SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat
yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang
dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir
juga kerana maksiat.
Firman Allah yang bermaksud:
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata
air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk
(melakukan) satu perkara yang telah
ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)
ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)
Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan
dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).
Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan
ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama
lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh
Allah.
Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail
menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan
kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).
Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang
hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).
Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat
maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran
tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel.
Allah berfirman yang bermaksud:
Maka apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami
datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas
serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan
membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah
satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).
satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).
Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali
kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat
yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang
lalu.
Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi
kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bila terjadi
maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua
(riwayat Ahmad).”
Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan
yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang
berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka
lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.
Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan
musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan
tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang
sahabat besar menangis.
Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab:
“Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah
meminggirkan mereka.”
0 comments:
Post a Comment