Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."
Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada
diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia
yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.
Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah
destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang
pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita
mengikut papan tanda yang betul. Barulah sampai ke destinasi yang
kita tuju.
Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu
dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari
destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.
Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."
(Surah Maryam 19:76)
(Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut
jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah
Allah ni.
Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita.
Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan
sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita
buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih
lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap.
Semakin kita garu, semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila
dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan.
Haa, sebab tu lah bila dah buat dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lagi. Sebabnya dah sebati dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat,
tak pulak kita buat.
Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan. Tapi
pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan
kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah
terang-terang cakap tak boleh.
Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.
Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu,
kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya
supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
(Surah Fatir 35:6)
(Surah Fatir 35:6)
Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak
menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua
orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik
sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan
bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan atau
keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut.
Sebab Allah dah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya
kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,
tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan
Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al-Qasas :56)
Walaupun Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang
baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma
tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam
Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.
Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah
Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan
sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.
Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci
yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu
tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk
membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup
selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.
Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran:
" Dan Allah
menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada
orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi
entah sudah berapa kali kita menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi
kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih
memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana
sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?
Andainya ini hidayah terakhir.. T_T
Thabbit Qalbi Ya Rabb.
Mari beramal dengan doa ni.
"Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah
Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat
dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(Surah Ali 'Imran 3: 8)
(Surah Ali 'Imran 3: 8)
Sumber: bernafasdalamjiwahamba.blogspot.com.au.
2 comments:
terasa diri ini masih lagi leka dan lalai...
nice entry..^_^
renungan bersama :)
Post a Comment