Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak
Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang
usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah
diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah
dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith
sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin
sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di
sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu
kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi
akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi
juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama
sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan
muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau
berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan
hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari
yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka
berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang
wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah
dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya,
andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang
macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di
dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah
ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya
penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu
mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau
jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu
wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan
kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu
pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita
ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan
kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan
sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan
menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi
saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan
sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di
syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan
nikmat-nikmat di syurga Alla.
0 comments:
Post a Comment