Wudhu disyari‘atkan untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang
berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat
menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaan suci
daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang mushaf
al-Qur’an.
Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti dengan
berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu dan di antara
perkara yang membatalkan wudhu itu ialah tidur.
Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh membawa kepada
batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Ali bin
Abi Thalib Karramallahu Wajhah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda :
Maksudnya: “Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), makasesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.”(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits tersebut bermaksud bahawa sedar atau jaga (tidak tidur) itu
akan mengawal keluarnya sesuatu dari dubur, manakala orang yang tidur
kadang-kadang keluar sesuatu daripada duburnya tanpa disedarinya.
Walau bagaimanapun, adakah semata-mata tidur membatalkan wudhu?
Apakah sukat-sukat tertentu yang menjadi ukuran dalam penentuan tidur
yang boleh membatalkan wudhu itu?
Untuk menjawab persoalan tersebut, berikut dijelaskan perkaraperkara
yang berkaitan dengan tidur yang membatalkan wudhu dan yang tidak
membatalkan wudhu mengikut pendapat para ulama mazhab Syafi‘e.
Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu
Para ulama mazhab Syafi‘e menjelaskan dengan terperinci mengenai tidur yang tidak membatalkan wudhu itu.
Mereka berpendapat bahawa tidur itu bagaimanapun keadaannya boleh
membatalkan wudhu kecuali tidur di dalam posisi duduk,sama ada duduk di
atas lantai atau tanah seperti duduk di atas tikar sembahyang atau duduk
di atas kerusi seperti duduk di dalam kapal terbang dan termasuklah
duduk sambil memeluk lutut. Tidur dengan cara demikian tidaklah
menyebabkan wudhu batal, tetapi hendaklah memenuhi syarat atau ketetapan
berikut:
1) Hendaklah tetap tempatnya (punggung dan tempat keluar hadats) di
atas tanah, lantai, kerusi, binatang tunggangan atau selainnya, iaitu
dua pipi punggungnya tetap pada tempatnya, tidak berubah dari posisi
awal sebelum dia tidur, sekalipun jika seseorang itu bersandar atau
duduk berpeluk lutut pada atau di atas sesuatu yang boleh menyebabkan
dia jatuh atau gugur apabila sesuatu itu tiada. Ini kerana tidur dalam
keadaan ini tidak dikhuatiri akan keluar sesuatu (angin) dari duburnya
(kentut). Adapun kebarangkalian keluarnya sesuatu dari qubul bukanlah
perkara yang perlu diambil kira kerana ianya jarang berlaku.
Namun jika diyakini keluar angin daripada qubul sama ada lelaki atau perempuan, maka wudhu itu tetap batal.
2) Hendaklah tiada ruang di antara punggung dan tempat tetapnya itu
ataupun tidak renggang di antara keduanya. Wudhu seseorang tidak akan
batal jika terdapat ruang yang ditutup dengan sesuatu seperti kapas.
Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tidur kemudian mereka berdiri menunaikan sembahyang dengan tidak (lagi) mengambil wudhu.” (Hadits riwayat Muslim)
Perbuatan tidur yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah tidur
dalam keadaan duduk yang tetap dan menurut riwayat lain, para sahabat
itu tidur dalam keadaan duduk yang tetap sehingga kepala mereka
terangguk-angguk hampir mencecah lantai. Mereka tidak lagi mengambil
wudhu dan terus menunaikan sembahyang Isya’.Wudhu seseorang yang tidur
dengan duduk yang tetap juga tidak batal jika pipi punggung atau salah
satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat selepas
atau ketika dia bangun atau
sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu.
sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu.
Tidur Yang Membatalkan Wudhu
Wudhu seseorang akan batal jika tidurnya itu dalam keadaan yang tidak
memenuhi syarat atau ketetapan di atas, iaitu apabila dia tidur dengan
posisi punggung yang tidak tetap, tidur dengan posisi berdiri atau tidur
dengan posisi berbaring, menelentang mahupun bertiarap walaupun dengan
menutup atau menyumbat sesuatu
seperti kapas pada ruang antara punggung dan tempat letak punggung tersebut.
seperti kapas pada ruang antara punggung dan tempat letak punggung tersebut.
Tidur dalam keadaan duduk yang tetap juga boleh menyebabkan wudhu batal, jika seseorang mendapati
punggungnya telah berubah dari tempat asalnya atau terangkat sebelum dia bangun atau sedar ataupun tempat duduknya berlubang-lubang seperti kerusi rotan.
punggungnya telah berubah dari tempat asalnya atau terangkat sebelum dia bangun atau sedar ataupun tempat duduknya berlubang-lubang seperti kerusi rotan.
Ini kerana telah berlalu (berlaku) detik dia tidur dengan tidak tetap duduknya.
Adakah Wudhu Batal Disebabkan Mengantuk?
Wudhu seseorang tidak menjadi batal disebabkan mengantuk. Sekiranya
seseorang menutup mata kerana mengantuk, tetapi masih dapat mendengarkan
percakapan orang di sekeliling, maka dia masih boleh saja melakukan
ibadat tanpa perlu mengambil wudhu semula kerana dia dikira masih jaga.
Antara tanda-tanda orang yang mengantuk itu ialah, dia masih dapat
mendengar percakapan orang di sekelilingnya walaupun tidak memahami
percakapan itu. Adapun jika dia tidak sedar, tidak mendengar lagi
percakapan di sekelilingnya dan bermimpi, maka dia telah dikira tidur.
Adakah Wudhu Batal Disebabkan Rasa Syak Atau Ragu?percakapan di sekelilingnya dan bermimpi, maka dia telah dikira tidur.
Menurut para ulama, wudhu seorang yang tidur dengan posisi duduk yang tetap tidak batal dalam keadaan seperti berikut:-
1) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat.
2) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya atau
salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat
sebelum atau sesudah dia bangun atau sedar.
3) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur dengan posisi duduk yang tetap atau berubah.
4) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur atau hanya mengantuk.
Dalam hal lain mengenai perkara syak atau ragu ini juga, ulama ada
menjelaskan bahawa seseorang yang merasa yakin dia masih dalam keadaan
suci atau berwudhu’ apabila dia merasa ragu adakah wudhu’nya terbatal
atau tidak, maka perasaan ragunya itu tidak menjejaskan wudhu’nya.
Oleh itu, dia boleh mendirikan sembahyang dengan wudhu’nya itu.
Begitu juga sebaliknya, jika seseorang merasa yakin bahawa wudhunya
sudah terbatal kemudian dia merasa ragu apakah dia masih mempunyai
wudhu’, maka dihukumkan bahawa wudhunya telahpun terbatal.
Sekiranya timbul ragu pada diri seseorang, maka hendaklah diteruskan
dengan apa yang diyakininya. Ini bersesuaian dengan salah satu qa‘idah
fiqhiyyah yang menyebut bahawa:
Ertinya: “Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan.”
Ini bermaksud keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala ragu
adalah satu perasaan yang mendatang. Oleh itu, sesuatu perkara itu
dihukumkan mengikut apa yang tetap (yang diyakini) dan bukan yang
diragui.
Sunat Berwudhu Walaupun Tidur Dengan Posisi Yang Tidak Membawa Kepada Batal Wudhu
Walau bagaimanapun, seorang yang tidur dengan posisi yang tidak
menyebabkan wudhunya batal adalah disunatkan untuk berwudhu lagi atas
alasan berwaspada dari keberangkalian keluarnya hadats dan mengelak dari
khilaf (perselisihan) para ulama.
Dalam pada itu juga, ulama mazhab Syafi‘e telah sepakat mengatakan
bahawa memperbaharui wudhu itu adalah satu amalan yang dituntut mengikut
keadaan tertentu.
Menurut pendapat yang ashah, memperbaharui wudhu itu disunatkan hanya
apabila dia telah mengerjakan sembahyang fardhu atau sunat dengan
wudhunya yang pertama tadi. Al-Qadhi Abu ath-Thaiyib di dalam kitabnya
Syarh al-Furu‘, al-Baghawi, alMutawalli, ar-Ruyani dan lain-lain ulama
mazhab memutuskan bahawa jika seseorang itu belum menggunakan wudhunya
yang pertama dengan melakukan apa jua ibadah, maka hukum memperbaharui
wudhu itu adalah makruh. Ibnu Hajar Rahimahullah pula menegaskan bahawa
tuntutan sunat memperbaharui wudhu itu ialah apabila dia telah
mengerjakan apa jua sembahyang sekalipun yang hanya satu rakaat. Jika
dia tidak bersembahyang, walaupun telah melakukan sujud (sajdah atau
syukur) ataupun thawaf tidaklah disunatkan memperbaharui wudhu, bahkan
hukumnya adalah makruh.
Demikianlah dihuraikan beberapa perkara mengenai tidur dalam keadaan
berwudhu. Kesimpulannya, wudhu tidak batal disebabkan tidur dalam posisi
duduk dengan tempat yang tetap di atas lantai atau seumpamanya dan
wudhu tidak batal jika ia disertai dengan perasaan ragu akan berlakunya
perkara-perkara yang membawa kepada batal akibat tidur.
Sumber: www.mufti.gov.bn
0 comments:
Post a Comment