Wednesday, March 23, 2011

Doa iftitah ...

BACAAN DOA IFTITAH



اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.


Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.
sumber : http://www.e-mosque.com.my

dulu aku selalu tersilap baca... selalu terbalik baca musyrikin ke muslimin.. nauzubillah... bila aku dgr anak2 sedara aku baca pun ada yg terbalik baca mcm aku dulu2... pada sahabat sekelian, tolong ingatkan pada saudara2 islam yg lain :) ... InsyaAllah



6 comments:

Acik As said...

Assalammualaikum,

Terima kasih kerana mewujudkan blog ilmiah ini.

Saya sepintas lalu membaca doa Iftitah di atas, kemudian baru saya perasan hafalan saya tidak seperti yang diatas. Beza dia sedikit sahaja iaitu saya tidak menyebut perkataan "Inni".

Saya telah dibiasakan dengan meneruskan ayat "wajjah".

Tapi apa-apa pun, maksudnya tidak terjejas, malah lebih sempurna.

(^^)

Fahrain said...

w'salam...

betul tu, saya pun baru perasan selama ni "inni" tu pun tak penah disebut. rata2 kesilapan kita pada "muslimin" & "musyrikin" tu... kalau silap, jauh menyimpang dari makna asal.

Acik As said...

yup. sama la masa kecik dulu juga saya macam tu..tapi sebagai muslim kita kena usaha untuk memperbaikinya

Jay said...

ya... betul tu... selalunya kesilapan antara muslimin dengan musrikin

anon said...

dulu saya jarang membaca doa iftitah... tapi semenjak saya memahami maksudnya.. saya tak mahu lagi tinggalkan doa iftitah ni...

"sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam"

Anonymous said...

dulu saya jarang membaca doa iftitah... tapi semenjak saya memahami maksudnya.. saya tak mahu lagi tinggalkan doa iftitah ni...

"sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam"

Allahuakbar!!

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates