Sunday, February 26, 2012

Amalan Rasulullah Sebelum Tidur


1. Bersihkan Tempat Tidur
2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2. Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.

Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :

“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3. Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan

“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”

Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.



Sumber: www.imamudasyraf.com






Monday, February 20, 2012

TAAT

Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”.

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...






Tuesday, February 14, 2012

Lelaki Soleh Idaman Wanita



Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

sumber: Artikel iluvislam.com




Sunday, February 12, 2012

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.






Template by:
Free Blog Templates