Tuesday, November 9, 2010

Petunjuk Rasulullah s.a.w. Tentang Hari Raya

Pada saat hari Raya 'Aidil Fitri, Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian
terbaiknya dan makan kurma -dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh-
sebelum pergi melaksanakan shalat 'Idul. Tetapi pada'Idul Adha beliau tidak
makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan
sebahagian daging binatang sembelihannya.

Beliau mengakhirkan shalat 'Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki
kesempatan untuk membagikan zakat fitrahnya, dan mempercepat pelaksanaan
shalat 'Idul Adha supaya kaum muslimin boleh segera menyembelih binatang
kurbannya. Mengenai hal tersebut, Allah Ta'ala berfirman:

"Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Al Kautsar: 2).

Ibnu Umar sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak keluar
untuk shalat 'Idul kecuali setelah terbit matahari, dan dari rumah sampai ke
tempat shalat beliau senantiasa bertakbir.

Rasulullah s.a.w. melaksanakan shalat 'Idul terlebihdahulu baru berkhutbah,
dan beliau shalat duaraka'at· Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali
berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar di antara tiap
takbir. Beliau tidak mengajarkan zikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya
saja ada riwayat dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata: "Dia membaca hamdalah
dan memuji Allah Ta'ala serta membaca shalawat.

Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap
bertakbir.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. setelah bertakbir membaca surah Al-Fatihah dan
Qaf" pada raka'at pertama serta surah "Al-Qamar" di raka'at kedua.

Kadang-kadang beliau membaca surah "Al-A'la" pada raka'at pertama dan
Al-Ghasyiyah" pada raka'at kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku'
dilanjutkan takbir 5 kali pada raka'at kedua lain membaca Al-Fatihah dan
surah. Setelah selesai beliau menghadap ke arah jamaah, sedang mereka tetap
duduk di shaf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi
wejangan, anjuran dan larangan.

Beliau selalu melalui jalan yang berbeza ketika yang terkenal sangat
bersungguh-mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. berangkat dan pulang (dari
shalat) 'Idul. Beliau selalu mandi sebelum shalat 'Idul.

Rasulullah s.a.w. senantiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan
bersabda: "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdalah, maka ia
terputus (dari berkah)." (HR. Ahmad dan lainnya).

Dari Ibnu Abbas r.a.ma, ia berkata: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
menunaikan shalat 'Idul dua raka'at tanpa disertai shalat yang lain baik
sebelumnya ataupun sesudahnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).

Hadits ini menunjukkan bahawa shalat 'Idul itu hanya dua raka'at, demikian
pula mengisyaratkan tidak disyari'atkan shalat sunnah yang lain, baik sebelum
atau sesudahnya. Allah Mahatahu segala sesuatu, shalawat serta salam semoga
selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, seluruh anggota keluarga dan segenap
sahabatnya.




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates