Tuesday, March 8, 2011

Adab memakai kasut

Hadith:

DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi.

Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.

Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia







Monday, March 7, 2011

Masjid Umayyah - Damascus







Damaskus adalah salah satu kota tertua di dunia yang didiami oleh berbagai peradaban silih berganti. Salah satu peradaban yang pernah tumbuh dan berkembang di kota ini adalah Islam. Semasa Dinasti Umayyah (661-750 M), Damaskus menjadi ibukota dunia Islam. Khalifah-khalifah Umayyah yang memerintah dari Damaskus menguasai seluruh kawasan, mulai dari Spanyol hingga ke India.Sejarah mencatat, peradaban Islam telah meninggalkan banyak bangunan indah di Damaskus, ibukota negara Suriah ini. Salah satu bangunan paling spektakuler di Damaskus adalah Masjid Umayyah atau yang juga dikenal dengan sebutan Masjid Agung Damaskus. Secara historis dan budaya, masjid yang berdiri megah dijantung kota Damaskus itu merupakan salah satu tempat ibadah umat Islam yang paling tua.Masjid ini dibangun pada masa Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (88-97 H/705-715 M) dari Dinasti Umayyah. Arsitekturnya telah memberi pengaruh bagi seni bina masjid di seluruh dunia. Dari masjid inilah, arsitektur Islam mulai mengenal lengkungan (horseshoe arch), menara segi empat, dan maksurah. Namun, sesungguhnya ada cerita yang sangat panjang, yang mendahului pembangunan masjid ini. Pada awalnya, masjid yang besar dan megah itu berdiri di atas lahan dengan panjang 157 meter dan lebar 100 meter serta terdiri atas dua bagian utama. Bagian halaman menempati hampir separuh area masjid dan dikelilingi serambi yang melengkung. Halaman masjid yang berbentuk persegi empat ini dibiarkan terbuka karena terinspirasi Masjid Nabawi di Madinah.Menara pada Masjid Umayyah ini merupakan usaha pembuatan menara pertama pada bangunan masjid. Awalnya, pada bekas bangunan gereja St John Baptist Basilika terdapat dua buah menara yang berfungsi sebagai penunjuk waktu, lonceng pada siang hari dan kerlipan lampu pada malam hari.





Menara itu merupakan salah satu ciri khas bangunan Romawi.Kedua menara peninggalan bangunan gereja ini terdapat pada sisi barat dan timur. Menara sebelah timur atau yang biasa disebut sebagai Menara Isa diyakini sebagai tempat akan turunnya Nabi Isa AS. Khalifah al-Walid yang memang dikenal memiliki selera dan kepedulian tinggi dalam rancang bangun arsitektur telah memulai tradisi membangun menara sebagai salah satu unsur khas pada masjid.
Khalifah al-Walid mempertahankan kedua menara yang bertengger di bangunan bekas gereja tersebut. Bahkan, untuk mempertegas wibawa dan kemegahan Masjid Umayyah, beliau kemudian membangun lagi sebuah menara di sisi utara pelataran masjid, yakni tepat di atas Gerbang al-Firdaus. Menara itu pun biasa disebut menara utara Masjid Umayyah.





sumber : mediapalu.com





Wednesday, March 2, 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu



*Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu *

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita
adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi
takdak masa nak buat yang baik.



* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis
kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara
anak.

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.



** Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. *

* Melihat kaabah sehingga menitis air mata.

* Membaca quran sehingga menitis air mata.

* Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air
mata.



** 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok
masa tidor! *

* Anak.

* Ibu.

* Suami.

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami
sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih
terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai
tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde,
boleh proceed apa yang patut.. J



* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di
hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada
ibu, pandang lah ibumu selalu.



* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu.



* Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.



* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak
mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.



* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik,
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di
tempat yang terbaik terlebih dulu.



* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan
yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil
“wasilah amal” .

* “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu
kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

* *** *Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna
dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang
berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. *

* *

A*ntara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
*

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps
tu bicaralah dengan Allah..

* “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .

* “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan
orang yang memerlukkan.



* *** *Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat
ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu
ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau
telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! *

* *

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.
Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu
mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau
bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan
kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh
mendoakan kita dari sana .



* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan
kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
“celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.



* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta
sampai mati tak pernah keluarkan zakat.



* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..



* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang
masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah
amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini
untuk kita dapatkan pahala!.



* *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah,
aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada
ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .



* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita
ringan tangan nak bersedekah.



* *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan
nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan
bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian
membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu
sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah
menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.



* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil
kita.







*Selalu Bergaduh Dengan Ibu *

* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka.

* Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu
bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/
tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

* Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji
pinggan / Amalan / Sentuhan.

* Symptom terkena saka:

* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang
lena.

* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.


* Susah nak dapat anak, senang gugur.

* Ada rasa kelibat orang lalu.

* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana
saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

* Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.



* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer
tulang.



* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia.



* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong
zikirkan.



* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
“Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.







*Anak Lari Dari Rumah *

* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan
dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.



* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah
akan sampai panggilan kita kepadanya.





*Anak Degil *

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

* Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang
sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni
alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun
ke sekolah.. just try and see.



So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut
memanjangkan kisah ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam

credit to :
Ustaz Abdullah Mahmud




Tuesday, March 1, 2011

Nasihat dan Panduan Akad Nikah di Masjid

Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.

Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:

1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.

2. Niat iktikaf di Masjid.

3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.

4. Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan.

5. Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan.

6. Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

7. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid.

8. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.

9. Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.

10. Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.

Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.

Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukum tersebut.

credit to:
Ahmad Baei Jaafar




Template by:
Free Blog Templates