Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di  
sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita  
tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif  
bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah 
senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah  diri. Ketika itu, tabiat 
pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat  degil untuk disental 
segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan  merosakkan hati kita.
TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? 
 Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam  
kelas,
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan 
bila  ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana 
tidak  bangun suboh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan  
betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara  
tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya  tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai 
larangan  tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para 
ulama  mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan 
tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai  kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : "Dimakruhkan
 tidurmu  -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah 
WAKTU  MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang
  BERAQAL".
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang 
sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak
 pasangan  seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu 
yang kena  berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan  
pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika  
sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
"Kemudian  setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka 
bumi (untuk  menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu
 hajati dari  limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah 
banyak-banyak (dalam  segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan 
di akhirat). - Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri
  rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua  
pun tak bising lagi.
"Pesanan terpenting untuk para 
imam dan  bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri 
jangan tidur  lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, 
nanti selepas  kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau
 tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." 
Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''
Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
Amalan  seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di 
waktu tua.  Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan 
dengan sering  tidur, maka di petang harinya dia juga akan 
bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia 
bersandarkan IMAN.  Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak
 menggunakan akal  dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang 
sangat merugikan. Dan  hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu 
ibadah. Semoga Allah  memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita 
sama-sama mengikut  perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
 "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah  rezeki Tuhanmu, dan 
janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang  lalai, sesungguhnya 
Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit  fajar hingga terbit 
matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)
sumber : muslimdoktor.blogspot.com








1 comments:
Maaf...hadith tidur lps subuh papa dn lepas asar gila tu betul ke hadis...ramai ulama yg tdor lps asar..mcm bercanggah je...
Post a Comment