skip to main |
skip to sidebar
Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan
syarat syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di
lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.
Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyem bah Allah.Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.
Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya
sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan
berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak
dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak
akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.
Solat yang
sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan
Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan
nya.
Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak
berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada
Allah.Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa
dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia
melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia
dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat
tapi batinya derhaka.
Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya.
“SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA” – AL MUKMINUN AYAT 1-2.
sumber: Ustaz Azhar Idrus
Template by:
0 comments:
Post a Comment