Petikan Firman Allah swt dalam surah Al-Naba ayat 18 yang berbunyi
seperti yang berikut
Maksudnya : Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu
kamu
datang berkelompok-kelompok .
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, " Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini.............? " Apakah kamu termasuk dalam golongan yang mana satu atau
sebaliknya.
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah
yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab : Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki Neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang
akan memasuki Syurga. Adakah anda termasuk dalam golongan yang satu ini.....? Tanya diri sebelum membuat keputusn yang sebaiknya. Adapun 11golongan yang memasuki Neraka adalah seperti berikut :-
Pertama iaitu mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah
kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga atau sahabat meskipun
bergurau.
Kedua iaitu mereka yang menyerupai seekor babi. Ini adalah balasan
bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat wajib lima waktu dengan
sengaja atau atas kejahilan tidak mahu belajar yang difardhukan keatasnya.
Ketiga iaitu mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan
ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat
harta dan pencarian.
Keempat iaitu mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan
mereka yang berdusta dan suka berbohong walaupun perkara itu salah kena
cakap benar.
Kelima iaitu mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
Keenam iaitu mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini
adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat yang
jenis buka aurat lelaki atau perempuan yang disengajakan atau atas kejahilannya.
Ketujuh iaitu mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar
nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran yang berdasarkan al-qur'an dan hadis nabi Muhamad SAW..
Kelapan iaitu mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala
dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat nasuha.
Kesembilan iaitu mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya
penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim
secara penipuan yang nyata.
Kesepuluh iaitu mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya dengan sengaja atau atas kejahilannya.
Kesebelas iaitu mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya
keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras ( khamar )
dengan sengaja atau buat-buat lupa.
Kedua belas iaitu satu golongan yang masuk ke Syurga ialah mereka yang
wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim
laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal solih dan menjauhi Maksiat
serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.
0 comments:
Post a Comment