Tiada Tuhan lain yg layak diSembah melainkan ALLAH & Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Salam Ukhwah...
Selamat Datang ke blog sy yg tak seberapa ini. Hanya memaparkan tajuk2 yg InsyaAllah memberi manfaat & kegunaan kita dlm meneruskan penghidupan di dunia Allah ini. Semoga dpt berkongsi ilmu & pendapat dari tuan2 & hadirin pembaca sekalian :)... Jika ada kesilapan dlm artikel2 yg disiarkan, harap tegurlah saya.
Bismillah.. Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam
Pandangan Ulama Mengenai "Jilbab"
-
Pandangan Taqiyuddin an-Nabhani mengenai pakaian wanita Muslimah di tempat
awam, yang mewajibkan jilbab sebagai pakaian satu helai dari bahu hingga ke ...
Sang Kancil Menipu Harimau
-
*Harimau: *(suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
*Sang Kancil : *(terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu
ber...
Hi!
-
Salam! Lamanya tak buat catatan kat sini. Sesekali tu ada juga menjengah
ke sini tapi mood nak mengarang "0". Nak menjengak blog kawan2 yang kerap
dilakuk...
Ibadah Udhhiyyah
-
*Menyembelih Bintang Korban*
Korban atau *‘udhiyah’* bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai *al-a...
Virtues of Visiting the Sick
-
It is a Sunnah of our Beloved Prophet Muhammad (pbuh) to visit the sick. We
should always visit those who are sick because it helps us to reflect and
tak...
Hadis : Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
-
Hadis :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput
menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima
jemputan ...
0 comments:
Post a Comment