Bismillah...
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW
mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah
SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”
Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka bernai
terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang
menular (tha’un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah
menimpa umat-umat terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang
dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang
dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin
mereka.
3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan
untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya
mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali
Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas
sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum
Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya
sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka
sendiri.
Penerangan Hadis:
Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas
diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar
berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah
apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman. Hakikat
yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan
dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang
berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah
sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita
menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan
apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan “Bukan hal aku”. Sekarang
ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya.
Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam
golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah.
Wallhu’alam.
Sumber: penjagakubur96.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment