"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
Sunday, January 30, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Khasiat Yasin 8 dalam 1
DI KEBANYAKAN rumah ibadat, sama ada masjid atau surau, Yasin dibacakan pada malam Jumaat diikuti istighfar, tahlil dan doa malah apabila menghadapi orang sakit tenat dan kematian, surah itu dibaca berulang kali.
Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan amalan itu, kononnya tiada dalam anjuran agama, malah mereka menganggap sebagai amalan jahiliyah yang sepatutnya ditolak.
Pendapat seumpama itu boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat Islam. Jika dibuka sejarah Islam, memang amalan itu tidak dilakukan Rasulullah s.a.w.
Justeru, apakah perbuatan yang dilakukan umat Islam sejak sekian lama itu sia-sia atau perlukah amalan membaca Yasin pada malam Jumaat dan ketika seseorang sakit tenat serta meninggal dunia dihentikan?
Umum mengetahui Yasin adalah satu surah dalam al-Quran justeru, kita tidak terkecuali daripada membacanya.
Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata Yasin antara surah yang terpenting dalam al-Quran.
Beliau berkata, ini terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.
"Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
"Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat," katanya.
Mengenai dakwaan amalan itu perbuatan zaman jahiliyyah dan tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w , beliau berkata ia dilakukan oleh mereka yang tidak faham dan sengaja mahu menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam.
"Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.
"Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.
"Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.
"Mereka seakan buta hakikat dan buta makrifat. Hanya Allah jua yang merahmati hamba-Nya yang menyukai kebaikan dengan menyintai-Nya," katanya.
Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.
Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Imam al-A'jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya."
Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan."
Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali."
Imam al-Sya'labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah."
"Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin," kata Zamihan.
Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.
"Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.
"Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya," katanya.
Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.
Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).
"Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.
"Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan," katanya.

Labels:
Subhanallah
Sunday, January 23, 2011
Wanita Mengumpat Sukar Di kapan
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di
beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung
kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya
agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek
makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.
Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila
mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam
mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu
jari sahaja.
"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik
saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan
bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu
itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan
tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa
itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.
Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat
dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai
yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak
kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain
itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh
berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah
kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
tetapi tiada sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke
tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamt didunia dan akhirat.

al kisah...
Tuesday, January 18, 2011
AIR SEMBAHYANG @ WUDHUK
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)