Bagaimana jiwamu hari ini? Ada Allah dalam jiwamu? Kalau ada,pasti
terasa.Kalau ada,rasa tenang hari ini ,kalau ada, di hati hanya mahu
berbuat baik sahaja.Allah itu teman hidupmu, itu kata guru saya. Bila
Allah ada dalam jiwamu maka ketika itu Allah menemanimu tapi bila Allah
tidak ada dalam hatimu, ketika itu syaitan jadi teman setia maka jiwamu
hari itu resah, mudah marah, mudah buruk sangka.Pastikan tidak, kerna
syaitan sedang duduk bersemayam dalam hatimu.Justeru tunduklah dirimu
pada kehendak-Nya bukan kehendak syaitan.
Tetapi kalau Allah yang bertakhta di dalam jiwamu, maka seluruh diri
dan tubuhmu hanya cenderung kepada yang baik-baik sahaja.Tidak suka
marah, tidak suka buruk sangka, tidak suka mengumpat, suka menolong
orang.Itulah kehendak Allah dan jiwamu ketika itu yang dekat dengan
Allah akan tunduk pada kehendak-Nya.Simple sahaja kan?Justeru
bila jiwamu resah gelisah, datanglah kepada Allah tapi datang kepada
Allah dengan jiwamu bukan sekadar dengan jasadmu.
Saya ingin merakamkan kefahaman saya tentang keyakinan kepada Allah
dan hubungkaitnya dengan kehidupan kita. Hidup kita kadangkala nampak
rumit dan sulit dengan pelbagai masalah. Ketika kita berhadapan dengan
masalah-masalah ini, cuba kita perhatikan sejauh mana keyakinan kita
kepada Allah saat itu. Rasa kerumitan dan hidup rasa penuh kepayahan
ada kaitannya dengan keyakinan kita kepada Allah.Bila keyakinan kepada
Allah itu tidak kukuh berpasak di dalam jiwa kita maka kita rasa
berhempas pulas menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sakit kepala,
tekanan jiwa, marah adalah antara kesannya.
Namun sebaliknya apabila keyakinan kepada Allah Yang Maha Hebat,
Yang Maha Besar, Yang Maha Menguruskan Rezeki berpahat teguh di dalam
hati ianya akan melahirkan pergantungan total 100% kepada
Allah sehingga mampu menghasilkan kepasrahan yang tulen apabila
berhadapan dengan ujian dan halangan di dalam kehidupan. Hamba Allah
yang begini akan menghadapi kehidupan dengan mudah, tenang dan
segalanya dapat dirasakan diurus oleh Allah dengan cukup sempurna.
Bukan bererti dia tidak berusaha. Orang yang benar-benar yakin dengan
Allah, hidupnya hanya untuk Allah. Justeru apa yang dilakukan akan
dilakukan dengan sungguh-sungguh dan sebaik mungkin kerana ia di
lakukan untuk Allah, harus bagi yang terbaik dan bukannya untuk dirinya
atau manusia lain. Justeru,fokus dengan peranan dan tanggungjawab,
bahagia melakukan kerana Allah, dilimpahi cahaya Allah yang sentiasa
menerangi hatinya dan membimbingnya ke jalan yang benar dan penuh
kebahagiaan. Allah sentiasa ada di dalam jiwanya; setiap waktu dia
sedar bersama Tuhan yang sangat dicintainya.Kesannya ,rezekinya diurus,
hidupnya diurus.Cukup sempurna.
Justeru,mahu rezeki dari Allah? Mahu bayar hutang rumah, hutang
kereta, bil elektrik, bil telefon dan sebagainya?Maka,yakin kepada
Allah dengan penuh kesedaran setiap waktu dan saat.Mungkin sekadar di
otak dan di fikiranmu kata yakin tapi di mana keyakinanmu itu bawa
dalam hidupmu selama ini?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Sumber: iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment