Satu kisah menarik seorang yahudi telah masuk islam setelah dia
mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim
yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak
adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu
melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.
Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4
sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’
Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada
baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah
bersamaan 656 hingga 661 masihi.
Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan
Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang
yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ ini milik saya”,
kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab yahudi.
Keduan-duanya bertengkar. Masing-masing mengaku haknya. Akhirnya mereka
berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.
“ yang Arif Tuan Hakim! Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah
kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang
lalu”’,kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul
mukminin?.”T anya Hakim kepada kepada yahudi itu.
“ Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan
sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang
membenarkan baju ini kepunyaan tuan ?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan
dan Husain tahu,baju ini milik saya.” jawab Khalifah.” saksi anak
sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang
ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum
mendengar kata-kata ini.
Akhirnya Hakim Syuraih menjatuhkan keputusan, bahawa baju besi itu
kepunyaan si pemakainya.Betapa gembiranya yahudi dengan keputusan
itu.Dia sangat kagum atas sikap Hakim Syuraih yang menghukum dengan adil
tanpa merasa takut terhadap seorang Khalifah.Sementara Khalifah
Saiyidina Ali k.w menerima keputusan hakim dengan tenang. Lalu baginda
menghampiri yahudi itu.
“ Maafkan saya,tuan,” ujar Saiyidina Ali kepada yahudi dengan lembut
sambil menghulurkan tangan berjabat salam. Hakim Syuraih tersenyum
menyaksikan peristiwa itu. Orang yahudi itu kagum dengan dan terharu
dengan sikap Saiyidina Ali.Ketika ini tanpa disedari air matanya
membasahi pipi. Lalu dia pun memeluk Khalifah Saiyidina Ali dengan suara
tersekat-sekat.
Sepatutnya tuan boleh merampas baju saya ini.Tetapi , tuan tidak
lakukan. Sebaliknya tuan sanggup berjumpa hakim untuk menegakkan
keadilan.” ujarnya sambil mengesat airmata.” Yakinlah saya sekarang,
islam adalah agama yang terbaik…,”jelas yahudi itu dengan
sungguh-sungguh. Dan pelukkanya semakin bertambah erat. Ali pun merasa
terharu sambil mengusap-usap belakang yahudi.Beberapa detik
kemudian,orang yahudi itu denghan kerelaan hatinya memeluk agama Islam
didepan Khalifah Saiyidina Ali dan Hakim Syuraih.
sumber: Detik Islam
0 comments:
Post a Comment