
Peristiwa   Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1  Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya  dan umat manusia amnya.
Peristiwa  penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu  strategi yang  mengambil kira perancangan jangka panjang untuk   menterjemahkan  gagasan  dan  wawasan  Islam dalam bentuk penyusunan  masyarakat bernegara.
Islam  diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak  13 tahun  sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah  dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.  Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap  pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada  sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu  akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.
Mereka  akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa   Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan  berlandaskan nafsu, struktur  masyarakat berpuak-puak dengan sistem  perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraisy meneruskan penindasan.
Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.
Selain  itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai  masyarakat Arab,  penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah  membolehkan mereka mengaut keuntungan besar. Oleh itu, masyarakat awal  Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah.  Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan,  keilmuan dan teladan  perilaku Rasulullah pebagai model ikutan, mereka mampu  menghadapi   cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.
Mereka  dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat  al-Quran yang  diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia  kepada  keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya  hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.
Islam  membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu  sistem yang  mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah  Pencipta  manusia. Allah  menganjur penyusunan umat manusia hendaklah  berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti  memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.
Gagasan  Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina   personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat  keadilan dan  peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh  di terima pembesar Makkah pada masa itu.
Walaupun  kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap   pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka  memutuskan untuk  membunuh Nabi dengan  menggembleng  semua suku kaum  Quraisy di Makkah.
Quraisy   jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam   suasana  sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke   Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik  oleh golongan Ansar Madinah.
Penghayatan   prinsip  bermasyarakat  secara  Islam  di  Madinah adalah kemuncak   kepada  kejayaan  Islam.  Masyarakat  majmuk Madinah mampu dan bersedia  tunduk kepada nilai Ilahi.
Umat  Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan  kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam,  umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.
Peristiwa   hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan  direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat  manusia dengan  berpaksikan  nilai Ilahi yang berteraskan  kebenaran  melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.
Peristiwa  hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah  (muhajirin)  yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi  dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di  Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.
Peristiwa  hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara  komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada  usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.
Wassalam.
sumber: www.resepirahsiaku.com
sumber: www.resepirahsiaku.com








2 comments:
Jika ditanya tahun ini tahun berapa hijrah, ramai yg tercari2 jawapannya. Itu belum ditanya lagi hari ini berapa haribulan mengikut takwim Islam..Alahai org Islam Malaysia...
Entri terbaru di blog JR:
Menang Bola: Setiap Pemain Malaysia Dapat RM85 Juta
bukan islam malaysia je...mane2 pun sama :)...
moga2 azam kita ikut kalendar islam :)
Post a Comment