Tuesday, February 15, 2011

CINTA AGUNG VS CINTA SEJATI

Salam maulidul rasul 1432H..dulu heboh, masa buat blogwalking mesti ada yg sentuh pasal valentine day. Ada yang cerita pasal hukum haram sambut valentine day, tak kurang juga yang bagi tip beli hadiah utk kekasih, ada juga yang cite pasal pesanan mengarut di valentine day, don’t wear panties…gila apa, nak galakan aktiviti persudalan dan zina ke? Tapi syabas! Diucapkan ramai blogger yang alert dgn isu semasa.

Bulan februari dikatakan bulan cinta..seronok berbicara pasal cinta di bulan ini. Pada topik yang lepas, harap ramai dah ada prinsip dalam menentukan harga cinta, supaya cinta anda kekal unggul, anggun, romantik, bahagia dan sewaktu dengannya. Jangan mudah memberikan cinta, cinta yang mudah diberi, pasti akan mudah hilang dan pudar. Sesuatu yang sukar utk didapati pasti lebih dihargai daripada yang boleh diperolehi dgn mudah dan INGAT jangan sekali-kali pertaruhkan maruah anda demi membuktikan cinta terutama PEREMPUAN. Kerana mereka golongan yang mudah terjebak. Jika anda lakukannya samalah anda dengan rama-rama yang sudah hilang kecantikannya, bunga yang habis madunya.

Di hari inilah sepatutnya kita meraikan kekasih kita, juga kekasih Allah..Maulidur rasul. Nabi Muhammad s.a.w. Bukan pada 14 Februari, itu hari kejatuhan tamadun islam di Cordova, Sepanyol..12 Rabiulawal tarikh yang sepatutnya kita ingati selain 27 Rejab, 15 Syaban, 1 Muharram, 17 Ramadhan, 1 Syawal. 1 Syawal tarikh ni semua orang ingat maklumlah hari raya.. Sambutan maulidur rasul bukan terhad pada 1 hari seperti valentine day. Kita boleh menyambut maulidul rasul selama 4 bulan bermula dari 12 rabiulawal, rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir, ..Rejab??? pastu Syaban, Ramadhan..time bulan puasa ni rezeki berlipat ganda..

Jika ada yang mendakwa, menyambut Maulidul Rasul adalah bidaah..biarkan mereka berkata-kata. kalau bidaah pun, bidaah hasanah. Memanglah masa zaman nabi tak sambut macam kita sambut..tapi kita sambut sebab kita sayang nabi, kita kasihkan nabi..kita mengenang perjuangan rasulullah saw menyebarkan islam. dan Baginda semulia-mulia manusia.

Petang semalam masa tengok konsert malam sinar maulidur rasul, waktu ustazah siti nor bahyah dendangan syair mengenai Rasulullah saw, amat menyentuh jiwa. Bayangkan dicaci, dihina, dilempar batu, sampai berdarah..datang malaikat penjaga gunung mahu menawarkan pertolongan, tetapi baginda saw menolak. Lihat betapa kasihnya baginda kepada umatnya. Begitu sabarnya menyebarkan dakwah islam. Sehingga kita merasa kesan dan merasai nikmatnya ISLAM.

Cinta sejati ada pada manusia, cinta mulia datangnya dari baginda Rasulullah saw, cinta teragung milik Allah swt. cinta sejati boleh kita dapatkan, cinta mulia boleh juga kita dapat asalkan umat Rasulullah yang menghidupkan sunnahnya, cinta teragung payah sekali untuk jika dapatkan melainkan kita ini islam yang sebenarnya islam. Pabila dapat cinta teragung dari Ilahi, syurga la tempat kita. hidup sentiasa diberkati dan dirahmati. SubhanaAllah.

WaAllahua'lam..Hanya Allah dan Rasul yang mengetahuinya





Monday, February 14, 2011

selamat menyambut maulidur rasul







Sunday, February 13, 2011

Bila Bayi dilahirkan....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaim ana cara saya hidup dis ana ; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaim ana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaim ana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?



"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam ji wan ya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih ker ana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaim ana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorb ana n ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepan jang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah ana k- ana k yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





Tuesday, February 8, 2011

Kelebihan Berselawat


Ucapkanlah Selawat yang dengan sempurna Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”. Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: “Adakah yang demikian itu dengan kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” . Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati. Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”. Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”. Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”. Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”. Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu seperti air menghapuskan api”. Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” . Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dalam satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”. Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”. Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”. Hasan berkata : “Aku dengar Abu Hurairah berkata : “Tiada seorang pun yang berselawat ke atas Nabi saw satu kali melainkan Allah menyuruh Malaikat menyampaikan selawat itu kepada Nabi saw lebih cepat daripada sekelip mata. Para Malaikat berkata : “Wahai Muhammad! Anak si folan itu…anak si folan itu…memberi salam ke atasmu.” Nabi saw dengan gembiranya menjawab : “Sampaikan padanya daripadaku sepuluh kali dan katakan kepadanya jika engkau termasuk salah seorg daripada yang sepuluh ini, nescaya akan masuk Syurga menyertaiku seperti jari telunjuk dan jari tengah ini dan engkau wajib menerima syafaatku.” Kemudian Malaikat naik kepada Tuhan dan berkata : “Si Anu anak si Anu berselawat ke atas NabiMu Muhammad saw satu kali.” Lalu Tuhan Jalla Jalaaluhu berfirman : “Sampaikan kepadanya daripadaKu sepuluh kali dan katakan kepadanya,sekiranya engkau mempunyai satu daripada sepuluh ini,nescaya engkau tidak disentuh api neraka selamanya.” Kemudian Allah Ta’ala berfirman : “Perbesarkanlah engkau selawat hambaKu ke atas NabiKu itu dan jadikanlah ia termasuk di dalam golongan ‘Illiyiin.” Kemudian Allah menjadikan daripada setiap huruf selawat itu Malaikat yg mempunyai 360 kepala, pd setiap kepala ada 360 muka, pd setiap muka ada 360 lidah,kemudian berkatalah setiap lidah dan memuji Allah Ta’ala dengan 360 pujian. Pahala yang demikian itu dituliskan semuanya untuk orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad saw hingga ke hari Kiamat. Sabda Nabi saw : “Tiada seorang hamba yang mengucap selawat ke atasku melainkan selawat itu dengan segera keluar dan lalu di darat dan di laut,di masyriq dan maghrib serta berkata : “Aku selawat si Anu anak si Anu yang berselawat ke atas Muhammad Al-Mukhtar sebaik-baik makhluk Allah.” Maka segala-galanya pun berselawat ke atasnya dan dari selawat itu dijadikan seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap,pada setiap satu sayap terdapat 70 ribu helai bulu,pd setiap bulu ada 70 ribu muka, pd setiap muka 70 ribu mulut,pd setiap mulut 70 ribu lidah,pada setiap lidah itu mengucapkan tasbih kepada Allah ‘azzawajalla dengan 70 ribu bahasa dan dituliskan baginya iaitu bagi orang yang berselawat pahala semuanya itu. Sufyan As Sauri menceritakan : Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya. Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku. Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi. Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi. "Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun. "Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya. Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.


Template by:
Free Blog Templates