Tuesday, February 15, 2011

CINTA AGUNG VS CINTA SEJATI

Salam maulidul rasul 1432H..dulu heboh, masa buat blogwalking mesti ada yg sentuh pasal valentine day. Ada yang cerita pasal hukum haram sambut valentine day, tak kurang juga yang bagi tip beli hadiah utk kekasih, ada juga yang cite pasal pesanan mengarut di valentine day, don’t wear panties…gila apa, nak galakan aktiviti persudalan dan zina ke? Tapi syabas! Diucapkan ramai blogger yang alert dgn isu semasa.

Bulan februari dikatakan bulan cinta..seronok berbicara pasal cinta di bulan ini. Pada topik yang lepas, harap ramai dah ada prinsip dalam menentukan harga cinta, supaya cinta anda kekal unggul, anggun, romantik, bahagia dan sewaktu dengannya. Jangan mudah memberikan cinta, cinta yang mudah diberi, pasti akan mudah hilang dan pudar. Sesuatu yang sukar utk didapati pasti lebih dihargai daripada yang boleh diperolehi dgn mudah dan INGAT jangan sekali-kali pertaruhkan maruah anda demi membuktikan cinta terutama PEREMPUAN. Kerana mereka golongan yang mudah terjebak. Jika anda lakukannya samalah anda dengan rama-rama yang sudah hilang kecantikannya, bunga yang habis madunya.

Di hari inilah sepatutnya kita meraikan kekasih kita, juga kekasih Allah..Maulidur rasul. Nabi Muhammad s.a.w. Bukan pada 14 Februari, itu hari kejatuhan tamadun islam di Cordova, Sepanyol..12 Rabiulawal tarikh yang sepatutnya kita ingati selain 27 Rejab, 15 Syaban, 1 Muharram, 17 Ramadhan, 1 Syawal. 1 Syawal tarikh ni semua orang ingat maklumlah hari raya.. Sambutan maulidur rasul bukan terhad pada 1 hari seperti valentine day. Kita boleh menyambut maulidul rasul selama 4 bulan bermula dari 12 rabiulawal, rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir, ..Rejab??? pastu Syaban, Ramadhan..time bulan puasa ni rezeki berlipat ganda..

Jika ada yang mendakwa, menyambut Maulidul Rasul adalah bidaah..biarkan mereka berkata-kata. kalau bidaah pun, bidaah hasanah. Memanglah masa zaman nabi tak sambut macam kita sambut..tapi kita sambut sebab kita sayang nabi, kita kasihkan nabi..kita mengenang perjuangan rasulullah saw menyebarkan islam. dan Baginda semulia-mulia manusia.

Petang semalam masa tengok konsert malam sinar maulidur rasul, waktu ustazah siti nor bahyah dendangan syair mengenai Rasulullah saw, amat menyentuh jiwa. Bayangkan dicaci, dihina, dilempar batu, sampai berdarah..datang malaikat penjaga gunung mahu menawarkan pertolongan, tetapi baginda saw menolak. Lihat betapa kasihnya baginda kepada umatnya. Begitu sabarnya menyebarkan dakwah islam. Sehingga kita merasa kesan dan merasai nikmatnya ISLAM.

Cinta sejati ada pada manusia, cinta mulia datangnya dari baginda Rasulullah saw, cinta teragung milik Allah swt. cinta sejati boleh kita dapatkan, cinta mulia boleh juga kita dapat asalkan umat Rasulullah yang menghidupkan sunnahnya, cinta teragung payah sekali untuk jika dapatkan melainkan kita ini islam yang sebenarnya islam. Pabila dapat cinta teragung dari Ilahi, syurga la tempat kita. hidup sentiasa diberkati dan dirahmati. SubhanaAllah.

WaAllahua'lam..Hanya Allah dan Rasul yang mengetahuinya





0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates