skip to main |
skip to sidebar
Daripada
Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.
“Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau
menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa
kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang
pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)
Huraian:
» Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
» Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari
semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin
meningkat.
» Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji
dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan
diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi
adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah
marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam.
Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
» Sesuatu persoalan atau
wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta
secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan
tutur kata yang baik, bersopan dan sabar
Template by: