memberi manfaat & kegunaan kita dlm meneruskan penghidupan di dunia Allah ini. Semoga dpt berkongsi ilmu & pendapat dari tuan2 & hadirin pembaca sekalian :)... Jika ada kesilapan dlm artikel2 yg disiarkan, harap tegurlah saya.
Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempertemukan kita di rumah-Nya yang mulia ini iaitu masjid, pada hari Jumaat yang mulia ini dan pada bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini, kita dapat berusaha untuk meraih rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka Allah SWT. Di samping itu kita merebut peluang untuk beramal ibadah seperti berpuasa, membaca Al-Quran, solat tarawih, berzikir, menghadiri Majlis Ilmu dan pelbagai lagi ibadah yang tersedia pada bulan Ramadhan.
Antara amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadhan ialah menunaikan Zakat Fitrah. “Rasulullah s.a.w. menfardhukan Zakat Fitrah satu gantang kurma, atau satu gantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)".(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Zakat Fitrah adalah satu ibadah wajib yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Ia adalah perintah wajib dari Allah dan rasul-Nya yang mesti dipatuhi, dan sesiapa yang mengengkarinya boleh membawa kepada kekufuran.
Zakat Fitrah mempunyai hikmah dan fadhilat yang amat besar kepada umat Islam. Ia adalah suatu rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda kasih dan sayang-Nya terhadap hamba-hamba yang beriman dengan agama yang diturunkan-Nya iaitu Islam.
“Rasulullah s.a.w. mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang miskin”. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
1. Zakat Fitrah membersihkan hati dan jiwa orang Islam daripada dosa dan perbuatan keji.
2. Zakat Fitrah juga akan menyuburkan perasaan kasih sayang dan tali persaudaraan sesama Muslim.
Bayangkan, betapa mulianya hati orang yang mengeluarkan Zakat Fitrah kerana sanggup mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang fakir dan miskin semata-mata untuk mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah SWT. Dengan zakat itu juga, ia beroleh pahala yang berlipat kali ganda.
Bayangkan pula, betapa gembiranya orang-orang fakir dan miskin, kerana ia dapat membeli pakaian, makanan dan keperluan untuk menyambut 'Idul-Fitri dengan sumbangan Zakat Fitrah yang ditunaikan oleh saudara Islamnya yang lain.
Inilah sifat mulia yang diajar oleh Islam kepada umatnya. Mereka adalah umat yang saling bersatu-padu dan bekerjasama dalam apa jua keadaan, sama ada susah mahupun senang.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam.” (Riwayat Muslim) sumber: masjidjameksabakbernam.blogspot.com
Pandangan Ulama Mengenai "Jilbab"
-
Pandangan Taqiyuddin an-Nabhani mengenai pakaian wanita Muslimah di tempat
awam, yang mewajibkan jilbab sebagai pakaian satu helai dari bahu hingga ke ...
Sang Kancil Menipu Harimau
-
*Harimau: *(suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
*Sang Kancil : *(terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu
ber...
Hi!
-
Salam! Lamanya tak buat catatan kat sini. Sesekali tu ada juga menjengah
ke sini tapi mood nak mengarang "0". Nak menjengak blog kawan2 yang kerap
dilakuk...
Ibadah Udhhiyyah
-
*Menyembelih Bintang Korban*
Korban atau *‘udhiyah’* bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai *al-a...
Virtues of Visiting the Sick
-
It is a Sunnah of our Beloved Prophet Muhammad (pbuh) to visit the sick. We
should always visit those who are sick because it helps us to reflect and
tak...
Hadis : Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
-
Hadis :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput
menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima
jemputan ...
0 comments:
Post a Comment