Kemuncak dari segala kegembiraan bulan puasa ialah kedatangan Hari Raya Fitrah. Ketika itu semua golongan tua atau pun muda serta kanak-kanak lengkap dengan persiapannya masing-masing.
Sebenarnya Hari Raya Aidil Fitri dirayakan bertujuan untuk meraikan kejayaan orang yang telah berjaya berhadapan dengan bulan Ramadhan. Mereka akan berhimpun di masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya berjemaah sambil berzikir, bertakbir, bertahlil dan bertasbih.
Al-Imam at-Tabarani telah meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang kira-kira maksudnya:

"Hiasilah hari raya kamu itu dengan takbir"
Islam telah memberikan panduan tersendiri tentang cara merayakan hari raya bagi umatnya dengan tujuan semuanya tetap menjadi ibadat. Maka bagi orang Islam yang inginkan pahala dalam menyambut hari raya itu, mestilah menyambutnya secara Islam iaitu dengan membuat amalan-amalan yang disunatkan dan mengisi malam hari raya menurut Islam bukanlah dengan bersuka-suka yang boleh mendatangkan keburukan atau membazir seperti membakar mercun, membakar bunga api dan lain-lain, tetapi hendaklah menghidupkan malam hari raya dengan ibadat seperti membaca al-Qur'an, berzikir dan bertakbir sebanyak mungkin.
Dalam bulan Syawal banyak amalan yang perlu dikerjakan oleh umat Islam untuk melengkapkan dan menyempurnakan pahala-pahala yang diperolehinya dalam bulan Ramadhan sama ada amalan yang wajib atau yang sunat. Antara amalan khas dalam bulan Syawal ialah zakat fitrah dan puasa enam.
Zakat Fitrah Satu perkara yang tidak patut dilupakan sama sekali ialah zakat fitrah, zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam untuk dirinya dan orang dibawah tanggungannya.
Al-Imam Muslim telah meriwayatkan dari Jabir radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: "Mulailah dengan diri engkau sendiri (lebih dahulu) maka berzakatlah untuk dirimu sendiri, maka jika ada lebihnya (berzakatlah) untuk keluargamu (anak isterimu) maka jika ada juga lebihnya (berzakatlah) untuk kaum kerabatmu".
Puasa Enam
Selain daripada ibadat puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, ibadat puasa juga sunat dikerjakan dalam bulan-bulan lain, diantaranya puasa enam hari di bulan Syawal. Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kemudian disusuli puasa enam hari di bulan Syawal, maka puasanya itu menyerupai pahala setahun. Al-Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan dari abu Ayyub bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang kira-kira bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyerupai puasanya itu puasa setahun".
Puasa di bulan Syawal ini boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau sebaliknya, jika ianya dilakukan selepas hari raya dengan berturut-turut adalah lebih afdhal kerana menyegerakan melakukan ibadat tersebut.

sumber: www.mindef.gov.bn
0 comments:
Post a Comment