> Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
> tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
> tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
> Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih
> mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya
> bersama-sama.
>
> Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
>
> (Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi
> untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".
>
> Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
> turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
> Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
> tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan
> melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat
> Allah
> memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
> mendengar sumpah bumi.
>
> Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
> lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
> berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
>
> Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
> "Hai
> Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
> bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan
> bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke
> bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi
> mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
> tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
>
> Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
> mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
> engkau mencabut roh manusia."
>
> Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
> Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu.
> Aku
> yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab
> antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
>
> Jenis tanah yang digunakan:
>
> 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
>
> 2. Tanah Bukit Tursina
>
> 3. Tanah Iraq
>
> 4. Tanah Aden
>
> 5. Tanah Al-Kautsar
>
> 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
>
> 7. Tanah Paris
>
> 8. Tanah Khurasan
>
> 9. Tanah(Babylon)
>
> 10.Tanah India
>
> 11.Tanah syurga
>
> 12. Tanah Tha'if
>
>
> Menurut Ibnu Abbas:-
>
> 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
> manusia,dan disitulah tempatnya akal.
>
> 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
> tempat menerima nasihat.
>
> 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.
>
> 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
> kecantikan.
>
> 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
>
> 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
>
> 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
> kerjasama, sesama manusia.
>
> 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
>
> 9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan
> tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
>
> 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
>
> 11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
>
> 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
> iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
>
> 13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur
> dan
> berdoakan kepada Tuhan.
>
>
> Proses kejadiannya:
>
> 1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air
> masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)
> kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
>
> 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
> diletakkan didalam "Alam Malakut".
>
> 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
> pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
> rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
> dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
>
> 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
> sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
>
> 5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
> ia
> merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
> Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
> memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan
> menyerah kepada Izrail.
> Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
> kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah
> diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
> pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
> manusia.
> Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah
> sama, ialah putih kemerah-merahan.
> Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah
> liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
> Tujuh buah letaknya adalah :
> 1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung
> dan sebuah liang mulut.
>
> 2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
>
> Dijadikan pula lima buah pancaindera:
>
> A. Mata alat penglihatan
>
> B. Hidung alat penciuman
>
> C. Telinga alat pendengaran
>
> D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
>
> E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
> halus, kasar dan sebagainya.
>
> Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk
> perlahan-lahan
> sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
> Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
> dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah
> otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian
> terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan
> melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian
> badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para
> malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah
> dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang
> merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia
> bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya
> ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat
> Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga
> engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu
> bersin,
> menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya
> disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai
> pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah
> badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang
> suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT
> bermaksud:
> "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
> Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah
> susunan
> isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
> terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu
> terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,
> yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
> Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
> sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
> pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
> Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat
> selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari
> langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga
> tempat mula-mula Adam dijadikan.
>
> Wallahualam
Perang Serantau
-
Amerika mengirimkan THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) ke negara
haram Israel untuk mengukuhkan pertahanan negara itu dari serangan
ballistic miss...
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment