Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah”.
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati.
Mengapa Kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa..?? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan
kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
“Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”.
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang yang
beragama Islam, kita wajib menghormati azan.
Jika mendengar
Lagu Kebangsaan, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan berkumandang kita tidak boleh mendiamkan diri???
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan
lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
“Lailahaillallah” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika
nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNYA menjanjikan Syurga untuk mereka.
Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
Pandangan Ulama Mengenai "Jilbab"
-
Pandangan Taqiyuddin an-Nabhani mengenai pakaian wanita Muslimah di tempat
awam, yang mewajibkan jilbab sebagai pakaian satu helai dari bahu hingga ke ...
1 week ago
1 comments:
salam..terima kasih atas perkongsian.
Post a Comment