Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan
ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan
tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan
permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini
untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan
yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
Pernahkah anda menyapa mereka?
Pernahkah anda menyapa mereka?
Pernahkah anda menggembirakan mereka?
Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka?
Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka?
Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.....
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.
Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan
kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah
malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.
Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang
sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan
kelihatan sentiasa menjaga solatnya.
Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat
Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang
rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib'
untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa
bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai
calon ahli syurga.....!
Sumber:
zainurrashid.com
0 comments:
Post a Comment