Wednesday, October 13, 2010

Asma Al-Usna & Fadhilatnya

AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya
tanpa perbezaan .
Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu,
insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .

AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan
hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah
akan menemui orang-orang yang baik hati .

AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan
dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak
keupayaan atau kurang kesempurnaan,
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan
bebas daripada kebimbangan .

AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya
serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang
yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan
pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada
hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian
berikanlah ketenteraman .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan
jauh dari bahaya .

AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air
sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar
menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap
dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya
melakukan mengikut kehendak-Nya ..
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan
berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya ,
kesukaran mahupun kekerasan .

AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya.Membaca berulangkali
sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan
olehnya anak yang salih.

AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun
dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

AL-BARI' :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya
Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi
tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka
hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan
pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya
akan dikabulkan

AL-GHAFFAR :Pengampun - Ia sangat pengampun
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH
akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .

AL-QAHHAR :Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan
mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari
segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain


AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan
dimurahkan rezeki ..


AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah
serta mengurangkan rintangan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan
terbuka hatinya untuk berjaya .

AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan
bersinar hatinya dengan cahaya suci .

AL-QABID :Pengekang - Ia mengekang ..
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau
buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .

AL-BASIT :Pembesar - Ia berkuasa membesarkan
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar
dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu
tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain
.

AL-KHAFID :Perendah diri - Yang mengurangkan
Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut
nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,
insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .

AR-RAFI' :Peninggi - Yang meninggikan ..
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu
siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya
serta darjatnya .

AL-MU'IZZ :Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua
pun.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya'
setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya
dihormati oleh orang lain .

AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH
akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan
memeliharanya ..

AS-SAMI' :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap
dengan sesiapapun pada hari khamis selepas
sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa
sahaja kehendaknya

AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara
sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH
Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .

AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

AL-'ADL :Pengadil - Sesungguhnya adil ..
Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping
roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan
mengikut kehendaknya .

AL-LATIF :Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta
menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui
manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .
Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah
nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH
niatnya akan dikabulkan .

AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud
atau tujuannya .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya
pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan
ditinggalkannya kemudian .

AL-HALIM :Penyabar - Ianya berkuasa ..
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu
menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya
atau malapetaka tidak akan menimpa ..

AL- 'AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia ..
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan
dihormati .

AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya .
Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah
nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
sembuh ..

ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana
jasa untukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41
kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi
air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .

AL-'ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya
berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .

AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia
akan memperolehi kemuliaan.

AL-HAFIZ :Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada
suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan
diselamatkan dari malapetaka.

AL-MUQIT :Penjaga - Ia menjaga .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.

AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan
perniagaan seseorang sepanjang hayat ..
Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya ,
mulakan menyebut ............atau membaca
nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71
sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia
akan selamat.

AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan
kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah
tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .

AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan
menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di
dunia ini .

AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan ..

AL-WASI' :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.
Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian ,
sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi
keperluan hidupnya yang lebih baik .

AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke
masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya

AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan
akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak
Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya
menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan
yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian
antara mereka akan selesai

AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
menerima kebahagiaan .

AL-BA'ITH :Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua
makhluk dihari pengadilan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut
dan hormat terhadap ALLAH .

ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya
kepada anak itu , insyaALLAH anak itu
akan menurut perintah .


AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan
Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH
dia akan jumpa apa yang telah hilang

AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah
dengan cara baik .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya
yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa ,
insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH ..

AL-QAWI :Paling Kuat - Dia yang terkuat ..
Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi
nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,
insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya

AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh
menghumbankanNya .
Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya ,
insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .

AL-WALI :Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi
seorang waliullah

AL-HAMID :Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta
diberi penghargaan oleh semua makhluk ..
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan
dipuji .

AL-MUHSI :Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh
dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu
darinya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi
nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan

AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali
bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh ..
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu
yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari
bahaya .

AL-MU'ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang
yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang
itu akan pulang dengan selamat .

AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan

Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi
nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
memusnahkan niat musuhnya

AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai
umur yang panjang .

AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas
dalam kelalaian

AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki
kemuliaan hati .

AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan
dan dermawan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan
hatinya .

AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak
ada berteman atau bersifat yang sama
dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat
sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada
ketakutan serta kebingunan


AL-AHAD : Yang Tunggal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah
akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu
yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan
memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain ..

AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja
kehendakNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus
sedar akan kebenaran .

AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari
kebenarannya

AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran ..
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam
ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling ,
insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya ..

AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang
dikehendakiNya .
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari ,
insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal .. Ketaatan kepada yang
lain tidak mempengaruhinya .

AL-AWWAL : Pengawal .
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama
dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali
dalam masa 40 jumaat .

AL-AKHIR : Yang Akhir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

AZ-ZAHIR : Penzahir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat ,
insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya

AL-BATIN : Pembatin .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan
dapat mengetahui kebenaran segala-galanya ..

AL-WALI : Wali atau Pemerintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian
menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya
akan terpelihara .

AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan
,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling
tinggi.

AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya,
haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan
dijauhkan daripada kemalangan .

AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya
akan diterima .

AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
menakluki musuh-musuhnya ..

AL-'AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat ,
seolah-olah mereka tidak berdosa .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala
dosanya akan diampunkan .

AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
dikasihi Allah .

MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
dihormati Allah .

DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan
kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan
terjauh dari godaan syaitan .

AL-JAME' :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
menemui benda-benda yang hilang .

AL-GHANI :Serba Lengkap .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan
bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

AL-MUGHNI :Pengmakmur .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan
mengalami kekurangan sesuatu apapun .

AL-MANI' :Pencegah .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia ..

AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang
bersifat rendah .
Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya
berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari
,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran
serta hati makhluknya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH
hatinya akan lebih terang .

AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta
mengarahnya berbakti kepada manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
memperoleh pengetahuan ruhani .

AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini
tanpa rekaan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH
kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan
segala-galanya di dunia ini . )

AL-BAQI : Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit ,
insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH
dosanya akan diampunkan .

AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup
lama ..

AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi
membimbing makhlukNya kearah kebenaran ..
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya
, insyaALLAH kesusahannya akan hilang

AS-SABUR : Penyabar .
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut
nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates