skip to main  |
      skip to sidebar

 
1-
 Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : ” Akulah yang 
ditugaskan memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi ini. 
Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu 
walau sesuap rezeki “.
 
 2- Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya
 samada semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. 
Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air “.
 
 3- Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata : ” Akulah 
yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di 
barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi 
kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah 
sampai “.
 
 4- Malaikat ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah
 yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur
 atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu “.
 
 Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka 
Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan 
semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan
 kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, 
semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar 
serasi dengan sifat Allah SWT Yang Maha Adil.
 
 Sumber: Rumusan daripada kitab Himpunan Kisah-Kisah Malaikat. M/S : 155-156.
 
 
 
  
 
Template by:
 
 
 
  
 
3 comments:
mohon share ya...^_^
as salam..silakan :)
mohon Share :-)
Post a Comment