Wednesday, July 6, 2011

41 Fakta Menarik Mengenai Ayah





1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).

7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.

11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.

16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.

21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".

26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa seizinnya.

27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

39. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.

30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.



31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.

35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".

36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

38. Ayah bersikeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.

40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya.


Sayangilah ayah anda sementara ada diduniawi ini. Sedekah Alfatihah & doakanlah kesejahteraan mereka. InsyaAllah Allah akan kurniakan zuriat yang soleh kepada kita nanti. teladanilah sifat kebapaan baginda Rasullullah & Nabi Ibrahim.

sumber:http://www.fcukz.co.cc/2011/04/41-fakta-menarik-mengenai-ayah.html#ixzz1RIjyDLts







19 comments:

Trx said...

ayah :(

Niena Muhammad said...

hnya mampu senyum.. seorg ayah msti ingin yg terbaik buat anknye

khairul said...

terima kasih kerana menyedarkan kita semua

Unknown said...

ayah tetap satu..walaupun tak pandai menunjukkan kasihnya...

Anonymous said...

tersentuh seketika, nak share boleh..?

Fahrain said...

silakan missdora

Elie Lily said...

too meaningful! :)

Noor Maizan said...

make me cry..T____T . rindu abah saya :"(

Unknown said...

emm... ayah mna yg x syg ank2 dia kan.... dia nmpk tegas tp dia just mau nampak ank2 dia happy... :)

Eta said...

rugilah sesiapa yg tidak menyayangi ayah mereka selagi hayat dikandung badan.....

Ain Shakirah said...

miss my abah yg jauh d perantauan.... :"(

Adnazthie said...

Assalam tuan rumah..saya mohon share link ini ye..too meaningful

Afiq Din said...

sebak plak bace

Misz Nuriz said...

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu..
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan...

dkna said...

terharu..teringat kenangan bersama arwah abah dkna

Chempaka Aziz said...

ayah@abah utk zmn sya dulu kurang nk tunjukkan syang pada kami anak beranak.kami pun tak tahu sma ada abah syg kami atau tidak TETAPI, abah akan sgt teruja pabila kami membelikan apa sj utk dia waima hnya t-shirt pagoda! yg kami beli tulah dia nk pkai selalu.LAGI SATU-abah tak pernah lupa nak dtg sek time nak sain buku rekod atau ada mesyuarat PIBG.ABAH akan siapkan lauk @makanan kegemaran utk kami yg nk balik.pasal sekolah,abah tak pernah berkira utk sediakan duit sek.
tapi satu-Abah tak pernah nk cakap sayang kat kami.itu mungkin zmnnya.tapi kini,abah zmn skrg lagi bsr tekanan dn tggjwb.moga lelaki2 zmn skrg akan mjd abah yg terus dibanggakan olh isteri dn anak2.jgn musnahkan keprcayaan itu....wahai lelaki kaum abah semua...

Hafeezan said...

saya sebagai ayah, memang saya akui jarang ucapkan sayang kepada anak-anak. tetapi kasih sayang saya terhadap anak-anak memang tiada nilai. biar saya sahaja yang menanggung kesusahan agar anak-anak saya mendapat kesenangan. Ayah saya pun begitu. Mohon untuk kongsi di blog saya.

Fahrain said...

silakan Hafeezan

wanacesh said...

lama x jumpa abah,,abah aku pun x peduli aku la,,panggil aku balik pun mcm x ikhlas jer,,nilah padahnya dah der bini baru,,lupa yg lama

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates