Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
menceritakan tentang akhlak kita sesama mukmin.Dan di dalam ayat ini ALLAH menyeru kita agar tidak mengolok-olokkan sesama kita dan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH s.w.t.
Dari intipati yang kita dapat dari
kedua ayat tersebut bolehlah kita bahagikan kepada beberapa bahagian:-
- ALLAH menegah kita dari mengolok-olokkan sesama kita dan memandang ringan kepada sesama mukmin.Olok di sini bermaksud keji atau hina atau memandang rendah terhadap seseorang individu,sama ada lelaki ataupun perempuan,semata-mata kerana ianya berperangai buruk atau fakir miskin atau mempunyai penyakit seperti penyakit sopak atau perkara-perkara yang sama dengannya.Kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik di sisi ALLAH dari orang yang menghina.
- ALLAH menegah kita dari mengaibkan sesama kita samada dengan perkataan atau perbuatan ataupun dengan isyarat.Kerana sesungguhnya sesama mukmin itu umpama satu jiwa.Maka apabila kita mengaibkan seseorang itu samalah seperti kita mengaibkan diri kita sendiri.Dan inilah adab yang ALLAH ajarkan kepada kita dan menjadi punca utama pada penyatuan dan kekuatan silaturrahim.
- ALLAH menegah kita dari memanggil saudara kita dengan LAQAB( gelaran ) yang ditegah seperti memanggil nama yang boleh memalukan seseorang individu.Kerana yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menyimpan dendam atau mengundang kemarahan seseorang.
- ALLAH menegah kita daripada berburuk sangka.Dan yang dimaksudkan di sini ialah seperti melemparkan tohmahan tanpa mengetahui asal punca atau sebab-sebab.
- ALLAH menegah kita dari bercerita dan menyelidik tentang keaiban seseorang.Ini adalah suatu perbuatan yang dikeji kerana boleh mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya orang tahu dan tidak memberi apa-apa faedah.
- ALLAH melarang kita dari mengingatkan orang lain pada perkara buruk yang sudah lama atau sudah dilupakan.Seperti umpat-mengumpat atau yang sama dengannya.
Dan demikianlah antara perkara-perkara
yang dilarang oleh ALLAH yang boleh kita ambil pengajaran dari kedua-dua ayat
di dalam surah al-Hujrat itu.Sesungguhnya itulah perkara yang dikeji olehNYA
sehinggakan ALLAH menyamakan orang yang berbuat demikian seperti memakan
bangkai saudaranya sendiri.
Dan sama-samalah kita menghindar diri
kita dari melakukan perkara yang di atas mudah-mudahan kita dan keluarga kita
sama-sama mendapat keredhaan ALLAH dan mendapat keampunan dariNYA.WALLAHU
A’LAM…….
0 comments:
Post a Comment