Pasti
 hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala 
dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga
 tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan 
dariNya.
Sahabat-sahabat yg ku sayangi. Setiap daripada kita dilahirkan dalam 
keadaan, situasi dan fikrah keluarga yang berbeza-beza. Ada yang 
dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Ada
 yang dilahirkan dalam keluarga yang hidup seperti zaman jahiliyah. Ada 
yang miskin, kaya dan sebagainya. Namun jangan pernah perlekehkan semua 
ini kerana ia adalah ketetapan dariNya. Maka jangan lupa panjatkan 
syukur padaNya, terutama bagi kita yang automatik menjadi umat Islam 
sejak dilahirkan..
Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang 
untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi 
menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan 
menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan 
diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun. Jadi sahabat-sahabat 
yang ku kasihi, jika anda selama ini hidup dalam kejahilan dan ingin 
kembali ke jalan yang diredhaiNya, maka teruskanlah langkahmu. Jangan 
pernah menolak panggilan dari Ilahi ini, capailah hidayah dariNya ini. 
Kerana sekali engkau menolak, mungkin sukar untuk engkau mendapatnya 
kembali.
Sedarlah sahabat. Bukan kita yang memilih untuk hidup dalam latar 
belakang keluarga yang macam mana. Jadi pada sahabat-sahabat yang sudah 
tersedia hidupnya dalam latar keluarga yang berfikrah Islam, 
bersyukurlah. Anda sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat kita yang
 perlu meraba-raba mencari cahaya. Sangat sukar dan perit ya sahabat. 
Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri, tambahan pula jika keadaan
 keluarga yang hidup dalam kejahilan.
Ana sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang mensia-siakan nikmat 
yang Allah berikan. Didikan dari keluarga itu sudah ada, belajar di 
sekolah agama dan sebagainya. Akan tetapi, masih ramai juga yang dari 
menutup aurat bertukar menjadi menutup rambut. Kenapa perlu berhijrah 
dari bertudung labuh ke tudung biasa? Ana bukan ingin menyalahkan 
sesiapa, tapi ana sedih kerana kita diberi kesempatan dan peluang tapi 
ibarat mensia-siakannya.
Sedangkan sahabat-sahabat kita yang baru diketuk pintu hatinya dengan
 hidayah dari Allah seringkali menitiskan air mata, betapa cemburunya 
dengan mereka yang berfikrah itu. Betapa bersyukur saat mengenakan 
tudung yang labuh, walaupun tudung yang labuh itu tidak dapat menutup 
dosa-dosa yang dilakukan itu. Kadangkala di salah sangka oleh masyarakat
 sekeliling dek kerana hijrah yang dilakukan itu seperti terlalu ketara.
 Sedangkan diri hanya inginkan perubahan, inginkan pengampunan dariNya. 
Kenapa mesti dicerca, dicemuh, disindir. Ada juga yang apabila 
kelemahannya terpancar, lalu terus dihukum "selama ini tersilap menilai dirinya". Tambahan pula jika diketahui masa lalunya adalah kurang bernasib baik, jahil. "Patutlah, memang dulu dia jahil pun. Sekarang je pakai tudung labuh."
 Astaghfirullah. Kepada yang pernah berbuat demikian, letakkan diri anda
 di tempat mereka. Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah 
merasainya. Tahukah sahabat, dengan hanya mengenangkan perkara ini, 
mereka kembali menitiskan air mata. Betapa kuatnya hati meronta-ronta 
agar diputarkan balik masa. Ingin bersihkan jiwa dari segala noda kerana
 khuatir tiada pengampunan dariNya.
Namun, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita 
kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang 
terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan 
manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana 
sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.
Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan 
sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. 
Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. 
Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah 
izinkan hati kita untuk kembali padaNya.
Sumber: uniqueummah.blogspot.com








1 comments:
Like this entri :)doakan saya agar hati saya tetap utk Allah. :')
Post a Comment