Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:
"Perumpamaan petunjuk
dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya
seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap
air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula
yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi
manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum
(binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula
hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak
menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah
perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku
disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan
begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil
peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari)
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim
cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat
Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh,
bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman:
"Dan
sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada
mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih
meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66)
Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama' bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci
kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)
Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama' untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.
1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang manfaat ilmu.

2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka ia akan bersedih
3. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu
maka bekas ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak
sekalipun
4. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang
menjahit pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri
tinggal telanjang
5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain
6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang
menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong
7. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu
besar yang jatuh menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum
air sungai itu sebaliknya hanya menahan air sungai sungai itu daripada
mengalir sehingga dapat diminum dan diambil manfaat oleh orang lain
bukan untuk manfaat dirinya sendiri
وَلَئِنْ
أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُواْ
قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ
قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ
مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 145)
0 comments:
Post a Comment