skip to main |
skip to sidebar
Bismillah...
Amalan
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini
dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut
untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji
menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil
oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang
mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan
diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap
dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah
memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai
kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air
dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda
” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk
keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air
garam. Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau
bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam
kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti ,
goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam
di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak
kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan
secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan
perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja
berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan
sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam,
sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari
laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin
boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam
juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di
sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang
berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat
baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
Jazakallah
Template by:
1 comments:
Amalan Sunnah | Tanyalah Ustaz
Oleh: Ustaz Asrulnizam Abas
InsyaAllah Bermanfaat
Post a Comment